CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1430|Reply: 0

Kekalahan Wan Azizah dalam PRK adalah baik bagi PKR dan Pakatan.

[Copy link]
Post time 4-5-2015 11:24 AM | Show all posts |Read mode




oleh Khoo Kay Peng
[size=0.875]SUARA LANTANG:Keputusan PKR mencalonkan Dr Wan Azizah sebagai calon pada pilihan raya kecil Permatang Pauh menunjukkan bahawa parti itu berada di persimpangan. Terdapat beberapa persoalan serius yang parti itu dan gabungan Pakatan Rakyat (PR) perlu jawab, untuk meyakinkan penyokong bahawa masa depan mereka terjaga.
Wan Azizah pernah berkhidmat di kawasan itu apabila suaminya, Anwar Ibrahim, menjalani hukuman penjara dari tahun 1999 hingga 2008. Dalam tempoh ini, Wan Azizah telah berkhidmat dengan mengagumkan sebagai seorang isteri dan seorang ahli politik yang terpaksa demi membantu menjaga legasi suaminya dan menghidupkan kerjaya politiknya. Pada bulan Julai 2008, beliau mengosongkan kerusi Permatang Pauh dan berundur dari parti itu untuk membenarkan kemunculan semula politik Anwar Ibrahim.
Beliau telah membawa label sebagai seorang ahli politik yang terpaksa dan seorang isteri berdedikasi dengan baik, sehingga perletakan jawatan beliau pada tahun 2008. Ini menjadikan peralihan kembali beliau sebagai seorang ahli politik yang serius dalam pilihan raya kecil akan datang pada 7 Mei, sangat sukar dan tidak meyakinkan.
Dia pasti bukannya bak Presiden Corazon Aquino, isteri tokoh politik Senator Benigno Aquino Jr yang merupakan pengkritik terhebat Presiden Ferdinand Marcos. Kedatangan kedua Wan Azizah tidak lagi akan sama seperti penglibatan pertamanya pada tahun 1999.
Pemimpin-pemimpin parti beliau telah memusnahkan imej dan kredibilitinya. Kem-kem bertelagah yang mahu menyelesaikan pertelingkahan dalaman dan pergeseran parti itu telah menggunakan Wan Azizah sebagai buah catur.
Penglibatan minit terakhir beliau dalam kontroversi Serampang Kajang Pindah, pilihan raya kecil yang dicetuskan oleh PKR untuk menyingkirkan menteri besar Khalid Ibrahim, telah gagal. Dia gagal membuat impak terhadap kerajaan Selangor. Langkah itu dibuat bagi membolehkan Anwar memasuki Dewan Undangan Negeri Selangor, tetapi memakan diri apabila risiko pendakwaan beliau menjadi jelas.
Kedatangan kedua Wan Azizah menunjukkan terdapatnya kekurangan kesinambungan kepimpinan selepas Anwar. Ini mungkin boleh membawa kepada perbalahan kepimpinan di antara beberapa pengganti yang mungkin dalam parti itu.
Nampaknya PKR pasca-Anwar akan menjadi terpecah dan berkelompok. Tidak seperti Corazon yang telah memilih untuk melaksanakan reformasi untuk mengehadkan kuasa presiden dan memberi tumpuan kepada kebebasan awam dan hak asasi manusia, kepimpinan Wan Azizah tidak mempunyai visi dan arah yang jelas. Beliau hanya memanaskan kerusi untuk suaminya.
Dengan memanjangkan penggal beliau di bahagian atas hierarki parti, PKR hanya cuba untuk mengekang parti itu dari menghadapi krisis. Wan Azizah telah digambarkan sebagai seorang wakil Anwar Ibrahim, pemimpin de-facto yang masih mengetuai parti itu melalui isterinya. Jadi adakah Wan Azizah seorang pengganti yang berkesan untuk Anwar, atau hanya boneka semata-mata? Bolehkah beliau boleh menguruskan PKR dengan berkesan, dan menangani perbezaan dalam parti itu?
Pencalonan Wan Azizah di Permatang Pauh memberikan risiko kepada kredibiliti parti itu. Wakil rakyat mesti mewakili dan berkhidmat kepada rakyat. Adalah ganjil bagi Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng untuk berjanji akan "membantu berkhidmat bagi kawasan itu" bagi pihak beliau. Sama juga, katanya, dengan Menteri Besar Selangor, Azmin Ali yang sanggup melakukan perkara yang sama bagi Kajang. Ini tidak membawa harapan yang baik bagi calon yang seolah-olah mempunyai masalah dalam berkhidmat kepada kawasan pilihan rayanya itu.
Mengapakah Azizah begitu penting untuk Lim dan Azmin? Mengapakah PKR mencalonkan seorang calon yang mempunyai masalah dalam berkhidmat bagi dua kawasan yang berjarak lebih 400 km? Adalah parti itu menghormati semangat demokrasi pilihan raya? Malangnya, adalah jelas bahawa parti itu hanya berminat terhadap kepentingan politiknya.
Risiko ahli-ahli komponen PR memecah belahkan gabungan itu kerana perbezaan ideologi dan hala tuju politik, kini adalah lebih nyata dan serius sejak pembentukannya yang longgar selepas PRU12 pada tahun 2008.
Sebelum ini, Anwar dapat menggunakan pengaruhnya dan membantu mengingatkan sekutu-sekutu ini mengenai matlamat mereka yang sama, untuk menumbangkan Barisan Nasional. Dia mampu membuatkan mereka mengetepikan kepentingan sendiri dan perbezaan mereka. Ia telah membolehkan perkongsian itu untuk berkembang menjadi sebuah pembangkang yang kukuh dalam PRU13 pada tahun 2013.
Dengan adanya risiko perbezaan ideologi, seperti pertembungan antara cita-cita negara Islam PAS dan sekularisme DAP, bolehkah Wan Azizah memainkan peranan pendamai dengan jayanya?
Ia bergantung kepada berapa lama Anwar dapat bertahan sebagai wajah pembangkang. Adakah PAS dan DAP masih yakin bahawa karisma dan pengaruh Anwar, boleh membantu mereka merampas peranan sebagai kerajaan persekutuan pada pilihan raya umum akan datang? Wan Azizah hanya boleh menjadi pemimpin yang berkesan bagi gabungan itu jika bintang politik Anwar Ibrahim masih cerah. Pengaruh Anwar juga semakin kelam.
Adalah jelas bahawa PKR tidak mempunyai jawapan kepada persoalan di atas. Oleh itu, Wan Azizah telah digunakan untuk menutup kelemahan dan kerapuhan parti itu.
Ada tiga sebab untuk menolak Wan Azizah di Permatang Pauh.
Pertama, mana-mana parti politik perlu diajar untuk menghormati kesucian pilihan raya demokratik dan proses pilihan raya. Mana-mana parti yang tidak menghormati kepentingan jawatan awam perlu ditolak di peti undi. Pengundi-pengundi perlu menuntut perkhidmatan yang lebih baik dan gaya perwakilan yang lebih bertanggungjawab. Wakil mereka bukan adalah Lim Guan Eng atau Azmin Ali.
Kedua, penyokong parti itu perlu bersikap kejam demi kebaikan mereka. Sudah tiba masanya untuk memberi tekanan kepada parti itu untuk merancang bagi peralihan kepimpinannya. Tindakan menggunakan Wan Azizah bagi menangguhkan keperluan untuk melantik pemimpin baru parti itu, hanya menangguhkan keperluan untuk parti itu untuk menghadapi masa depan. PKR perlu membuktikan bahawa parti itu boleh terus kekal relevan dan berkembang selepas Anwar Ibrahim.
Ketiga, terdapat persoalan mengenai perkaitan gabungan PR yang mesti dijawab. Adalah amat mungkin bahawa Wan Azizah akan dilantik sebagai Ketua Pembangkang di Parlimen jika beliau memenangi pilihan raya kecil itu. Tetapi bolehkah kepimpinan Wan Azizah membantu mengukir satu hala tuju yang jelas untuk gabungan itu, yang boleh diterima bersama oleh kedua-dua PAS dan DAP? Kedudukan beliau sendiri mengenai undang-undang hudud adalah tidak jelas.
Anwar telah diterima oleh kedua-dua PAS dan DAP sebagai pemimpin gabungan PR dan calon PM sekiranya pakatan dapat menjadi kerajaan persekutuan, tetapi Wan Azizah tidak. Selepas Anwar, seorang pemimpin yang lebih berpengaruh diperlukan untuk menyelaraskan semula tumpuan gabungan itu yang telah terganggu oleh persengketaan mereka mengenai keputusan PAS untuk melaksanakan semula undang-undang hudud di Kelantan.
Jika Wan Azizah ditolak di Permatang Pauh, ia akan memaksa kedua-dua PKR dan PR untuk menilai semula kedudukan mereka. Adalah lebih baik untuk kalah dalam pertempuran sekarang, daripada tumpas dalam peperangan di kemudian hari.
Bagi mereka yang mahukan sistem dua parti yang serius untuk berkembang maju, tiada gabungan yang harus dibiarkan rasa puas hati.
Khoo Kay Peng adalah seorang politik penganalisis dan perunding pengurusan.
- See more at: http://bm.theantdaily.com/Terkin ... thash.Da9qNcRh.dpuf
[size=0.875]
[size=0.875]


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 02:27 AM GMT+8 , Processed in 0.049725 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list