CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1585|Reply: 0

PAS perlukan Najib dan Umno untuk luluskan Hudud

[Copy link]
Post time 14-5-2015 10:08 PM | Show all posts |Read mode




Kongsikan:         


oleh Hazlan Zakaria
[size=0.875]KOMEN:




Adakah Perdana Menteri Najib Razak sedang menjadikan PAS tebusan dalam isu Hudud? Nampak sebagai andaian, tetapi mungkin ini ialah soalan yang tepat untuk ditanya berikutan beberapa kejadian pelik berlaku beberapa hari lepas.
Soalan yang sama dapat ditanya kerana laporan berita media DAP The Rocket bahawa “Private Bill” kontroversi parti Islam untuk membentangkan Hudud tidak termasuk dalam draf awal “Order Paper” bagi persidangan parlimen akan datang.
“Difahamkan bahawa dalam draf awal “Order Paper” yang dikeluarkan semalam, usul untuk meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 atau Akta 355 tidak ada,”  lapor media DAP itu tanpa memetik sumber.
Ditambah pula dengan kenyataan pelik daripada presiden PAS Abdul Hadi Awang (kiri) yang mengatakan Najib perlu kekal sebagai perdana menteri dan tidak tunduk kepada tekanan yang memintanya berundur, persoalan lain mulai timbul.
Hadi dilaporkan berkata yang Najib dipilih menerusi kaedah demokratik, untuk bertindak adil kepadanya perlulah membenarkan dia kekal mengisi jawatan bagi melaksanakan tugasnya.
“Saya bersetuju dengannya bahawa dia tidak perlu berundur dan dia perlu diberikan peluang berkhidmat sehingga tamat penggalnya,” lapor berita yang memetik Hadi.
Presiden parti Islam menegaskan yang tidak ada guna untuk mendesak Najib untuk berundur walaupun berlaku banyak kontroversi yang melanda PM itu.
“Sangat memalukan untuk mendesak dia berundur kerana kita perlu mengamalkan sistem demokrasi yang sihat,” pemimpin PAS itu dipetik berkata demikian.
Walaupun elok tindakkanya sebagai pembangkang di peringkat persekutuan untuk menunjukkan kepercayaan seteguh itu kepada PM,  ia bertentangan dengan pendirian Pakatan Rakyat sebelum ini yang meminta Najib meletakkan jawatan kerana kewujudan pelbagai skandal yang sehingga kini masih menghantui pentadbirannya.
Mengapakah pertukaran pendirian secara tiba-tiba daripada salah seorang pemimpin utama Pakatan itu ? Adakah ia mempunyai kaitan dengan keperluan untuk mendapatkan bantuan Najib membantu PAS melaksanakan hudud di Kelantan?
Tambahan pula, usaha itu memerlukan pengaruh Najib bagi mendesak kelulusan rang undang-undang itu bukan sahaja secara prosedur tetapi juga kuasa yang membolehkan ia berlaku serta sokongan meraih undi-undi MP BN untuk menyokong usul itu di Dewan Rakyat.
Selain itu, pemerhati politik juga melihat Hadi kebelakangan ini semakin berlembut dengan PM.
Hal ini jelas berlaku sewaktu persidangan parlimen lepas sewaktu PAS berusaha keras untuk memastikan rang undang-undang Hudud dibentangkan.
Adakah kini PAS berharap kepada Najib untuk menunaikan apa sahaja perjanjian yang mereka ada bagi memastikan pembentangan rang undang-undang Hudud?
Sudah tentu ini hanyalah khabar angin seperti yang tertulis dalam rencana media DAP, kerana masih terdapat kemungkinan yang rang undang-undang itu akan dimasukkan ke dalam “Order Paper” yang disahkan bagi persidangan parlimen pada 18 Mei nanti.
Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu dan Timbalan Menteri Besar Kelantan Mohd Amar Nik Abdullah dilaporkan mengesahkan yang PAS sudah menghantar semula usul hudud untuk dibentangkan di dalam sesi parlimen 18 Mei.
Sekiranya PAS menghantar rang undang-undang dalam jangka masa 14 hari yang diperuntukkan dan diterima oleh Yang Di Pertua Dewan Rakyat, usul itu akan berada di dalam “Order Paper” yang disahkan nanti.
Mungkin juga Najib sedang menahan Rang Undang-undang Hudud laksana menghunus Pedang Damocles di kepala PAS bagi menundukkan parti Islam itu.
Ketiadaan rang undang-undang itu dalam draf awal “Order Paper” ialah peringatan kepada parti Islam itu yang mereka masih memerlukan Najib untuk terus berkuasa bagi memastikan impian melaksanakan hudud mereka tercapai.
- See more at: http://bm.theantdaily.com/Terkin ... thash.ypIYu49c.dpuf
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 03:10 PM GMT+8 , Processed in 0.055526 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list