gambar tu dh lama, tahun lps pnya gambar. tp skrg pun still kurus lagi. x kesah la janji sihat.
tt, ko petik ni dari sumber mana? pendek benor. actually article tu asalnya drp sinar harian. rotikaya pun ada jgak petik article tu drp sinar.
pd aku article tu biasa2 ja. wartawan jalankan tugas dia. FT just jawab apa yg ditanya. tu ja. tp tu lah... bila article ni kluar gambarannya seolah2 mcm.... klu buat persembahan kat pentas umno/BN x kecoh tp klu pentas pembangkang je kecoh. ntah la.. maybe itu pandangan kebykan org kot tu yg kecoh tu.
dia terima undangan buat persembahan itu hak dia. dia dtg buat persembahan ja. menyanyi ja bknnya berceramah politik pun. bknnya dia dtg serah borang join masuk parti. baik di pentas pas, umno, pkr atau mana2 parti skalipun, dia terima undangan buat persembahan atas kapasiti dia seorg penyanyi. itu sahaja. lagu dia Assalamualaikum tu mmg la sesuai nyanyi kat mana2 pentas skalipun. so x perlu nk kecoh la. kata negara demokrasi kan.. (katanya lah... )
Faizal Tahir muncul dalam program Pemuda Pas
WARTAWAN SINAR HARIAN
9 Mei 2015
Faizal Tahir muncul dalam program Pemuda Pas
"SAYA datang untuk satukan kita semua, tiada niat berpolitik," demikian menurut Faizal Tahir, ketika muncul membuat persembahan bersempena program santai anak muda Pas Selangor di pekarangan Stadium Tertutup Majlis Perbandaran Serdang Jaya, hari ini.
Menyampaikan lagu popularnya Assalamualaikum dunia, Faizal atau nama sebenarnya Ahmad Faizal Mohammad Tahir, 37, nampak bersahaja dan berjaya menambat hati anak muda yang menghadiri program tersebut.
"Harap kita semua bersatu," katanya sebelum memulakan persembahan.
Sementara itu, ketika ditanya tentang usikan juruacara Bob Lokman bahawa Pas adalah menjadi pilihan beliau, Faizal berkata, beliau hanya datang untuk menghiburkan orang ramai.
"Mikrofon dia (Bob Lokman) yang cakap bukan mikrofon saya," katanya.
Himpunan Pemuda Pas Selangor berlangsung selama dua hari ini menyediakan program hiburan, program ini turut menyelitkan program chit chat bersama Presiden Pas Datuk Abdul Hadi Awang, futsal, dan lain-lain.
selain kerajaan negeri kedah, ada gak event rasmi kerajaan negeri selangor awal tahun hari tu dia join. x kesah la, benda tu normal. yg x normal tu org2 yg suka kecohkan keadaan. suka up kan isu yg x sepatutnya jadi isu pun.