CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1453|Reply: 2

BN akan menang di Rompin selama-lamanya, kata pengerusi Felda

[Copy link]
Post time 4-5-2015 09:12 PM | Show all posts |Read mode
OLEH MOHD FARHAN DARWIS
Published: 4 May 2015 6:58 PM

Pengerusi Felda Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad berkata, kempen PAS yang mensasarkan warga Felda dengan sloganPengerusi Felda Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad berkeyakinan PAS tidak akan berjaya memenangi kerusi Parlimen Rompin dan Barisan Nasional (BN) akan terus memenangi kerusi berkenaan selama-lamanya.
Isa ketika berucap dalam program Majlis Perasmian Pecah Tanah Dewan Semai Bakti, di Felda Keratong 4, Pahang hari ini berkata, kempen PAS yang mensasarkan warga Felda dengan slogan "Selamatkan Felda" adalah ditujukan untuk parti Islam itu sendiri yang kini berhadapan krisis dalam Pakatan Rakyat (PR).
"Taubat dia (PAS) tak menang di Rompin ini, sebab dia tahu dia tak menang, dia janji macam-macam.
"Dia kata Felda tak selamat, apa yang tak selamatnya, yang tak selamatnya PAS, DAP dengan PAS bergaduh...biarlah dia bergaduh," kata Isa, di hadapan sekitar 1,000 peneroka Felda dalam majlis tersebut.
Isa berkata, keputusan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk menurunkan harga rumah generasi kedua dan ketiga Felda daripada RM125,000 kepada RM90,000 sudah dicadangkan sejak tahun lalu, dan bukan semata-mata untuk kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Rompin.
"Perdana menteri ingin umumkan di Pekan, kawasan beliau, tapi kebetulan ada PRK, inilah paling baik," katanya.
Isa yang juga bekas menteri besar Negeri Sembilan turut menyelar PAS, kerana dilihat memfokuskan kempen PRK mereka di kawasan-kawasan penempatan Felda dengan menabur janji-janji kosong seperti dilakukan mereka ketika mengumumkan Ladang Rakyat, di Kelantan.
"Kumpul orang PAS, lelong semua orang PAS itu, kita lelong kat pasar malam nanti, berapa ringgit. Calon berapa ringgit. Tuan Ibrahim berapa ringgit. Tak laku," kata Isa, merujuk kepada Pesuruhjaya PAS Pahang Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.
BN meletakkan bekas timbalan menteri besar Pahang, Datuk Hasan Arifin sebagai calon mereka menentang calon PAS, Nazri Ahmad, calon muda daripada Pemuda PAS.
"Janji politik kosong macam PAS buat di Kelantan, nak buat lebuh raya, kutip derma dekat anak Kelantan...taubat tak siap. Menonggeng anak Kelantan.
"Setakat ceramah hulur ketayap, sampai kiamat jalan tak siap," kata Isa, merujuk kepada usaha PAS yang mengutip derma untuk membina Lebuhraya Kota Baru-Kuala Krai.
"Itu bohong, itu janji politik. Hari ini semua projek kita buat, tiada projek yg kita tak buat."
Isa berkata, Najib juga berhasrat untuk melihat generasi kedua dan ketiga Felda mampu memiliki kediaman mereka sendiri sekiranya mereka berhasrat untuk menetap di kampung halaman mereka.
"Hasrat perdana menteri mahu anak generasi baru yan tidak berhasrat tinggalkan kampung menetap di Felda. Hasrat PM itu kita makbulkan, dan kita laksanakan," katanya.
Sehubungan itu, beliau berkata, sebagai tanda penghargaan kepada kerajaan BN, pengundi di Parlimen Rompin, khususnya komuniti Felda perlu mengundi calon BN.
"Menghargai perdana menteri begitu tersemat Felda dalam hati, nak kita balas dengan undi Tok Hasan ini," katanya, merujuk kepada calon BN.
"Yang kita nak undi besok, pangkah BN, terbalaslah budi kita... percaya pada kita, Insya Allah, Felda selamat," katanya. – 4 Mei, 2015.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.c ... thash.N6D1thDJ.dpuf
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-5-2015 10:10 PM | Show all posts
selama-lamanya? waduh waduh.. bongkak macam firaun.  
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2015 06:53 PM | Show all posts
dah menang pun kan?





Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 05:07 AM GMT+8 , Processed in 0.256296 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list