CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1737|Reply: 12

[Dunia] Malaysia bakal eksport pembantu rumah ke Vietnam

 Close [Copy link]
Post time 14-5-2015 02:33 AM | Show all posts |Read mode
Ranking Pendidikan Malaysia Merosot Belakang Vietnam
Published on Wednesday, 13 May 2015 12:58
Written by Hasimi Muhamad



KUALA LUMPUR: Bukan satu perkara yang mengejutkan apabila kualiti sistem pendidikan Malaysia dilihat masih lagi berada di takuk sama atau lebih tepat masih tercorot berbanding negara Asia dan dunia yang lain.

Terbaharu, kedudukan atau 'ranking' yang dikeluarkan Pertubuhan Kerjasama dan Pembangunan Ekonomi (OECD) menunjukkan lima negara teratas yang menunjukkan prestasi baik dalam sistem pendidikan di kuasai oleh negara Asia yang mana Singapura berada di tangga teratas.

Bagaimanapun, agak menyedihkan apabila Malaysia tersenarai dalam kedudukan yang kurang memberansangkan iaitu di tangga ke 52 daripada 72 buah negara.

Kedudukan tersebut diidedahkan OECD melalui satu kajian yang dimana kedudukan teratas adalah Singapara diikuti Hong Kong, Korea Selatan, Jepun serta Taiwan.

Namun, negara-negara seperti United Kingdom dan Amerika Syarikat tidak menunjukkan prestasi yang boleh dibanggakan apabila masing-masing menduduki ranking ke 20 dan 28.

Analisis tersebut dikeluarkan berdasarkan markah ujian pelajar berusia 15 tahun untuk subjek matematik dan sains.

Sebelum ini, OECD turut menjalankan analisis kedudukan sistem pendidikan berdasarkan ujian Program Penilaian Pelajar Antarabangsa (PISA) yang mana lebih memberi tumpuan kepada negara-negara perindustrian yang maju.

Menerusi ranking terkini yang meliputi pelbagai latar belakang negara ini, Pengarah Pelajaran OECD, Andreas Schleicher mengelarkannya sebagai 'skala kualiti pendidikan sebenar pertama di peringkat global'.

Malaysia: Pendidikan Bertaraf Antarbangsa?

Pada tahun 2012, PISA mengeluarkan ranking yang mana menunjukkan Malaysia berada pada kedudukan ke 52 daripada 65 buah negara serta menduduki tangga kedua tercorot di Asia Tenggara termasuk di belakang Vietnam dan juga Thailand.

Susulan keputusan tersebut, Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar mengecam keras Kementerian Pendidikan dan mengesa pihak kementerian supaya melaksanakan pembaharuan dalam sistem pendidikan negara.

Persoalan yang ditimbulkan Ahli Parlimen Lembah Pantai itu turut dipersetujui Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli yang mempersoalkan kedudukan Malaysia yang mana dilihat jauh ketinggalan dari negara Vietnam.

"Sudah tentu menjadi tanda tanya kepada kita bagaimana Vietnam yang sumbernya cukup terhad, infrastruktur kurang baik dan ekonominya lebih kecil daripada Malaysia berjaya melonjakkan mutu pendidikan sekolahnya sedemikian rupa," kata Rafizi.

Dalam ranking terbaharu OECD, Vietnam berjaya menduduki tangga ke-12 bersama-sama beberapa negara Asia yang lain.

“Jika anda pergi ke setiap bilik darjah sekolah di Asia, anda akan mendapati guru-guru sangat mengharapkan pelajarnya untuk berjaya.

“Terdapat banyak ketelitian, tumpuan dan perpaduan.

“Negara-negara ini juga sangat bagus dalam menyediakan para guru yang berbakat untuk berdepan dengan cabaran di bilik darjah agar pelajar mendapat didikan dari guru yang cemerlang,” kata Schleicher.

Berikut merupakan senarai kedudukan 20 negara teratas berdasarkan analisis bagi  subjek matematik dan sains dalam kalangan pelajar berusia 15 tahun:
1. Singapura
2. Hong Kong
3. Korea Selatan
4. Jepun
4. Taiwan
6. Finland
7. Estonia
8. Switzerland
9. Belanda
10. Kanada
11. Poland
12. Vietnam
13. Jerman
14. Australia
15. Ireland
16. Belgium
17. New Zealand
18. Slovenia
19. Austria
20. United Kingdom

Dimana Kedudukan Malaysia Selepas Ini?

Persoalannya, sejauh mana Malaysia memandang serius kedudukan sistem pendidikan dalam negara?

Dalam perkembangan yang lain, Sultan Johor, Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar pula menggesa orang ramai mencontohi Singapura melalui sistem pendidikan dimana menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa penggantar.

"Ia telah terbukti berkesan dalam pembangunan negara dan penyatuan masyarakat berbilang bangsa," titah baginda.

- mD

http://www.malaysiandigest.com/b ... gn=malaysian+digest

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-5-2015 02:59 AM From the mobile phone | Show all posts
Mmc mana lah singapore tak no 1. Soalan teka bufday si cheryl pun rasa mcm nak hempuk kepala. Belum lg soalan calculus, linear algebra
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-5-2015 04:41 AM | Show all posts
tak lama lagi negara kita akan join indon, filipina, myanmar, nepal & etc  
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2015 04:42 AM From the mobile phone | Show all posts
Wak sembam ari tu ckp pendidikan malaysia bertaraf dunia agak2 terkejut tak dia baca ranking ni
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2015 04:59 AM | Show all posts
Topik ini dah ada la bodoh.


http://mforum.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=874885


Gua peduli apa makcik cina malaysia mau jadi amah di vietnam . Sekarang pun dah ada di hong kong.
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2015 06:15 AM From the mobile phone | Show all posts
fuyo... korea lg pandai drp jepun.. hebat.. hebat..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-5-2015 06:39 AM From the mobile phone | Show all posts
Setakat mana kredibilti survey ni on the first place?

Tapi mmg education system malaysia menuju ke arah kehancuran
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2015 06:48 AM From the mobile phone | Show all posts
Vietnam pesat membangun..x mustahil bakal maju spt korea selatan dlm masa 20thn lagi
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-5-2015 07:09 AM From the mobile phone | Show all posts
Malaysia kan flip flop sane sini, itu xboleh ini xboleh,dulu mase 70an or 60an zaman sekolah omputih byk atok nenek kite speaking english,cara pemikiran pun berbeza xde racist2, sampai skrg dieorg boleh ckp english n bm bagus, kalu tgk budak skrg ni english out ,buat karang ayat bm pun xmcm org dulu bunga2 bhs xde, dan walaupon tiap2 hr proses islamisasi kat sekolah pakai tudung segala dah serupe sekolah agama walaupon sekolah kebangsaan sbnrnye tp moral sgt teruk lwn cikgu racist kuat sex la buli sampai bunuh org, ape kpm buat selame mkn gaji buta all days same dgn pak menteri yg mostly bketurunan indon,totally in ruins msia punya pendidikan
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2015 07:32 AM | Show all posts
kita bercakap pun wat kering air liuq je....bukan deme nak listen....renung²kan....selamat beramal.....ahaks!!
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2015 07:41 AM | Show all posts
result die pon da nampak hr ni... degree holder berebut rebut dgn SPM holder nak jadi kerani kat kerajaan.. cannot brain this..
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2015 07:48 AM From the mobile phone | Show all posts
Pernah ke mutu pendidikan negara di tahap yg membanggakan?  Same ol same ol dekk
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2015 08:12 AM | Show all posts
makneng replied at 14-5-2015 07:48 AM
Pernah ke mutu pendidikan negara di tahap yg membanggakan?  Same ol same ol dekk

Tahu takpe.Lol
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 04:46 PM GMT+8 , Processed in 0.457758 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list