CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2300|Reply: 8

Kenapa memilih untuk berpisah

[Copy link]
Post time 19-5-2015 11:57 AM | Show all posts |Read mode
Aku rasa ingin berkongsi satu peristiwa sedih hujung minggu lepas, sebelum sebelum ini aku banyak menghuraikan masalah yg aku hadapi tapi sejak peristiwa ni berlaku aku banyak diam dan mengambil masa untuk berfikir. Aku bersetuju dengan pandangan masyarakat yang menganggap jangan terburu-buru membuat keputusan dan berfikir secara rasional. Ok begini ceritanya... Aku tidak bercadang untuk balik ke rumah mertuaku minggu lepas kerana suamiku hujung minggu dah sain ot di pejabatnya. So aku menggunakan masa hujung minggu tu untuk membeli barang keperluan dan menyelesaikan tunggakan kerja rumah aku yg selalu sahaja tak dapat dilangsaikan, melipat kain baju tu tepaksa aku lakukan di kala hujung minggu sbb asal balik umah dari keja aku akan memasak dan kemudian aku menggunakan masa selebihnya untuk berehat. Suamiku menerima panggilan telefon dr mak mertuaku spaya suamiku mengembil cuti dan percakapannya di saat itu dalam nada yg risau bercampur sayu...suamiku berulang kali bertanyakan sebab-sebabnya.. namun pinta mak mertua ku untuk segera pulang. Suamiku pastinya tak senang duduk di pejabat dan segera bertanyakan kwn-kwn yang lain untuk menggantikan tempatnya supaya dia boleh segera balik ke kg. Dia pun bergegas balik sambil menelefon aku yang masa tu tgh beli bahan-bahan basah di pasaraya. Dia suruh aku balik sbb suruh bersiap nk blk kg URGENT katanya...aku tak sempat tanya apa2, dia dah letak telefon...aku pun cepat-cepat balik dan kemas kain baju, Suami aku tiba setengah jam kemudian...terus kami balik dalam pejalanan aku sempat bertanya namun suamiku kata nnt mak akn cerita. Sebaik sampai aku lihat mak mertua aku dan ayah mertua aku belum sampai...oh lupa mak mertua aku suruh kami terus balik ke rumah di kg nenek, arwah nenek dah lama tiada tapi rumahnya dijadikan tempat berehat di hujung minggu...Aku dan suami tunggu di beranda rumah...dalam 2o minit abang iparku yang memandu kereta disertai ayah dan mak mertua ku sampai..Aku hanya sempat bersalam dgn mak mertua ku namun ayah mertuaku dr lepas turun kereta telah berjujuran deras airmatanya...Ya Allah masa tu aku pun tak sanggup nk bertanya..cuma suami ku sahaja yg menenangkan ayahnya dan bertanya kenapa ayah?
    Di dalam forum sebelum ini, aku ada cerita pasal birasku yang sentiasa ada sahaja nk mengenakan aku, kalau aku suarakan pada suamiku, pasti aku dimarahinya balik. Rupanya kejadian yang menyebabkan kami terpaksa balik ada kaitan dengan birasku...Ayah mertua menceritakan dia tak dapat menahan sedih yang abg iparku telah menceraikan isterinya (birasku) hari jumaat yg lepas...ayah mertua memang tak dapat menerima berita itu kerana perkahwinan mereka juga awal 2 bulan shj daripada usia perkahwinan aku dan suamiku...hanya setahun lebih sahaja hubungan itu berlangsung. Birasku mencabar abag iparku supaya menceraikan dia kerana tak sanggup ditinggalkan kerana abg iparku bertugas sebagai bomba, dia merasakan abg iaprku tidak bertanggungjawab walhal sebelum dia keluar rumah dia telah memaklumkan dia keluar kerana tuntutan pekerjaan dan tidak lupa meninggalkan wang belanje..lafaz cerai juga hnya dibuat dalam panggilan telefon kerana dia mencabar kesabaran suaminya. Semasa perbincangan anak beranak itu termasuk suamiku aku tidak turut serta aku masuk di dalam bilik. Aku hanya tahu serba sedikit sahaja mengenai sebab-sebab perceraian mereka...namun suamiku menegah aku daripada menghubungui birasku itu lagi. Abg iparku tidak dapat bersabar sementelah birasku membabitkan mak dan ayah mertua dalam masalah rumahtangga mereka. Malah apabila suaminya mempersoalkan kenapa dari awal perkahwinan pun tidak mahu bersama juga dia dah tak mahu ambil kisah lagi...mak mertua sudah lama mengetahuinya yang birasku masih dara..namun mak mertua hanya menasihat abg iparku untuk selesaikan masalah dengan isterinya baik-baik. Di tambah birasku asyik meminta wang namun tidak tahu kemana wang itu pergi, walhal nafkah sebulan rm600 tak pernah missed.Malah birasku juga bekerja sebagai guru KAFA.. abg iparku dah tak tertahankan perangainya yang asyik meminta-minta.. Namun sikap tolak ansur birasku untuk menjernihkan keadaan langsung tiada. Abg iparku call mak mertuanya di kg juga tidak tahu menahu lalu dia menelefon anaknya sendiri berkali-kali namun tidak dijawab..whatsap serta mesej pun tiada jawapan..Mak birasku di kg menelefon mak dan ayah mertuaku menangis-nangis dan minta memaafkan anknya. Sehingga sekarang ni birasku tinggal di rumah mak angkatnya, dia cuma mesej nak mengambil brg2nya di kuarters itu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-5-2015 12:33 PM | Show all posts
dah tu apa masalahnya dengan kau? tak payah sibuk hal rumahtangga orang lain... jaga rumahtangga sendrik jah..

Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2015 02:13 PM | Show all posts
dan terasa yang cik adik nih salah parking.. ni macam thread untuk keibubapaan nih..
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2015 12:26 AM From the mobile phone | Show all posts
Hmmm...kawen tp masih Dara? Abg ipar gay?
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2015 03:26 PM | Show all posts
n.......?? ko nk pndpt ke pe?lol. Memmng ptut minah tu kna cerai.wakakaka.
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2015 03:08 PM | Show all posts
takyah la masuk campur tangan konflik rumah tangga orang..

my ipar pun mcm nie la..suka suki nak campur..nak bg pendapat..nak setelkan masalah kononnya..
but it became messier..
dah laki aku plak serba salah nak menangkan aku or adik dia..

so, tak payah la jadi nasi tambah..
serius..tak semua orang suka orang campur tangan nie..
unless dia sendiri yang mintak tolong..itu pun ade limit..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-5-2015 01:53 PM | Show all posts
tak berapa nak faham.masalahnye ape?luahan semata2 atau nak tolg biras untk berbaik semula?
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2015 10:57 AM | Show all posts
Ntah, sibuk plak fikir masalah org, masalah sendiri x selesai..hehe
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-6-2015 11:13 PM From the mobile phone | Show all posts
ke macam satu part dalam cerpen ni.. hehe.. sorry TT.. lenkali kena kabo awal2 apa TT nak kitorg tolong... jangan bg cerita tergantung camni...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 05:46 PM GMT+8 , Processed in 0.067736 second(s), 36 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list