CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1476|Reply: 12

[Dunia] Qatar bayar RM93.2b untuk jadi tuan rumah Piala Dunia 2022

[Copy link]
Post time 27-4-2015 11:19 PM | Show all posts |Read mode


Sejak tahun 2012 lalu, desakan terus meningkat terhadap Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) untuk menarik balik hak tuan rumah penganjuran bola sepak Piala Dunia 2022 kepada Qatar.

Sebagai menambah tekanan itu, Wartawan Daily Mail membongkar rahsia apabila Qatar didakwa telah berbelanja besar sejumlah £17.17 bilion (RM93.1 bilion) untuk mendapatkan hak sebagai penganjur bola sepak Piala Dunia 2022.

Media tabloid Online itu mendakwa urusan itu ketika proses pengundian pemilihan tuan rumah.

Qatar telah memenangi pusingan terakhir dengan memperolehi 14 undi berbalas 4 ke atas Amerika Syarikat yang bersaing dekat untuk mendapatkan hak penganjuran itu ketika proses pemilihan Jawatankuasa Eksekutif pada tahun 2010 .

Penganalisis Daily Mail berpendapat Qatar yang kaya dengan telaga minyak mentah petroleum membelanjakan £17.2 bilion (RM93 bilion) secara langsung dan tidak langsung untuk melobi proses pemilihan pada tahun 2010 dan menang hak tersebut.

Selain itu wujud dakwaan bahawa jutaan wang dibayar kepada pengurusan tertinggi FIFA menerusi dana rahsia yang dikawal Ahli Jawatankuasa Eksekutif Qatar, Mohammed Hammam.
Bayaran berjuta ringgit itu beserta maklumat terperinci tentang bagaimana Hammam berjaya mendapatkan hak untuk Qatar tercatit dalam sebuah buku berjudul The Ugly Game yangb diterbitkan oleh wartawan penyiasatan Daily Mail, Heidi Blake dan Jonathan Calvert.

Bekas Ketua Keselamatan FIFA Chris Eaton telah menggesa bukti baharu itu dipertimbangkan FIFA.

Malah, Ahli Politik Eropah berprestasi tinggi serta sidang Parlimen Eropah meluluskan resolusi sebagai memanggil FIFA untuk mengadakan semula bidaan hak menjadi tuan rumah piala dunia itu.

Qatar merupakan negara terkaya di dunia dari segi pendapatan perkapita atau Kadar Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).

Wang berjumlah RM93 bilion itu merupakan jumlah yang kecil berbanding bajet £132 bilion atau RM716 bilion yang telah diperuntukkan untuk menganjurkan kemudahan dan infrastruktur sokongan Piala Dunia 2022.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-4-2015 11:58 PM | Show all posts
betul ke ni?

ke saja depa tak nak negara arab jadi tuan rumah?
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2015 01:24 AM | Show all posts
sgbuloh replied at 27-4-2015 11:58 PM
betul ke ni?

ke saja depa tak nak negara arab jadi tuan rumah?

kenapa?

sedangkan bersepah stadium 'arab' kat ukay tuh

Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2015 01:52 AM From the mobile phone | Show all posts
Qatar negara turkaya didunia? Mari kepangkuanku Abe qatar
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2015 02:10 AM | Show all posts


ingat tak lagi bidaan tuan rumah sukan asia 2006??

kuala lumpur pun ada bid utk game 2006, sekali dgn hong kong dan new delhi,

tapi last2 terlepas ke Doha, time tu tahun 2001, masa tu qatar ni negara nya suam-suam kuku je, mana famous sngat, so sceptical at that time macam mana Doha boleh menang, khabar angin pasal Qatar banyar a huge sum of money utk diorg menang time tu mmg bertiup kencang, tp last2 hishamudin, masa tu menteri KBS pun mengalah, cakap bagi je peluang kat asia barat anjur sukan asia, pasal last asia barat anjur sukan asia pun tahun 74 di tehran....

so, no heran sngat la negara kaya minyak ni apa2 je diorg boleh buat, ubah pdg pasir jadi taman tema air pun diorg boleh, asalkan ada duit...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2015 03:50 AM From the mobile phone | Show all posts
Ok jer....nampak gak duit tu pi mana...dr 1mdb yg halang di celah celah smart accounting tp physically yilek
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-4-2015 03:53 AM | Show all posts
tak habis2 bangsa arab buat keja bodo







Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2015 05:36 AM From the mobile phone | Show all posts
Kalau lah duit tu guna buat pembangunan islam seluruh dunia. Kalau jer la.....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-4-2015 08:38 AM From the mobile phone | Show all posts
RM 93b utk melobi. Lagi RM 716b untuk infra. Itulah masalah bila banyak sangat duit tak tahu nak buat apa

Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2015 08:52 AM | Show all posts
tapi bila qatar berjaya jadi tuan rumah nanti, semua akan puji balik melambung-lambung
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2015 08:58 AM | Show all posts
boleh dapek roi ka ? huhu
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2015 11:31 PM | Show all posts
khabarnya, tahun lepas kematian pekerja asing yg menyiapkan stadium dan infrastruktur WC Qatar dah mencecah 200 org, kebanyakannya bangsa Nepal... disebabkan bekerja dlm waktu yg panjang dlm cuaca yg terlampau panas.
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2015 11:49 AM | Show all posts
pak arab dan rasuah berpisah tiada...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 11:37 AM GMT+8 , Processed in 0.068432 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list