CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 13783|Reply: 75

Beto Kusyairy Sayu Dipeluk Erat Anak Mangsa Nahas DUKE

[Copy link]
Post time 5-5-2015 11:19 AM | Show all posts |Read mode
[size=0.75em]Beto bersama Nur Firuza Amira yang berusia tujuh tahun.

[size=0.813em]  (Ubah saiz teks)

[size=0.98em]PETALING JAYA: Pelakon Beto Kusyairy sayu apabila salah seorang anak mangsa kemalangan maut melibatkan tiga beranak di Lebuh Raya Duta-Ulu Kelang (DUKE) memeluknya erat ketika datang menziarah keluarga mangsa pada malam Ahad lalu.
[size=0.98em]Pemilik nama sebenar Nurkusyairy Zakuan, 35, itu berkata, dia terkejut dengan reaksi kanak-kanak berkenaan, Nur Firuza Amira yang berusia tujuh tahun berlari mendapatkannya.
[size=0.98em]"Ketika saya sampai sudah malam dan dia juga nampak letih kerana kunjungan daripada orang ramai yang tidak putus untuk melawatnya.
[size=0.98em]"Bagaimanapun saya masuk sebentar ke bilik untuk menyapanya dan apabila melihat saya dia terus memeluk erat saya seolah-olah kami sudah mengenali antara satu sama lain.





[size=0.98em]"Tiada kata dapat saya gambarkan selain perasaan sayu saat di memeluk saya ketika itu," katanya ketika dihubungi mStar Online pada Isnin.

Dalam kemalangan itu, Fairuz Nizam, 35, isterinya Nova Safitri, 27, serta seorang anak perempuan mereka berusia tujuh bulan, Nur Annisa Firuza tercampak keluar dari kenderaan selepas dirempuh Myvi yang dikatakan sedang berlumba.
[size=0.98em]
[size=0.98em]Beto dan isterinya melawat kanak-kanak berkenaan pada malam Ahad lalu.
[size=0.98em]Fairuz Nizam meninggal dunia di tempat kejadian manakala Nova Safitri dan Nur Firuza meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur.

Semasa kemalangan, ketiga-tiga mereka dilaporkan dalam perjalanan pulang dari majlis perkahwinan di Putrajaya.


[size=0.98em]

Akibat kejadian itu, Nur Firuza Amira dan adiknya, Nur Firuza Akila, 3, menjadi anak yatim piatu dan peristiwa menimpa keluarga mereka mendapat perhatian daripada masyarakat.

Dalam pada itu, Beto berkata, dia hadir melawat kanak-kanak tersebut atas dasar kasih sayang dan ingin berkongsi rasa sedih bersama mereka.

"Biarpun saya tidak mempunyai pertalian darah dengan kanak-kanak berkenaan tetapi saya tergerak hati untuk pergi melawat mereka atas dasar kasih sayang dan sesama saudara Islam.

"Saya mahu berkongsi sedih dengan mereka kerana itu sahaja yang mampu dilakukan kerana tidak mampu rasanya untuk meminta mereka supaya tabah dalam mengharungi dugaan tersebut kerana mereka masih kecil," ujarnya.



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-5-2015 11:20 AM | Show all posts
kita yang tengok gambo anak2 tu pun sayu ..






Beto antara pelakon yang x "jambu" tapi boleh bikin hati bergetar ,,,, huhu
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2015 11:20 AM | Show all posts
Beto please adopt the kids..
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2015 11:26 AM From the mobile phone | Show all posts
Good abang beto n wife..
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2015 11:29 AM | Show all posts
Beto.. siapakah?



... apapun, takziah adik
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2015 11:42 AM | Show all posts
bengkak mata budak tu, sedihnyaaa....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-5-2015 11:49 AM | Show all posts
nampak happy muka adik ni .... semoga allah permudahkan perjalanan hidup 2 beradik ni.... Aminnnn...
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2015 11:56 AM | Show all posts
sedihnya... tengok gambar je pun dah sedih.
Semoga yg membuat onar di beri balasan yg sewajarnya di dunia ni..(di akhirat, confirm mmg balasan yg setimpal Allah kasik)

Semoga doa adik2 yg teraniaya dan yatim piatu ni dimakbulkan...dan juga semoga life adik2 ni dipermudahkan di dunia dan akhirat. ameen.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-5-2015 12:10 PM | Show all posts

pelakon...
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2015 12:14 PM | Show all posts
ziehan09 replied at 5-5-2015 11:20 AM
Beto please adopt the kids..

byk la ko adopt

pakcik dia nenek dia yg jaga lah
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2015 12:32 PM | Show all posts
Driver Myvi sembunyi mana skrg?!!
Mak bapak driver Myvi mana?!!
Dok pk cara nk lepaskan diri ke?!!
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2015 12:33 PM | Show all posts
damian_lee replied at 5-5-2015 11:20 AM
kita yang tengok gambo anak2 tu pun sayu ..

suka suka suka suka!! hehehehe bergetar uolss

abang beto idaman hati ni... belakon pon best sgt
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2015 12:37 PM | Show all posts
Sana sini gambo anak2 mangsa, gambo pelakunya mana?
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2015 12:44 PM | Show all posts
anak mangsa ni cerdik..matang.Moga tabah.alhamdulillah dia dikelilingi orang2 yang sayangkan dia.
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2015 01:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Bagus la ada artis yg prihatin....
Tala rasa seeloknya famili sendiri yg jg.... Kasih syg tu lebih sikit
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2015 01:07 PM | Show all posts
Athrun.Zalaa replied at 5-5-2015 04:32 AM
Driver Myvi sembunyi mana skrg?!!
Mak bapak driver Myvi mana?!!
Dok pk cara nk lepaskan diri ke?!!

Driver garitss itew dibebaskan dgn jaminan polis kan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-5-2015 01:18 PM | Show all posts
ko amek la jd anak angkat...ko pon lom ade ank lg...
muka dh seiras dah...
jelas sgt mata bdk tu byk menangis
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2015 01:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Bilalah beto nk peluk erat meols ...eh?
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2015 01:28 PM | Show all posts
silampumeja replied at 5-5-2015 04:33 AM
suka suka suka suka!! hehehehe bergetar uolss

abang beto idaman hati ni... belakon pon best sgt ...

bedosa woooo dok getar2 kat jejanz lain selain somi


Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2015 01:32 PM | Show all posts
fifie_olin replied at 5-5-2015 05:18 AM
ko amek la jd anak angkat...ko pon lom ade ank lg...
muka dh seiras dah...
jelas sgt mata bdk tu b ...

mata bini beto pun mcm baru lepas nangis
kalo akak, otw nak gi tgk derang lagi aku dah bejujuran airmata
kalo budak2 ni lari nak peluk akak, mau aku yg meraung
semoga Allah pelihara dirimu dan adikmu dari perkara mungkar sayang


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 07:35 PM GMT+8 , Processed in 0.109103 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list