CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 6484|Reply: 68

[Tempatan] Tolonglah warga Johor, hanya RM3 sahaja...

[Copy link]
Post time 28-4-2015 01:42 PM | Show all posts |Read mode
Edited by obelisk at 28-4-2015 01:44 PM

Tolonglah Saya, Hanya RM3 Dan Saya Boleh Balik Untuk Siapkan Kerja Rumah



Terkesan SK apabila terbaca kisah ini yang menunjukkan seorang remaja yang masih bersekolah terpaksa menjual kerepek dan maruku di hadapan sebuah bank di Dangga Bay, Johor.

Seorang pengguna Facebook menggunakan nama Felicia Ng telah memuatnaik beberapa keping gambar dan dialog perbualannya dengan remaja tersebut.

"Saya ternampak budak lelaki ini duduk di koridor CIMB Bank dengan cahaya matahari terik menerangi badannya." ceritanya

Berikut adalah perbualan beliau dan kanak-kanak tersebut.

Felicia: "Tak panas ke dik?"

Budak: "Tak,"

Felicia: "Kenapa jual kerepek kat sini? Masih sekolah?"

Budak: "Ya, di SMK Taman Daya,"

Felicia: "Dah tu kenapa jual kerepek?"

Budak: "Saya jual kerepek sebelum saya pergi ke sekolah. Di hujung minggu, saya jual dari jam 1 petang hingga 11 malam,"

Felicia: "Kalau adik tak jual kerepek ni habis, adik tak boleh balik rumah kan?"

Budak: "Ya," katanya sambil mengangguk kepala.

Jadi, saya membeli kesemua 30 bungkus kerepek tersebut dan mempelawa untuk menghantar beliau pulang ke rumah.



Semasa di dalam perjalanan beliau telah menceritakan kepada Felicia bukan dia sahaja yang menjual maruku dan kerepek tersebut malah turut dijual oleh dua adik beradiknya Public Bank Taman Daya dan seorang lagi di Danga Bay.

Semasa kerepek dijual kanak-kanak tersebut meletakkan satu kertas tertulis,



Bantulah saya. Hanya RM3 agar saya dapat balik awal ke rumah untuk buat kerja sekolah.Bapa saya kemalangan motosikal dan tulang di lehernya patah. Ibu pula telah meninggalkan kami sejak kecil. Kami tiada wang dan hidup seramai 5 orang. Nenek saya masak kesemua kerepek ini untuk kami bertiga jual di Public Bank, CIMB Bank Taman Daya dan seorang lagi di Danga Bay.Ini saja cara kami untuk mencari pendapatan dan RM3 ini amat bermakna kepada saya dan juga keluarga.Bantulah kami, terima kasih.

Dikala ramai kanak-kanak kecil hanya menunggu wang dari ibu bapa untuk ke sekolah, tetapi mereka pula perlu mencari wang untuk menanggung keluarga walaupun masih bersekolah.



Ada pengguna laman sosial menuduh remaja tersebut adalah di bawah sindeket haram yang memperalatkan remaja sebagai penggemis.

Felicia telah memuat naik sekeping gambar keratan Harian Metro untuk membuktikan situasi remaja tersebut adalah benar-benar terjadi.

Kepada anda yang berada di sekitar Johor Bahru yang menjumpai mereka di sekitar sana bolehlah membeli kerepek dan maruku remaja ini dan adik-beradiknya untuk meringankan beban yang ditanggung. - Siakapkeli.my
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-4-2015 01:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Baiknya hati felicia nih..
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2015 01:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Budak ni..dah lama gak nampak kat situ.
Tp ok lah kirany jual kerepek kot.
Bukan mengemis..bg aku muruku dia leh tahan sdp.
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2015 01:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Harap sultan johor bantu budak ni....
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2015 01:52 PM | Show all posts
Kesiannya kau dik. Jahat sangat molot kawan2 kau tu mencerca.
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2015 01:57 PM From the mobile phone | Show all posts
cuba jual kerepek ayer hitam dan pisang salai
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-4-2015 01:58 PM | Show all posts
ditinggal ibu pula. kesiannya adik ni
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2015 01:58 PM | Show all posts
Bertabahlah dik.nasib...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-4-2015 02:01 PM | Show all posts
Nasib baik jual kat situ....kalau jual kat sekolah takut2 jd mcm sorg budak tu yg nasi lemak nya dirampas dan dibuang oleh guru...
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2015 02:05 PM | Show all posts
Sesiapa yg mampu, harus membantu insan yg mcm ni...
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2015 02:06 PM | Show all posts
sundal sgt perangai ibu budak ni...sepatutnya dia yg sara anak2....
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2015 02:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Note tu mak dia yg tulis eyh...
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2015 02:18 PM | Show all posts
krustykrab replied at 28-4-2015 01:52 PM
Harap sultan johor bantu budak ni....

ya.... yang dah ada rolls royce ketika org lain meeting kat ataih pokok patut membantu...
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2015 02:25 PM | Show all posts
english pon ok...
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2015 02:31 PM | Show all posts

Mane pergi nye badan2 kebajikan Johor?


Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2015 02:34 PM | Show all posts
langlobat replied at 28-4-2015 02:18 PM
ya.... yang dah ada rolls royce ketika org lain meeting kat ataih pokok patut membantu...

itu la.. harus membantu sangat. takkan nak rakyat dia jual kerepek bawah pokok pulak kan?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-4-2015 02:44 PM | Show all posts
sedihnyaa.. at least tak mintak2 sedekah.. kesian budak nie, kecik2 kena galas tanggungjawab.. jual kerepek sebelum gi skolah.. semoga dia jadik murid yg berjaya and ubah nasib keluarga 1 hari nanti.. kalau dia jadik somebody 1 ari nanti, mesti kisah nie akan jadik part of his success story.

insaf jap aku..
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2015 02:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Penah kah pihak yg mengenakan GST terpikir beban yg terpaksa ditanggung oleh golongan yang susah spt anak2 ni?

Mungkin tidak. Seperti jugak puak2 yg menyokongnya.

Because You simply Do Not Care.
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2015 02:47 PM | Show all posts
kasihan.. semoga pihak bertanggungjawap turun padang bantu adik ni dan keluarga beliau...
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2015 02:48 PM | Show all posts
sedihnya baca cerita budak ni...

the sign in english tu pun not bad, boleh la..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 02:40 PM GMT+8 , Processed in 0.385834 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list