CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1397|Reply: 1

Edisi Konar Baring: Pemuda Pas batal boikot tapi gesa AMK mohon maaf

[Copy link]
Post time 29-4-2015 12:03 PM | Show all posts |Read mode
Edited by crossfire at 29-4-2015 12:09 PM

Pemuda Pas batal boikot tapi gesa AMK mohon maaf

                                 29 April 2015                 



                  

  





        BUKIT MERTAJAM - Dewan Pemuda Pas Negeri Pulau Pinang (DPNPP) hari ini membatalkan hasrat memboikot Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Permatang Pauh namun bertegas mahu Angkatan Muda Keadilan (AMK) negeri memohon maaf berhubung kenyataan mereka memfitnah pimpinan Pas berhubung hukum hudud.

        Ketua Pemuda Pas Pulau Pinang, Mohd Yusni Md Piah berkata, keputusan itu diambil selepas menghadiri mesyuarat tergempar di antara DPPNPP dengan  Timbalan Ketua Pemuda Pas Pusat Muhammad Khalil Abdul Hadi dan Naib Ketua Pemuda Pas Pusat Ir Khairil Nizam Khirudin lewat malam tadi.

        "Maka kami sebulat suara telah memutuskan untuk akur kepada arahan Pas Pusat bagi membantu gerak kerja PRK Permatang Pauh, katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Pas Pulau Pinang di Pongsu Seribu, Kepala Batas dekat sini hari ini.

        Pada 25 April lepas, Pas Permatang Pauh yang turut melahirkan hasrat memboikot PRK itu, menarik balik keputusannya selepas mengadakan perjumpaan tertutup dengan Dr Wan Azizah Wan Ismail yang juga Presiden PKR pada malam sebelumnya.

        Mengakui konflik di antara DPPNPP dan AMK Pulau Pinang masih berterusan, Mohd Yusni berkata, beliau percaya ia mampu diselesaikan.

        Namun begitu, Mohd Yusni tetap bertegas AMK Pulau Pinang harus memohon maaf kepada Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang kerana mendakwa presiden ada melakukan kerjasama politik dengan Umno.

        Pada 26 April lepas, DPPNPP membuat keputusan agar semua jentera dan petugas Pemuda Pas negeri direhatkan daripada semua gerak kerja sepanjang kempen PRK Permatang Pauh bagi memprotes pendirian AMK Pulau Pinang terhadap desakan Pemuda Pas negeri agar memohon maaf atas kelantangan mereka terhadap  Abdul Hadi.

        PRK Permatang Pauh menyaksikan pertandingan empat penjuru antara Dr Wan Azizah, Suhaimi Sabudin (Barisan Nasional), Azman Shah Othman (Parti Rakyat Malaysia) dan Salleh Isahak (Bebas).   

        PRK Permatang Pauh diadakan berikutan keputusan Lembaga Pengampunan menolak petisyen pengampunan diraja yang  dipohon anggota Parlimen kawasan itu Datuk Seri Anwar Ibrahim melalui anggota keluarganya, sekali gus menyebabkan Anwar hilang kelayakan sebagai wakil rakyat.

        Anwar sedang menjalani hukuman penjara lima tahun bagi sabitan meliwat. Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan hari pengundian pada 7 Mei. - Bernama


* PULOK DOH!!!


PRK Permatang Pauh: U-turn.        

                                                         


       

Kesian, pendirian campak ke tepi, Presiden parti humbang ke longkang, parti di hina lempar ke laut, Hudud dipermainkan buang ke jamban..itulah yang boleh digambarkan sifat sebenar Pas. Semuanya dah dijangka.


Ni kenyataan rasmi yang membuatkan iblis bersorak gembira!!!


PEMUDA PAS PULAU PINANG MENGENAI PRK P.PAUH.
1. Setelah berbincang dalam mesyuarat Dewan Pemuda PAS Negeri Pulau Pinang yang turut dihadiri oleh Ust Muhammad Khalil Abdul Hadi (Timb Ketua Pemuda PAS Malaysia) dan Ir. Hj Khairil Nizam Khirudin (Naib Ketua Pemuda PAS Malaysia), maka kami sebulat suara telah memutuskan untuk akur arahan PAS Pusat bagi membantu gerak kerja PRK P.Pauh.
2. Dalam masa yang sama, kami juga tetap dengan pendirian kami sebelum ini supaya AMK P.Pinang menarik balik kenyataan melampau terhadap Presiden PAS dan memohon maaf.


Sekian, terima kasih.
MOHD YUSNI MD PIAH
Ketua Pemuda PAS Negeri Pulau Pinang
29 April 2015




                                 



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-4-2015 05:49 PM | Show all posts
Tetiba ko jadi penyokong tegar PAS...apsal?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 08:22 PM GMT+8 , Processed in 0.067303 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list