CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1711|Reply: 3

Kumpulan ulama ‘pelampau’ dalam PAS semakin angkuh.

[Copy link]
Post time 25-4-2015 07:13 AM | Show all posts |Read mode
oleh Hazlan Zakaria



KOMEN: Yakin akan pengaruh mereka yang sedang meningkat naik dalam parti pembangkang islam  PAS, sudahpun ditunjukkan apabila mereka mendesak kepada pelaksanaan hudud, dan nampaknya kumpulan ulama parti kelihatan makin ‘melampau’ dan angkuh seperti yang berlaku dalam pertikaian mereka dengan rakan Pakatan PKR.
“Dr Wan Azizah Wan Ismail perlu menarik kembali kenyataan anti-hududnya dan meminta maaf kepada PAS,” Ketua Pas Permatang Pauh Omar Hassan dilaporkan berkata selepas mesyuarat bahagian parti pada pagi Isnin 22 April.
Melihat kepada pendirian dia dan bahagiannya, Omar nampaknya seorang pro-ulama atau sekurang-kurangnya sudah dipengaruhi oleh kumpulan ulama dalam parti.
Kenyataannya  berbaur ancaman bahawa cawangan PAS itu tidak akan berkempen untuk Pakatan sempena pilihanraya kecil jika PKR tidak menarik balik kenyataan dan melakukan permohonan maaf.
Walaupun bahagian Pas Pusat telah memberikan sokongan kepada pencalonan Wan Azizah dan berjanji untuk menggerakkan jentera kempennya.
Presiden PAS, Hadi Awang, bagaimanapun, masih tidak dapat membuat keputusan, sama ada ingin menghormati keputusan bahagian PAS atau kekal dengan keputusan Pas Pusat, dilaporkan berkata yang dia perlu mendengar sendiri keputusan bahagian PAS itu sebelum memberi ulasan lanjut.
Permintaan Omar kepada president PKR menjelang penamaan calon pilihanraya kecil Permatang Pauh yang diadakan apabila Mahkamah Persekutuan mengekalkan keputusan bersalah kes liwat suaminya Anwar Ibrahim.
Ini bukanlah kali pertama PAS mencabar pencalonan Wan Azizah, kali terakhir apabila dia dikhabarkan akan menjadi calon parti untuk jawatan Menteri Besar Selangor.
Walaupun ketika itu PAS lebih santun dalam menunjukkan tidak setujunya  dan  keenganannya bukanlah muktamad, berlainan daripada apa yang berlaku di Permatang Pauh kali ini
Dilaporkan, Omar mendakwa yang dia menerima sokongan Bahagian PAS Bukit Mertajam, Nibong Tebal, Balik Pulau dan Batu Kawan.
Dia juga berterima kasih kepada Hadi kerana menghormati pendirian bahagian dan yakin bahawa ‘pemimpin kami akan menemui jalan penyelesaian kepada isu ini’.
Ketua PAS Permatang Pauh Jamsari Samad bagaimanapun dilaporkan menafikan tuntutan tersebut merupakan amaran yang bahagian itu akan memboikot pilihanraya kecil nanti.
Tetapi Ketua Ulama Bahagian PAS Badrul Abdul Rahman dipetik sebagai berkata yang jatuh hukum ‘haram’ untuk orang Islam mengundi mereka yang menentang hudud, nampaknya merujuk kepada kenyataan Wan Azizah.
Boikot dan sabotaj calon rakan Pakatan bukanlah asing kepada bahagian-bahagian PAS, malah calon-calon PKR dan PSM pernah menghadapinya sehingga ada antara mereka hilang kerusi kawasan masing-masing.
Walaupun ada pihak dalam PAS yang mendakwa tindakan ahli-ahli bahagian ini sebagai kes terpencil, pemerhati merasakan tindakan itu mungkin menerima restu daripada pihak atasan.
Terutama sekali apabila calon Pakatan daripada rakan parti pembangkang dilihat oleh PAS sebagai bermasalah kerana mempunyai masalah peribadi atau dikaitkan dengan ideologi falsafah seperti sosialisme- sesuatu yang tidak digemari oleh parti.
Malah Hadi di lihat sebagai orang yang melayan rakan-rakan Pakatannya dengan angkuh, bolehlah disimpulkan bahawa tindakan PAS Permatang Pauh diketahuinya, malah mungkin disokongnya, dan tindakan bahagian itu memang selari dengan agendanya.
Hadi ialah antara yang berada dalam kumpulan ulama dan salah seorang penyokong agenda hudud.
Dengan PKR dan DAP menentang pendirian hudud PAS dalam usahanya memperkenalkan kod jenayah Islam itu di Kelantan, mungkin ada benarnya bahawa kumpulan ulama dan pelampau dalam parti Islam itu sedang melancarkan serangan balas.
Kumpulan ulama sedang mengumpulkan kekuatannya dan sedang berjuang habis-habisan untuk menyingkirkan mana-mana pemimpin yang tidak menyokongnya, terutama golongan liberal dan professional yang dilabelkan sebagai pro-Pakatan.
Setakat ini tiga orang pemimpin professional sudah dijatuhkan: Mantan MB Perak Mohamad Nizar Jamaludin yang hilang kerusi pengerusi bahagian Kampar, Pesuruhjaya Pas Kapar Rani Osman dan Pesuruhjaya PAS Melaka Adly Zahari di Alor Gajah.
Ahli Parlimen Shah Alam Pas dilaporkan memberikan amaran bahawa kekecohan yang ditimbulkan oleh Permatang Pauh boleh memberikan gambaran situasi yang akan menimpa hubungan antara parti dalam Pakatan sekiranya kumpulan ulama berkuasa.
“Ini akan menjadi wajah baru Pas dalam soal bagaimana ia berurusan dengan Pakatan sekiranya kumpulan ini dipilih untuk memenuhi jawatan dalam Suruhanjaya PAS Pusat di muktamar ke-61 pada bulan Jun ini,” Kata Khalid.
‘Mereka degil dan tidak boleh bertolak ansur. Mereka tidak mempunyai semangat setiakawan dan tidak bijak berpolitik. PAS sekali lagi akan menjadi parti yang terasing, tersisih daripada politik arus perdana,” dia dilaporkan berkata begitu.
Khalid dilaporkan menggelarkan tindakan PAS Bahagian Permatang Pauh sebagai gambaran “Puak pelampau PAS” yang mula-mula muncul dalam muktamar parti pada 2011.
“Mereka jumud dan seringkali menggunakan ancaman dan paksaan. Itu ialah puak pelampau Pas.” jelas pemimpin PAS itu.
- See more at: http://bm.theantdaily.com/Terkin ... thash.vQGPKBHJ.dpuf
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-4-2015 07:56 AM | Show all posts
sapa yang gelarkan depa ni ulamak pelampau?

suka suki je labelkan orang.
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2015 10:21 AM | Show all posts
kenapa pas skrg ada 2 parti ....semakin carca marba la ....
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2015 08:34 PM | Show all posts
pd pendapat aku, seorg presiden patutnya menyatukan 2 pihak bkn menyisihkan & menangkan satu pihak .. let say, PR berjaya take over govt, jenis presiden ni akn buat kpstn berat sebelah..percayalah
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-3-2024 08:43 PM GMT+8 , Processed in 0.056856 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list