CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1804|Reply: 7

[Tempatan] Hampir 80 syarikat kawalan keselamatan terlibat dengan kongsi gelap

[Copy link]
Post time 21-4-2015 06:30 PM | Show all posts |Read mode
Edited by kazaraf at 21-4-2015 06:34 PM

Kalau sahih fahamla kenapa jenayah masih mudah berlaku huhu

========================
KUALA LUMPUR: Kementerian Dalam Negeri (KDN) pada Isnin mendedahkan terdapat sesetengah syarikat kawalan keselamatan yang diurus oleh kumpulan kongsi gelap. Agensi bukan kerajaan, Persatuan Perkhidmatan Kawalan Keselamatan Malaysia (PPKKM) mengakui perkara tersebut berlaku berikutan terdapat pembabitan kongsi gelap melalui pemajakan lesen.

Sehingga kini, lesen yang membabitkan hampir 80 syarikat kawalan keselamatan di seluruh negara telah dipajak kepada beberapa kumpulan kongsi gelap. Menurut Presiden PPKKM Datuk Sri Mustapa Ali, kebanyakan syarikat berkenaan beroperasi di kawasan perumahan dan pembinaan.

Jelasnya, tindakan memajak lesen itu berlaku walaupun pemegang saham syarikat kawalan keselamatan berkenaan terdiri daripada mereka yang pernah berkhidmat dalam organisasi polis dan tentera. “Kebanyakan 'bapa angkat' ahli kongsi gelap ini mempunyai sekuriti berlesen tetapi memajak kontrak tersebut kepada pihak ketiga iaitu ahli kongsi gelap yang tidak berlesen atau merupakan kumpulan haram," kata beliau.

Dalam perkembangan berkaitan, Mustapa turut mendedahkan sejumlah 80 peratus kawasan Lembah Klang termasuk Pelabuhan Klang dan Subang dilindungi oleh kumpulan kongsi gelap. “Kita sudah maklumkan kepada KDN supaya mengambil tindakan. PPKKM tidak mempunyai kuasa untuk mengambil tindakan dan terserah kepada kementerian untuk bekerjasama dengan pihak polis.

"Biar pihak terbabit mengambil tindakan supaya perkara ini boleh dicegah atau dihapuskan. Kalau tidak diambil tindakan maka semakin serius lagi kes ini," tambah Mustafa.

Mustapa turut berkata sebuah 'task force' bersepadu telah ditubuhkan dengan kerjasama KDN, polis dan pihak Imigresen sejak tiga bulan lepas bagi membanteras masalah kumpulan ahli kongsi gelap dalam syarikat terbabit. Setakat ini, terdapat lebih 200,000 pengawal keselamatan tempatan dan warganegara Nepal yang sedang berkhidmat di negara ini.


Read more at: http://www.astroawani.com/berita ... ngsi-gelap-58342?cp


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-4-2015 07:46 PM | Show all posts
Dimilik kongsi gelap pun kalo tak buat apa kesalahan .....
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2015 08:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Kongsi kongsi...sharing is caring
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2015 09:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau betul ini benda sirius
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2015 09:09 PM From the mobile phone | Show all posts
benda ni dah lama lah. Baru tahu?Tu lah... Sibuk sgt tangkap MP sampai x da masa nk jaga kpi sendiri
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2015 09:13 PM | Show all posts
sepatutnya perkara ini sudah lama di ambil tindakan sudah berapa bnyk kes pengawal keselamatan melakukan pembunuhan .....HARAPKAN PAGAR ..PAGAR MAKAN NASI....mungkin bnyk perkara yg perlu kita selidiki......
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-4-2015 09:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Tu hari site aku kat kajang pun camtu. Datang mengamok2 bwk parang segala sbb contract jg tapak xbagi kat derang. Tp sib baik Kena masa tu polis tgh istihar perang dgn kongsi gelap pari2 ni.. Habih la mendapat.. Lega rasa.
Tp skang dah diam dah..perang dah tamat kot  
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2015 09:21 PM | Show all posts
80% tu...

Ckp psl guard ni kan, aritu abah saya borak2 dgn guard pakistan... amik guard pakistan jual karpet muka pon takut2.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 02:35 AM GMT+8 , Processed in 0.094747 second(s), 37 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list