CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 10531|Reply: 67

Anak angkat: DCT nafi, minta hormat perasaan

[Copy link]
Post time 6-5-2015 09:26 AM | Show all posts |Read mode
Anak angkat: Siti nafi, minta hormat perasaan


Datuk Siti Nurhaliza bersama Nur Firuza Amira.

PENYANYI tersohor negara, Datuk Siti Nurhaliza menafikan akan mengambil Nur Firuza Amira, 7, dan Nur Firuza Aqila, 4 sebagai anak angkat sebagaimana disensasikan di media sosial.

Sebaliknya Siti meminta orang ramai menghormati perasaan keluarga terdekat mangsa.

"Itu tidak benar. Perkara ini baru berlaku dan kita harus menghormati perasaan keluarga terdekatnya. Amira tetap akan bersama keluarga dan saudara-maranya, dan saya sekadar membantu setakat yang mampu," Siti dipetik sebagai berkata.

Hari ini, Siti dan suami meluangkan masa bertemu dengan kedua-dua anak mangsa tragedi Lebuhraya Duke tersebut.

Dalam pertemuan tersebut, pengurus peribadi Siti, Rozi Abdul Razak turut memohon agar spekulasi tersebut tidak terus disensasikan.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 6-5-2015 09:26 AM | Show all posts
Terima kasih Siti, sampai juga hajat adik Amira

PENYANYI popular tanah air, Datuk Siti Nurhaliza hari ini mengadakan pertemuan dengan anak-anak mangsa nahas Lebuhraya Duke, di Taman Batu Muda, Kuala Lumpur.

Melihat kemesraan anak sulung mangsa, Nur Firuza Amira Fairuz Nizam, 7, dengan Siti, ramai pelayar Facebook menzahirkan nasihat supaya isteri Datuk K itu mengambil kedua beradik tersebut sebagai anak angkat.

“Terserlah sifat keibuan beliau. Siti, ambil sahajalah mereka berdua jadi anak angkat Siti,” tulis Fazrin Zafrin.

Seorang lagi pemilik akuan Facebook menggunakan nama Ramlah Abd Samad mengucapkan penghargaan ke atas usaha Siti untuk bertemu dengan kedua beradik itu.

“Terharu dan terima kasih Siti kerana telah datang menziarah anak yatim piatu Nur Amirah dan adiknya,” katanya.

Semalam menerusi sebuah video berdurasi 6 saat, anak sulung mangsa, Nur Firuza Amira meluahkan hasrat bertemu dengan penyanyi nombor satu negara itu.


Siti menerusi laman mikro Twitter miliknya, @CTNurhaliza11 memberikan respons  “InsYA-ALLAH pasti bertemu “ selepas ditanya peminat yang menyaksikan video adik Nur Firuza Amira.

Lantaran itu, timbul spekulasi bahawa Siti akan mengambil mereka berdua sebagai anak-anak angkatnya.

Dakwaan tersebut dijawab oleh pengurus peribadinya, Rozi yang memohon agar spekulasi tersebut tidak terus disensasikan.

Menerusi laman Instagramnya, Rozi menyatakan bahawa sejak berita tersebut tersebar pihak Siti dihujani pelbagai pertanyaan sedangkan berita tersebut belum sahih.

"Datuk Siti sendiri ada Instagram beliau sendiri, jika ada yang henak dikhabarkan tentulah ada sahihnya daripada pihak beliau," tulisnya.

Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2015 09:30 AM | Show all posts
betollll aku sokong statement ct

anak2 ni masih ade waris..... x elok ckp pasal anak angkat sume tuh tanpa pengesahan dr waris diorg

sbb yg mbantu pon mmg bantu apa yg mampu...

istilah anak angkat tu pon luas & lain pemahaman setiap org....
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2015 09:32 AM | Show all posts
Siti ... tetiba mata mcm masuk habuk lak
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2015 09:44 AM | Show all posts
jauh di sudut hati mesti siti rse bsalah dan serba salah sb org duk suh dia ambik je wat anak angkat..pdhal dia just nk mbantu sekadar termampu. tak semestinya ambik anak angkat.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-5-2015 09:55 AM | Show all posts
nampak penyayang btol ct ni




Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-5-2015 10:00 AM | Show all posts
aku ade tgk bideo dlm ig ct pelok bdk ni..pyalaa suka amira ni
aku yg tgk begenang gak air mata...
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2015 10:02 AM | Show all posts
CT memang penyayang
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-5-2015 10:07 AM | Show all posts
dari hari tu, asyik gambar si kakak je yang keluar kena peluk dengan retis..
si adiknya mana? macam tersisih je..

anyway, budak-budak ni pun dari kalangan keluarga yang mampu kot..
kalau betul nak membantu, ramai lagi anak yatim miskin sampai yang kena tinggal kat rumah anak yatim..

#justmyseposen
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2015 10:17 AM | Show all posts
bgs la pn.. setiap yg berlaku ade hikmah.. ramai jgk yg ckp adik die mne...
maybe adik die xbrape nak sgt dgn org yg xdikenali..
mcm anak i pong.. nearly 4 years jgk... xbrape nak sgt org lain dukung.. melainkan yg dia rapat..
mcm kakak die dh 7 tahun.. maybe dh byk paham.. mcm nak jumpa dato ct..

neway thanks to dato ct sbb luangkan masa utk fullfill req anak kecik ini..
keep it up...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-5-2015 10:20 AM | Show all posts
time artis lain dtg aku xtau, tp time ct tu dtg ct tanya adik mana?, pastu ada someone jawab..adik die tgh tdo.
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2015 10:21 AM | Show all posts
hormatlah keputusan ct.............
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2015 10:29 AM | Show all posts
so lovely kan .. sian ct xde anak kan
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2015 10:35 AM | Show all posts
anak2 buah mak et ramai lagi yang perlukan perhatian dan kasih sayang serta bantuan mak et
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2015 10:56 AM | Show all posts
pada iols.. isu adik amira and aqilla ni.. sebab mak ayah meninggal dgn tragis gara gara kereta LUMBA HARAM. dan pemandu semua taknak bertanggungjawab sebab buat laporan seolah olah arwah ayah n ibu adik adik ni pulak yang salah. tu yang buat semua orang satu malaysia rasa kesian nye dekat bebudak nih. mmg ada ramai lagi bebudak yatim piatu yang sebatang kara takde sedara mara cuma tu la rezeki adik adik nih dapat liputan luas. bersangka baik, rasanya arwah ayah n ibu adik adik banyak buat kebaikan pada budak kecil lain, tu anak anak dia Allah bagi rezeki macam macam bila ayah ibu diorang meninggal dalam sekelip mata.
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2015 10:57 AM | Show all posts
chinta89 replied at 6-5-2015 09:44 AM
jauh di sudut hati mesti siti rse bsalah dan serba salah sb org duk suh dia ambik je wat anak angkat ...

dia nak sangat. kaber line jer tu.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-5-2015 11:06 AM | Show all posts
takpe ct....takde rezeki nak dapat anak lagi...
bukan kat tangan kita untuk tentukan kita dapat anak ke tak, yang penting usaha tangga kejayaan...eceh~
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2015 11:16 AM | Show all posts
prettyuglybabe replied at 6-5-2015 10:07 AM
dari hari tu, asyik gambar si kakak je yang keluar kena peluk dengan retis..
si adiknya mana? macam ...

mungkin adik dia masih takut dengan stranger..umur baru 4thn.
Macam anak iols yg sebaya dia.. org yg dia tak kenal/ baru jumpa, mmg tak dpt laa nk dukung ke peluk ke sbb masih segan..even cuit pun dia akan nangis.
Lainlaa akak nya..dh 7thn... dah besar.

aku tengok masa 2nd time Beto and wife pergi sana skali ngan Azhan Rani.. si adik ade skali dlm gmbr. Tapi duduk atas riba pakcik dia.
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2015 11:23 AM From the mobile phone | Show all posts
Tgk dia jd cover mag eh! (kot?) terkejut mak nak... Sejibon saerah
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2015 11:36 AM | Show all posts
Sudah2 lar, kanak2 tu gembiranya sementara jer, mgkin pas semua reda, ramai yg tak bertandang kerumah, tyme tu mesti kanak2 tersebut kesunyian menagih kasih sayang dari ayah dan ibu. Duk dgn sedara mara pon blom tentu bahagia. Walauapa pon mak tetap salahkan yana sundal tu.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

18-4-2024 10:56 PM GMT+8 , Processed in 0.288685 second(s), 50 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list