View: 2605|Reply: 25
|
[Dunia]
Kehidupan penjara terurus, bekas banduan merayu di penjara semula
[Copy link]
|
|
SEORANG bekas perompak yang telah dibebaskan selepas lebih 12 tahun menjalani kehidupan sebagai banduan ingin kembali semula ke penjara kerana tidak mahu hidup merempat.
David Potchen, 53 yang merompak sebuah bank di Merrillville, Indiana pada Jun tahun lalu kini bekerja sebagai seorang pengimpal dan menyimpan hasrat untuk tidak lagi terjebak dengan jenayah.
Sebelum itu, David memberitahu Hakim di Mahkamah Lake County bahawa dia sengaja melakukan rompakan bank kerana mahu kembali ke penjara kerana selesa menjalani hukuman itu selepas didapati bersalah dalam 2,000 kes rompakan bank.
Sepanjang tempoh itu, David dibayar AS$8.29 sejam semasa dalam tahanan tetapi sukar mendapat kerja setelah dibebaskan.
Dia kini masih dalam pemantauan pihak polis sejak Jun tahun lalu selepas dipenjarakan selama 286 hari untuk kesalahan terakhir yang dilakukannya.
Pada hari perbicaraan David memberitahu Hakim Clarence Murray bahawa dia hanya akan mengaku bersalah jika dijatuhi hukuman maksimum lapan tahun penjara supaya dapat kembali ke penjara.
Hakim Murray mengakui terkejut mendengar permintaan David.
"Sepanjang hidup, saya pernah terjumpa beberapa orang yang tidak mempunyai tempat tinggal tetapi saya tidak pernah berjumpa dengan orang yang tidak mempunyai harapan.
"Bagi saya seseorang yang sanggup melepaskan kebebasan dan hidup di dalam penjara adalah mengejutkan," kata Murray.
Bekas perompak itu membuat keputusan untuk kembali ke penjara kerana sukar untuk mendapatkan pekerjaan dan tempat tinggal.
Dalam kejadian rompakan terakhir itu, David dengan sengaja mencuri wang berjumlah AS$1,000 daripada sebuah bank dan menunggu polis menangkapnya.
Hakim memutuskan untuk membenarkan David menarik balik pengakuannya dan mengenakan caj penukaran yang membolehkan tuduhan rompakan ke atasnya digugurkan jika dia tidak melakukan apa-apa kesalahan dalam masa setahun.
"Anda bukanlah seorang yang tidak berguna, Encik Potchen.
"Anda mempunyai harga diri dan saya sentiasa berharap masih ada orang baik yang percaya tentang kepentingan kebebasan," kata Murray. |
|
|
|
|
|
|
|
Kesiannya dia... dan kagum dgn hakim yg memberi semangat dan kata2 hikmat pada dia.. |
|
|
|
|
|
|
|
malas ahap gaban,
nanti2 kat msia pun ada tahap gini |
|
|
|
|
|
|
|
malas nak kerja la tuh
|
|
|
|
|
|
|
|
mungkin dia tak malas...dalam artikel kata dia dibayar AS$8.29 sejam...maksudnya dia ader keje la tuh dalam penjara cuma tidak dinyatakan apakah pekerjaan dia tuh....
tapi bila dia dah kuar...orang confirm la akan pandang rendah pada banduan...and ntah2 keje mcd pon gaji lagi sikit dri keje dia di penjara.....n mcd pon xmo terime dia keje kot....
jadi
masyarakat la yang kene bantu dia...bagus tuan hakim bagi kata2 semangat.
bukannya memasalan kan beliau... |
|
|
|
|
|
|
|
His aunt and cousins pleaded with the judge: He needs counseling, not prison. His lawyer sought leniency. One cousin, Karen Potchen of Downers Grove, wrote to the papers in an attempt to explain how Potchen was a good man, unafraid of hard work, unable to ask for help.
“He spent an entire day at my house one day helping my dad dig holes to plant trees. He probably dug 100 holes, in hard clay, and never once complained. David has had some rough blows in his life. Not that it should be — nor is it — an excuse for what happened. David was never the type to ask for help. That day, he was crying out for help and he didn’t even know it.” He tried to find another job, but no one would hire him.
“I don’t even want unemployment because that’s how I was brought up. You gotta get out there and work. And if you can’t find it, that’s when stuff falls apart. You gotta figure, ‘What are you going to do now?’ And the first thing that popped into my head was, ‘Well, I’ll just go to prison.’ “
bukan dia malas pun ..
persepsi dan penerimaan masyarakat memainkan peranan penting
|
|
|
|
|
|
|
|
Judge Clarence Murray admonished Potchen — “you can’t stay in prison forever” — and asked whether he’d accept a lesser sentence if a job and a place to stay could be found for him.
“I hope to God someone reads about this and offers some help to you,” said Murray, the same judge who sentenced Potchen to prison after his first desperate foray into crime. “You’re not a throwaway, Mr. Potchen. You have value, sir.” baik nyer hakim ni
|
|
|
|
|
|
|
|
dh jd welder ok sangat tu, kalau kat tanah melayu i bleh sngat nak sara diri, apa lg anak bini |
|
|
|
|
|
|
|
dia mls gila..
cuba klo mknan kat penjara tu teruk cam kat China.Confirm takmo punya |
|
|
|
|
|
|
|
dia pun dah xtahu menikmati erti kebebasan,
masuk penjara semua ditanggung,berehhhh
|
|
|
|
|
|
|
|
spesis forever alone mmg layak duk penjara..... aman skit porum
|
|
|
|
|
|
|
|
kikikiki,,,,minggu ni minggu penjara utk dia,,,
bersepah2 nick kena humban
|
|
|
|
|
|
|
|
Kannn..... ..saja2.......klo btul2, dia carik jugak kerja |
|
|
|
|
|
|
|
Kannn..... ..saja2.......klo btul2, dia carik jugak kerja |
|
|
|
|
|
|
|
Betul tu dino. Tapi rsanya, lately dah aman kn? tgok korang tk sling komen bls? |
|
|
|
|
|
|
|
he needs a form of integration program ....dia macam tak tahu nak sesuaikan diri dengan civillian ni...
kesian, kan...... |
|
|
|
|
|
|
|
ade td.... jumpa geng segersang die bkn main excited
|
|
|
|
|
|
|
|
nanti esmira perasan la....
|
|
|
|
|
|
|
|
Dasar pemalas, semuanya nak free sajee....... |
|
|
|
|
|
|
| |
|