CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3150|Reply: 8

5 Tanda Berat Badan Anda Semakin Bertambah

[Copy link]
Post time 28-4-2015 05:56 PM | Show all posts |Read mode
1. Baju Semakin Ketat

Salah satu tanda membuktikan bahawa anda sudah mula mengalami peningkatan berat badan apabila setiap kali anda pakai baju yang kebiasaanya longgar. Tetapi baju tersebut akan mula melekat di badan. Sudah tentu anda mula rasa tidak selesa di bahagian perut atau sekitar pinggang dan mula menarik baju tersebut bagi mengembangkannya untuk mengelakkan menampakkan perut anda yang mula bunci. Itu bermakna dan tanda anda sudah gemuk!

2. Lapisan Di Bawah Dagu

Jangan terkejut jika ada dikalangan rakan lama yang jarang-jarang anda jumpa. Apabila bertemu perkara pertama mereka akan persoalkan adalah mengenai bentuk badan anda yang sudah kelihatan sedikit berisi berbanding dahulu. Ini kerana lapisan di bawah dagu anda yang begitu ketara sewaktu anda sedang leka menekan telefon bimbit di tangan. Itu menandakan bahawa berat badan anda sudah bertambah.

3. Saiz Pakaian

Adakah anda tahu atau masih buat-buat tidak tahu apabila setiap kali anda membeli baju dan seluar baharu pasti saiz akan bertambah ke saiz yang lebih besar. Mungkin anda akan berfikir logik kerana mungkin lain jenama pakaian lain saiznya. Namun jika setiap kali anda membeli jenama yang sama dan setiap kali itu saiz bertukar ke saiz yang lebih besar. Apakah maksudnya itu?

4. Mudah Berpeluh

Jika sebelum ini anda jarang berpeluh ketika menaiki tangga rumah atau sewaktu berjalan menuju ke tempat letak kereta di pusat membeli-belah. Namun kini keadaanya berbeza kerana anda lebih mudah berpeluh dan cepat penat. Hal ini, menandakan stamina anda semakin berkurangan akibat penambahan berat badan.

5. Tidak Lagi  ‘Selfie’

Perkembangan teknologi masa kini membolehkan semua orang berkongsi pelbagai rasa menerusi gambar dan status di laman sosial media masing-masing. Fenomena ‘selfie’ tidak asing lagi dikalangan individu. Malah anda juga tidak terlepas melakukan pelbagai gaya selfie kemudian dimasukkan ke dalam laman sosial.

Apapun, jika sejak kebelakangan ini ‘selfie’ yang diambil sering tidak menjadi. Malah pipi dan bentuk muka anda kelihatan besar dan mengembang tidak seperti selalu. Awas! Anda mungkin perlu segera menimbang berat badan anda kerana pasti ada peningkatan.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-4-2015 10:19 PM | Show all posts
takyah tanda2.bila nmpk  bdn kita besar,gemukla tu
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-4-2015 03:01 PM | Show all posts
Esmiria replied at 28-4-2015 10:19 PM
takyah tanda2.bila nmpk  bdn kita besar,gemukla tu

Itu kalau dah naik sehingga 5kg ke atas. Ini untuk individu yang hanya naik berat sekitar 2-3kg yang diri sendiri sukar nak sedar mereka sudah gemuk.
Reply

Use magic Report

Post time 30-4-2015 06:25 PM | Show all posts
Timbang pun boleh juga dan cepat....
Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2015 02:27 PM | Show all posts
tidak lagi selfie.... hahahahahaa
Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2015 01:27 PM | Show all posts
ape daaa... p timbang la..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-7-2015 09:16 PM | Show all posts
Semenjak salin anak ke2...haihhh sedih btui...baju kurung ketat..jam ketat..cincin ketat..kasut ketat 
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2015 04:15 PM | Show all posts
kalau baju/kain/seluar dah tak muat nak pakai, maknanya berat dah bertambah la tu........
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-7-2015 08:46 PM | Show all posts
atau cuba juga berdiri tegak, then tunduk cuba tgk kaki...kalau tak dapat tengok....buncit la tuh..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 01:22 PM GMT+8 , Processed in 0.064013 second(s), 35 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list