View: 3209|Reply: 16
|
[Jenayah]
Makin Ketat Agama Makin Kuat Tekanan Sex?
[Copy link]
|
|
Edited by Alion at 15-5-2015 09:33 AM
Akibat tekanan seksual, Melayu-Islam jadi voyeuris
Baru-baru ini, seorang ustaz yang namanya "meletup" di YouTube dan Facebook tiba-tiba kecoh tentang video seksnya yang tersebar melalui media sosial.
Ustaz ini yang pernah saya gelar "Ustaz Haramizer", yang suka keluar fatwa haram sini haram sana, tiba-tiba topik video seksnya menjadi topik hangat di kalangan orang Melayu-Islam.
Saya tidak pernah jadi "fanboy" ustaz ini, tetapi saya rasa penyebaran video seks ini melampaui batas.
Saya sedikit pun tidak rasa "schadenfreude" (perasaan mahu menggelakkan orang yang diaibkan) terhadap Ustaz Haramizer ini, walaupun fatwa dan pandangannya seringkali mengguris hati orang-orang seperti saya.
Tetapi, apa yang saya ingin ulaskan di sini, ialah masyarakat Melayu-Islam ini sedang mengalami tekanan seksual yang begitu teruk, sehingga ramai di kalangan mereka menjadi voyeuris.
Cuba kita fikir sejenak, antara semua kaum-kaum yang berada di Malaysia ini, kaum mana yang paling banyak bercakap tentang seks?
Saya tidak boleh nafikan – kaum Melayu. Yang suka bercakap tentang ubat kuat tenaga batin, jamu perapat dara dan macam-macam lagi 'minyak ular' untuk kepuasan seks ni, kaum Melayu. Kaum lain adalah sedikit, tetapi tidak sekerap kaum Melayu.
Lalu kita lihat pula undang-undang di negara ini – terutamanya yang melibatkan agama dan syariah – yang mana banyak menekan penganut mereka sendiri lalu mengalami tekanan seksual.
Lalu tercetuslah video-video seperti "main tepi tangga", "main pakai tudung" dan bermacam-macam lagi. Boleh saya katakan, kadang-kadang orang Melayu-Islam ni lebih 'kinky' dari pelakon porno di negara Barat.
Akibat id mereka ditekan super-ego, terutamanya dari daulah dan penguasa agama, mereka melepaskan tekanan seksual mereka dengan menjadi pengendap, atau voyeuris.
Di kampung-kampung yang mengamalkan adat budaya tradisional dan konservatif, kita selalu dengar kes budak 'skodeng' wanita mandi, kerana mereka tahu, kalau mereka bebas melakukan seks, mereka akan 'dihukum' masyarakat.
Tidak cukup dengan hukuman duniawi, dicerita pula hukuman di akhirat, di dalam lautan api neraka.
Lalu langkah terakhir ialah perkahwinan. Tetapi dalam zaman pasca moden ini, perkahwinan bukan murah dan tidak mungkin ada gadis yang sanggup berkahwin dengan lelaki yang mahu berkahwin dengan bersanding di pokok pisang.
Kos perkahwinan yang mahal, undang-undang seksual yang menekan serta tekanan hidup, menyebabkan masyarakat Melayu-Islam hari ini suka menjadi voyeuris, atau berbual tentang topik seks.
Bagi mereka, tabu ini terlalu eksotik dan jika mereka ada peluang, mereka akan melakukan, untuk melepaskan naluri yang sekian lama tersepit.
Apabila saya menulis artikel ini, saya juga akan fikir mungkin ada orang-orang, terutama dari mereka yang mengetahui ajaran agama Islam, berkata pandangan saya ini tidak sejajar dengan ajaran agama.
Tetapi, semakin ketat undang-undang agama itu berlaku, semakin kuat jenayah, terutamanya melibatkan seks. Kes rogol dan kes skodeng dan rakam video masih lagi berleluasa.
Seorang ahli akademik dalam bidang sosiologi dari Universiti Kebangsaan Singapura, Dr Syed Farid Alatas, juga mengkritikundang-undang agama di negara ini yang dilihat sebagai "kebangkitan Salafi, atau Wahabi", kesan dari fatwa-fatwa yang bersifat kontroversi.
Ditambah pula dengan mereka yang jumud kitab, dan gila mentafsirkan ayat-ayat mengikut intrepretasi dan kesenangan mereka, menyebabkan penganut merasa tertekan, terutamanya dalam hal seksual ini.
Siapa saja sangka di Facebook, ramai saja 'lebai-lebai siber' ini sebenarnya 'sangap seks' sehingga ada sahaja yang suka berbual lucah dengan orang di ruang sosial.
Mungkin untuk melindungi diri mereka dari digelar 'hopeless losers', menyebabkan mereka suka cakap 'itu haram ini haram' walhal sebenarnya dalam pemikiran luar sedar mereka, itulah yang sebenarnya mereka mahukan.
Orang atau masyarakat yang bebas fikirannya, dalam bab seksualiti tidaklah terlalu memikirkan sangat soal seks kerana mereka sudah dididik dalam pendidikan seks dan tidak terlalu asing dengan mereka.
Berbanding dengan orang atau masyarakat yang kehendak seksnya selalu disekat, merekalah yang paling teruk, dan adakalanya sehingga melakukan jenayah rogol.
Kita tahu ulama di Pakistan, misalnya – sangat keras undang-undangnya sehingga hukum mati kepada mereka yang menjalani hubungan homoseksual.
Tetapi menurut kajian, Pakistan adalah negara yang orang paling ramai mencari dalam Google tentang homoseksual.
Kenapa itu berlaku? Yang mana Melayu, sila jujur dengan diri sendiri. Adakah undang-undang agama di negara ini benar-benar menekan kehendak seksual kamu?
Sebab setakat ini, saya tidak pernah dengar dari kaum lain yang fetish untuk melihat video seks sami ajaran agama mereka, tetapi kaum Melayu – ada yang fetish melihat video seks seorang ustaz.
Lagipun, jika video seks itu adalah isterinya, apa salahnya?
Kenapa bersikap macam budak lima tahun yang macam tidak pernah tengok bra dan seluar dalam? – 1 November, 2014.
* Ini adalah pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan The Malaysian Insider.
http://www.themalaysianinsider.com/opinion/nomy-nozwir/article/akibat-tekanan-seksual-melayu-islam-jadi-voyeuris
|
|
|
|
|
|
|
|
Nafsu dan setan la penyumbang kepada kejahatan ni...
Agama takde salah silap pun... apabila seorang anak Adam tu dekat pada agama, kuat berpegang pd agamanya maka setan akan datang utk melemahkannya.. mengelirukannya, menyesatkannya dgn berbagai2 cara.. maka kita kena la kuatkan iman dan jgn tunduk pada nafsu semata2..
agama tu tak salah walau apa agama pun.. sebab setiap agama mengajar membawa kepada kebaikan.. tekanan seks ni puncanya pada individu sendiri la.. |
|
|
|
|
|
|
|
Lagi tua lagi ligat cari tongkat ali... |
|
|
|
|
|
|
|
Apa yang dipelikkan. Ahli agama juga menggunakan agama untuk memuaskan nafsu mereka. Dengan menggunakan lesen "sunnah" mereka sesuka hati mengaplikasikan untuk diri mereka.
|
|
|
|
|
|
|
|
Tapi kenapa umat beragama ramai buang anak.
|
|
|
|
|
|
|
|
adakah umat beragama tu berpegang pada agama mereka?
atau sekadar agama pada nama dan ic je? takde agama suh buang anak...
|
|
|
|
|
|
|
|
Ikut hudud boleh kena bunuh jika anak luar nikah. Jadi buang anak boleh elak kena bunuh.
|
|
|
|
|
|
|
|
Cuba kita fikir sejenak, antara semua kaum-kaum yang berada di Malaysia ini, kaum mana yang paling banyak bercakap tentang seks?
Saya tidak boleh nafikan – kaum Melayu.
lalu saya nak tanya pulak.. antara semua kaum-kaum yang berada di Malaysia ini, kaum mana yang paling banyak dan jadi majoriti? jadi wajar ke nak buat perbandingan antara kaum-kaum? |
|
|
|
|
|
|
|
really?
|
|
|
|
|
|
|
|
negeri mana ntah hari tu keluar yg plg tinggi surf porn website.... |
|
|
|
|
|
|
|
masalah bukan pada agama
tp pada mereka yg xmengamalkan agama 100%
bole buat dosa semua tu tp buatlah ditempat lain yg Tuhan x nmpk, dan yg bukan dari alam ciptaanNya |
|
|
|
|
|
|
|
TT ni atheist ka? memanjang bkak thread dok pertikai kehidupan org ade agama nih |
|
|
|
|
|
|
|
area kuala terengganu kan? |
|
|
|
|
|
|
|
Mungkinkah TT mati pucuk atau lemah syahwat??? |
|
|
|
|
|
|
|
jangan salahkan agama....salahkan diri sendiri.....kawal nafsu... |
|
|
|
|
|
|
|
entah ler...tp blh la try search...
|
|
|
|
|
|
|
|
Kokesen, Jepun, Cina, India dll yang banyak fahaman agama berlainan tak ada nafsu seks? Tak ada kes merogol?
Baru semalam dah tutup satu lagi thread, hari ini TT buka satu thread sama lagi? |
|
|
|
|
|
|
| |
|