CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 14695|Reply: 160

[Tempatan] MAS tamatkan banyak laluan bandar besar dunia

[Copy link]
Post time 25-4-2015 11:15 PM | Show all posts |Read mode


Khazanah Nasional Berhad (Khazanah) dicadangkan supaya menutup terus Malaysia Airline (MAS) jika mahu menamatkan semua operasi penerbangan di Eropah.

Cadangan itu dilontarkan dengan alasan tidak ada guna MAS terus beroperasi jika tidak mempunyai laluan-laluan di bandar-bandar besar dunia.

Jika pengurangan penerbangan ke Eropah ditamatkan, apa yang akan dibuat dengan pesawat-pesawat milik MAS.

Adakah kapal-kapal terbang itu akan disewa atau dipajakkan kepada syarikat penerbangan lain memandangkan hala tuju sudah ke arah itu.

Kalau itulah keputusannya lebih baik MAS menjadi sebuah syarikat penyewa kapal terbang daripada kewujudannya semata-mata mahu menyelamatkan nama Malaysia Airlines.

Presiden Kesatuan Kebangsaan Anak-anak Kapal Kabin Malaysia (Nufam), Ismail Nasaruddin berkata, beliau hairan dengan langkah penamatan laluan Frankfurt kerana ia menguntungkan.

Beliau mendakwa, selain Frankfurt, MAS juga akan menamatkan laluan-laluan lain termasuk Paris dan Amsterdam serta Australia.

"Penstrukturan MAS Newco melibatkan RM6 bilion termasuk RM3 bilion bagi operasi baru. Jumlah itu sangat besar. Kalau pelaburan besar mengapa laluan-laluan penting dan utama dunia mesti ditamatkan.

"Saya tidak fikir dengan pelaburan RM3 bilion, MAS perlu mengurangkan laluan ketika 6,000 pekerja akan diberhentikan," katanya kepada MalaysiaGazette.

Ismail berkata, beliau tidak faham ketika syarikat penerbangan dunia berlumba-lumba bersaing dalam pasaran langit terbuka, Khazanah pula mahu memulakan MAS Newco seperti 40 tahun lalu.

"Kalau macam itu lebih baik kuburkan sahaja MAS. Buat apa Khazanah mempertahankan lagi syarikat penerbangan ini semata-mata tidak mahu nama Malaysia Airline terkubur?" tambahnya.

MAS baru-baru ini mengumum akan menamatkan laluan Kuala Lumpur-Frankfurt pada 29 Mei ini, selepas 40 tahun beroperasi di laluan tersebut.

Syarikat penerbangan kebangsaan itu melancarkan laluan Frankfurt pada tahun 1977 dengan beroperasi lima kali seminggu menggunakan pesawat Boeing 777.

Nufam menyifatkan penstrukturan MAS yang menyaksikan penamatan laluan Frankfurt dan lain-lain destinasi yang bakal diumum sebagai mengarut.

"Kalau semua destinasi penting ditamatkan, wajarkah MAS dikenali sebagai syarikat penerbangan kebangsaan? Fikir-fikirlah," ujarnya lagi.

Beliau mendakwa tindakan itu tidak akan membantu membina semula nama MAS, sebaliknya boleh menjejaskan kepercayaan kepada jenama itu.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-4-2015 11:26 PM | Show all posts
Apa la nasib MAS skg

Janganlah tutup...

#IwillalwayssupportMAS
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2015 11:56 PM | Show all posts
Pelik sungguh klu mcm tu sbb ia adlh laluan dan destinasi yg popular, KL-Frankfurt.So mcm mana org Jerman nak datang ke Malaysia nanti?..Terpaksa lah transit ke negara lain dulu yg mana ada route flight to KL.

Tindakan MAS ni akan menjejaskan industri pelancongan negara kerana pelancong Jerman adlh antara yg terbyk melawat Malaysia.
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2015 12:00 AM | Show all posts
tak faham aku, setengah2 laluan macam australia tu rakyat Malaysia sendiri banyak naik. nak suruh naik SQ atau Garuda ke pegi sana
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2015 12:08 AM | Show all posts
benda neh sebenarnya cemana?kalo tamat tu..tamat terusla??bukannya route tu mungkin digantung buat sementara waktu??
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2015 12:12 AM | Show all posts
Tutup je la terus
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 26-4-2015 12:16 AM From the mobile phone | Show all posts
MAS..rip..
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2015 12:20 AM From the mobile phone | Show all posts
fennec replied at 25-4-2015 11:56 PM
Pelik sungguh klu mcm tu sbb ia adlh laluan dan destinasi yg popular, KL-Frankfurt.So mcm mana org J ...

Kak, lufthansa kn ada...dia terbang direct to kul dr frankfurt.

Mungkin langkah mas nk kmbali jd regional airlines dulu. Then bila dah kukuh baru open balik laluan2 lain. Plus depa pon dlm one world.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-4-2015 12:33 AM | Show all posts
aks_berhad replied at 26-4-2015 12:20 AM
Kak, lufthansa kn ada...dia terbang direct to kul dr frankfurt.

Mungkin langkah mas nk kmbali  ...

Tau...tp maksud saya ialah dgn penutupan flight route tu nanti akan menjejaskan juga sedikit kedatangan pelancong Jerman ke negara ini.Org Jerman tidak boleh semata2 bergantung pd satu flight company saja klu nak ke Malaysia...begitu juga kita tak boleh nak harapkan pelancong Jerman byk datang ke negara in klu cuma ada satu je penerbangan terus dari Jerman ke sini, melalui satu flight company saja.

Industri pelancongan ni mestilah perananya dimainkan dari kedua2 pihak, barulah betul ianya menjadi.Bukan setakat dari satu pihak je.
Itu sebablah negara2 yg berpotensi bg rakyatnya datang melawat ke negara ni diperbanyakan lg route and destinationya mcm China dan India yg masing2 ada 5 route bandar2 diorang ke Malaysia.
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2015 12:36 AM | Show all posts
fennec replied at 25-4-2015 11:56 PM
Pelik sungguh klu mcm tu sbb ia adlh laluan dan destinasi yg popular, KL-Frankfurt.So mcm mana org J ...

Lufthansa tak datang malaysia ke??
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2015 12:38 AM | Show all posts
Garuda Indonesia lagi nak expand dia punya route, MAS pulak sebaliknya....tak mustahil suatu hari nanti Malaysia akan jatuh kebawah dari Indo... Ringgit malaysia sekarang turun, Rupiah dah naik..
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2015 12:41 AM | Show all posts
dulu seingat ai MAS siap ada route ke Zurich, Los Angeles semua.. skarang semua dah katup.. kalau ke europe cuma ada route London aje la ye? ke Rome ada lagi ke?

tapi airlines timur tengah lagi best service n food nya berbanding MAS.. meskipun ada transit.. ai prefer naik airlines timur tengah kalau long haul ie ke europe sana..
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2015 12:47 AM | Show all posts
last year MAS ada lagi ke paris, Amsterdam
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2015 12:49 AM | Show all posts
Beliau mendakwa, selain Frankfurt, MAS juga akan menamatkan laluan-laluan lain termasuk Paris dan Amsterdam serta Australia.
show us the figures please.

sepanjang2 aku fly KUL-CDG belum pernah aku merasa duduk sorang2 takde orang sebelah... both business and economy

cabin always penuh.... but that was before MH17 lah...



Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2015 12:52 AM | Show all posts
cenkudu replied at 26-4-2015 12:00 AM
tak faham aku, setengah2 laluan macam australia tu rakyat Malaysia sendiri banyak naik. nak suruh na ...

orang Malaysia ramai naik Air Asia kak. MAS ni penuh kokesen ja....



Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2015 12:55 AM | Show all posts
timahterung replied at 26-4-2015 12:36 AM
Lufthansa tak datang malaysia ke??

Pernah I flew on Lufthansa they were flying through Bangkok. Untuk sektor KUL-BKK kapal agak kosong. That was a few years ago lah...



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-4-2015 01:00 AM | Show all posts
fennec replied at 26-4-2015 12:33 AM
Tau...tp maksud saya ialah dgn penutupan flight route tu nanti akan menjejaskan juga sedikit kedat ...

Orang Jerman kalau nak datang Malaysia dia akan datang jugak with or without MAS.

Biggest consideration ialah attractive fare dan connectivity e.g. kalau kena fly through BKK mungkin 80% of them just stop kat Thailand jah. Local airline is probably just a bonus. Mereka bukan macam Melayu kena naik MAS sebab nak shariah compliant semua....





Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2015 01:28 AM | Show all posts
Sama2 lah kita majukan lagi singapura. Bila keretapi laju dah siap, kita boleh pi naik kapaiterbang SQ utk pi mana2 bandar besaq dunia di changi. Mas cuma servis antara bandar dalam mesia cukup la, dah tak tau nak compete international nak buat lagu mana..
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2015 01:38 AM | Show all posts
semoga ummah yang nak sangat tengok MAS jadi macam Royal Brunei berpuas hati....

Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2015 01:50 AM | Show all posts
aku mmg jarang sekali naik kapal yg ramai melayu...
even MAS pon...
paling2 ada la 10 org paling byk....

tapi mmg nature airline gitu ler..
nak jimat tutup route ler....and tutup route tu tengok profitability....bukan tgk penuh ke idak....byk flights penuh tapi untung ciput.... london skang MAS double daily ke....???

apa2 hal kesian gak laa 6,000 retrenched..ramai tu...
nak koje tempat lain payah sbb airline industry south east asia kecik je and airline expertise nih payah nak switch jobs esp operation side.....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 07:20 PM GMT+8 , Processed in 0.725749 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list