CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6228|Reply: 0

GOT7 BERJANJI AKAN DATANG KE SINGAPURA UNTUK KONSERT PENUH MEREKA

[Copy link]
Post time 3-5-2015 10:48 PM | Show all posts |Read mode
Edited by isabel at 3-5-2015 10:48 PM



Singapura, April 2015GOT7, kumpulan baru dibawah naungan JYP Entertainment menjejakkan kaki buat pertama kalinya ke Singapura baru-baru ini untuk bertemu iGOT7 Singapore bagi menjayakan satu acara fan meeting yang diadakan pada 25 April 2015 yang lalu.  GOT7 tiba di republik itu untuk bertemu peminat setelah menjelajah ke negara-negara asean seperti Taipei, Shanghai, Hong Kong, Thailand dan Malaysia.

Ketika ditemui di sidang media, mereka mengakui iGOT7 di setiap negara yang mereka kunjungi adalah berbeza tetapi secara keseluruhannya peminat mereka amat bersemangat dan sungguh bertenaga.  Mereka teruja dengan respon dan interaksi bersama peminat adalah sangat baik dari awal hingga ke akhir setiap persembahan mereka.

Apabila diajukan soalan siapakah yang selalu membuat keputusan yang melibatkan kumpulan, walaupun kesemua ahli GOT7 mempunyai pendapat yang berbeza namun keputusan terakhir dan muktamad biasanya diputuskan oleh JB selaku ketua kumpulan.

Di akhir sidang media, GOT7 berterima kasih kepada media yang hadir dan menjanjikan persembahan menarik di fan meeting nanti.  Seperti juga janji mereka kepada peminat Malaysia, mereka juga berhasrat untuk kembali ke Singapura dengan konsert penuh dan pentas yang lebih besar untuk menghiburkan para peminat.

Sementara pada sebelah malamnya pula bertempat di  Kallang Theatre, usai mempersembahkan lagu-lagu balada mereka seperti Gimme, Moonlight dan Forever Young. disusuli dengan dengan temubual dan 'games' bersama peminat.  Peminat bertuah dihadiahkan 'autograph poster' dan peluang untuk mengambil gambar bersama ahli kumpulan tersebut. Telatah dan keletah mereka yang bersahaja membuatkan peminat tidak kering gusi menyaksikan gelagat mereka.  Jackson, BamBam dan Mark yang boleh berkomunikasi dalam bahasa Inggeris sedikit sebanyak memudahkan interaksi mereka bersama peminat.

Melihat kepada keletah dan tingkah laku GOT7 di atas pentas mereka tidak menafikan jika diberi peluang, mereka ingin melibatkan diri dalam apa jua 'variety show' yang ditawarkan.  Ianya adalah salah satu platform untuk peminat mengenali mereka dengan lebih dekat dan peluang keemasan sebegini tidak mungkin akan mereka lepaskan.

Acara kemuncak fan meeting adalah kejutan awal meraikan hari lahir BamBam yang jatuh pada 2 May 2015. Peminat bersama-sama menyanyikan lagu selamat hari lahir diiringi sebutir kek yang sangat menarik!  BamBam merasa sungguh terharu dan berkata ini adalah kali pertama beliau meraikan hari lahir bersama peminat.

Seterusnya mereka mempersembahkan lagu-lagu hit mereka dari album 'Identify' iaitu 'A' dan 'Girls Girls Girls' yang sudah tentu memukau para peminat dengan kehebatan gerak tari dan vokal mereka yang mantap. Acara fan meeting diakhiri dengan encore lagu 'Bounce'.


Sebelum menutup tirai persembahan, 100 peminat yang memenangi cabutan bertuah dari pemegang tiket Kategori 1 berpeluang bergambar bersama ahli GOT7 manakala 50 pemegang tiket Kategori 2 membawa pulang album 'autograph Identify'. Bagi 100 pemenang Kategori 3 & 4 pula diberi kesempatan untuk“hi-five” dengan mereka.  

GOT7 1st FanMeeting in Singapore dibawakan khas oleh LEAP-IMS.  Setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak penganjur yang telah mengundang CARI Malaysia ke acara fan meeting bersama kumpulan GOT7.


Artikel oleh: Nurul @ agasshiseben
Editor oleh: Isabel
Gambar oleh : Fieza dan LEAP-IMS
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-3-2024 06:57 PM GMT+8 , Processed in 0.219480 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list