CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 31762|Reply: 239

[Jenayah] Hati-Hati Dengan Penipuan di KL Sentral!#191 KES TERBARU

[Copy link]
Post time 22-4-2015 02:56 PM | Show all posts |Read mode
Edited by GhostWalking at 28-1-2016 08:45 AM

Pada:  Isnin, April 20, 2015


Kejadian seumpama ini bukan pertama kali kita dengar malah tidak pernah habis sejak dahulu. Manusia memang ada pelbagai sifat terutamanya yang mengambil kesempatan terhadap kebaikan orang ramai untuk kepentingan diri sendiri. Dan KL Sentral bukanlah tempat yang asing lagi menjadi lubuk kes-kes sebegini memandangkan ianya tempat yang menjadi tumpuan orang ramai.

Berikut adalah aduan/perkongsian yang kami terima;
"Salam admin Oh Media boleh tolong sharekan cerita ni? Terima kasih banyak2. Saya minta tolong biar kes ni tak berulang. Kes tipu duit di KL Sentral.

Berlaku malam 5 april isnin lepas. Kami berlima perempuan baru sampai di kl sentral lebih kurang pukul 10 mlm. Sampai je, saya nak keluarkan duit dan yg lain pergi beli tiket ktm sebab nak balik kolej. Lepas siap, saya terus ke kaunter tiket untuk dapatkan kawan saya. Otw, ada sorang makcik datang tegur saya. Dia tanya dari mana. Lepastu, dia cakap nak minta tolong dari saya. Nak pinjam duit. Nampak dia macam susah hati. Dia cakap dia sanggup bagi hp dan jam tangan sebagai cagaran. Kiranya kalau tak bayar balik, saya boleh ambil barang dia. Dia nak pinjam duit sebab kad atm kena telan. Dah tak ada duit nak tidur hotel. Dia dari Johor. Asal Penang. Nama Fazilah. Lecturer muet kat UTM. Dia nak g PPUM esoknya.

Katanyalah. Dia nak keluarkan duit sebab nak gi hotel & esoknya nak ke PPUM. Masa tu kawan2 sy nampak sy. Datang kawan sy 2 orang. 2 lagi pergi solat. Bila kawan sy datang makcik tu ceritakan balik.  Sorang kawan sy ni tak fikir banyak sebab nampak makcik tu mengigil & terlalu mengharap. Kawan sy keluarkan rm100 dari atm & bagi makcik tu. Saya sebelum tu cakap kat makcik tu sy boleh bagi rm50 je sebab tak ada duit. Lepas dapat rm100 dari kawan sy, sambung borak lagi. Pasal kerja dia,anak dia medic ireland la.. Pastu dia tany. Harga hotel berapa rm kat area kl sentral & kat mana. Tp kami tak tahu. Dia tanya lg cukup ke tak ya rm100 nak bayar hotel.

Kawan sy tadi bgtau kalau nak pinjam lg saya boleh bg lagi rm100. Masa tu sy dah fikir lain. Cepat2 sy mencelah. Takpelah. Sy bagi pinjam rm50. Tapi makcik tu macam nak kawan sy yg bagi sebab kawan sy nak bg rm100. Maybe sebab dia nampak kawan sy tu mudah dan tak teragak-agak macam sy. Then sy sambung, takpe saya bagi rm100. Tapi bagi hp dan jam tangan. Pastu dia kata nanti nak call kami utk pulangkan duit mcm mana kalau amik hp. Saya pun masa tu bagi jelah. Lagipun fikir kalau ambil jam dia pun nanti kena jumpa & pulangkan balik. Memang nampak dia susah hati and resah. sy masa tu ada jugak fikir kalau mak sy kena macam ni cane. So, dengan harapan saya buat baik dekat mak orang orang balas kat mak saya. Lepas saya kasi sempat saya snap gambar ni incase pape berlaku. Saya kena gerak dulu sebab nak cepat.

Dia ada ambil no hp kawan sy masa tu and miscall. Esoknya kawan sy mesej num akaun sebab dia kata akan bank in lepas buat kad baru. dia reply lepas bank-in nanti dia inform. Tapi sampai sekarang tak bank-in. Kami dah banyak kali mesej and call. Tapi langsung takde jawapan. Banyak kali putuskan call. Dalam mesej tu sy cakap yg saya ada gambar dia. Tapi langsung tak takut. Nampaknya rezeki dia lah boleh rm200 malam tu. Dia tahu kami students. Tak sangka macam tu sekali tipu kami. Kalau makcik atau saudara makcik ada yg terbaca post ni, harap bayar balik.

RM100 banyak bagi kami.Disebabkan orang macam ni la lepasni susah untuk saya dan orang lain lagi utk tolong orang yg benar2 kesusahan. Di sini saya sertakan sekali no hp dia ( 019-361 4929).

Terima kasih."

Mungkin ada kisah disebaliknya apa yang dilakukan wanita ini. Apapun alasannya, sikap sebegini haruslah tidak berlaku lagi kerana ianya sikit demi sedikit menghakis sifat perikemanusiaan terutamanya bagi rakyat Malaysia yang terkenal dengan sifat perikemanusiaan dan amat mudah kasihankan orang yang di dalam kesusahan.


  http://www.ohmedia.my/2015/04/hati-hati-dengan-penipuan-di-kl-sentral.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 22-4-2015 02:59 PM | Show all posts
Jangan lurus bendul sangat dekkk
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2015 03:00 PM | Show all posts
xde ciri2 lecturer pon....
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2015 03:01 PM | Show all posts
selayak nya la adik2 bimbo sunni kena tipu sesama fellow sunni.

akak hanya mampu senyun sinis lehat kesyumulan maksom penganit ugama melayu sunni ini.
elohim itu maha adil, sering tonjolkan kebenaran.
namun ummah tak pernah nak sadar.
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2015 03:03 PM From the mobile phone | Show all posts
slalu je ade
depa ni tgk gaj orang..kalo.org tu jenis nampak tegas..xde dia nakdekat..
kalo huha huha ni..aenangla dia nak pancing
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2015 03:05 PM | Show all posts
Changa replied at 22-4-2015 03:01 PM
selayak nya la adik2 bimbo sunni kena tipu sesama fellow sunni.

akak hanya mampu senyun sinis leh ...

wa nampak makcik tu sutun cam lu je....

ke makcik tu mak lu..??




Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-4-2015 03:06 PM | Show all posts
Lec "cheret" ni ... kan dah kena.
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2015 03:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Bijak akak tu....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-4-2015 03:08 PM | Show all posts
dah tau student, pasal mu bagi sedekah? tu bukan duit kamu utk bagi sedekah, tu duit utk belajar.

cuba jadi cm aku masa student dlu, mcm2 org SOP cm diatas tegur aku mnta sedekah, kata diri susah, umah kene puting beliung la , kebakaran la, aku cuma senyum, smbil kata sudah sedekah, dia cakap sedekah kt mana?, aku kata sedekah dgn senyuman,

pastu aku blah..

Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2015 03:10 PM | Show all posts
fifie_olin replied at 22-4-2015 03:00 PM
xde ciri2 lecturer pon....

baru je nak ckp benda yg sama..
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2015 03:11 PM | Show all posts
takkanlah lecturer jalan ke hulu hilir pakai serkup je? boleh je dia call UTM mintak suruh staf UTM KL datang ambik dia. emergency, takkanlah tahap senior lecturer tengok umur dah tua kerepot tu UTM tak prihatin. hahaha. boleh tahan lurus bendul jugak budak2 ni.
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2015 03:11 PM | Show all posts
makcik tu layak dah ganti Maslan..kaki penipu tapi bodoh
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2015 03:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Makcik yg kerja lecturer dan ada anak belajar medic di ireland , takkan takde kenalan atau sedara mara kat kl ni? Takkan xde credit card utk check in hotel? Nampak benar nak menipu...
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2015 03:12 PM | Show all posts
kalau betul nak bagi... bagi saja la kat org mcm ni..
tapi cakap direct kat dia.. `kalau makcik tipu, makcik masuk neraka tau!!'
sambil jegilkan mata
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2015 03:14 PM | Show all posts
jgn mudah percaya org..nak lg selamat kalau ada org mintak tlg call jer polis suh polis tlg dia..zaman skang ni mcm2 kes..silap hb kene pukau laa apa laa..
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2015 03:16 PM | Show all posts
Terok bebenor rupe lecturer utm
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-4-2015 03:16 PM | Show all posts
kena kencing dgn lec..ceret ghopenya student2 yg baik ni...should be more alert in the future..skrg ni ramai leh jd pelakon di luar set.....
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2015 03:22 PM | Show all posts
primemova replied at 22-4-2015 03:12 PM
Makcik yg kerja lecturer dan ada anak belajar medic di ireland , takkan takde kenalan atau sedara ma ...

pernah tgk brain games kat natgeo tak? rasanya slh satu episod explain why dgn mudah kite purcaya makcik tuh... since penampilan die...... org tua.... kite dah takde pkir dah die ckp bohong ke idak.... takdenya konsep pukau ke apa....
kite mesti kata org tua mana la nak bohong....  
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2015 03:35 PM | Show all posts
dari rupa dia xde gaya langsung lecturer MUET..
normallyu lecturer subject English ni sangat up to date & bergaya sakan gitu...
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2015 03:39 PM | Show all posts
makkenits replied at 22-4-2015 01:10 PM
baru je nak ckp benda yg sama..

kann...kalo makcik jual ns lmk tepi jln...ye mmg btl x syak lg...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

23-4-2024 03:04 PM GMT+8 , Processed in 0.113606 second(s), 53 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list