CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: cik_kala

Tak boleh resign sebab parent banyak hutang

[Copy link]
Post time 23-2-2016 02:06 PM | Show all posts
ada jgk parents ccm nih....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 23-2-2016 11:46 PM From the mobile phone | Show all posts
armin replied at 22-2-2016 12:43 PM
kisah tt ni pengajaran utk iols supaya tak buat loan atas dua nama, biar apa pun hubungannya dgn k ...

Tq armin. Aku cuba usahakan...

aku jugaklah kannn nak mencarik solutions... diorg create masalah... aku tukang settle...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-2-2016 11:49 PM From the mobile phone | Show all posts
armin replied at 23-2-2016 11:57 AM
tt, sebenarnya memang salah u sampai dorang meminjam along. u yg manjakan dorang, tak bertegas sam ...

AKPk bole settlekan hutang ngan ahlong ke? Aku dah pernah pegi talk AKPK tu. Yg aku paham, kalau hutang credit card tu bole la diorg tolong...  

Kalau hutang kereta.. diorang akan suruh jual. Kalau hutang rumah.. kena ada epf untuk settlekan...
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2016 11:46 AM | Show all posts
cik_kala replied at 23-2-2016 11:49 PM
AKPk bole settlekan hutang ngan ahlong ke? Aku dah pernah pegi talk AKPK tu. Yg aku paham, kalau h ...

boleh je. dulu ada forumer ada masalah pinjam along gak. iols selalu baca paper dorang ni la yg tolong utk masalah nak bayar balik dengan along.

try AKPK and PPPM nih click link ni baca ---> PPPM

lagi satu utk bantuan kewangan, tt try la tanya baitulmal wilayah or selangor untuk mintak duit zakat.. rasanya umur mak tt tu dgn income macam tu layak kot mohon. dia ada syarat2 dia. boleh dapat bantuan bulanan kalau layak utk fakir dan asnaf. maybe leh dapat rm250-300 sebulan. dulu baitulmal bagi beras, gula, keperluan bulanan tapi tak pasti sekarang ada lagi ke tak.

yg pasal AKPK tu, tt jumpa dorang ckp apa untuk selesaikan masalah tt? kalau u betul2 tak sanggup nak jual rumah tu, buatla sewa mcm i cakap. setakat orang nak sewa sehari dua seminggu apa salahnya kan? lagipun duit masuk bank tt terus sebab bayar online bukan bayar cash kat parents tt so u tak payah risau lagi parents tak bayar rumah. Tapi bagi i la kan, better jual la rumah tu, value tinggi kan. Hutang along ni sampai bila nak habis? macam takkan habis je. Jual rumah ni, setel loan rumah, lebih tu bayar hutang along dan hutang tertunggak lain, cari rumah subsale. Ada je flat ke apa iols jumpa 90K pun ada jual. Terpaksalah hidup ikut kemampuan sekarang. tt pujukla, dah setel hutang along ni nanti, kalau ada rezeki boleh pindah ke rumah lebih besar pulak lepas tu. Dari keep on berniaga, sewa tapak tetap kena bayar. liabiliti banyak gila.

LIABILITY BULANAN
Loan rumah
Loan kereta
Sewa Tapak
Hutang along
Bil elektrik
rolling modal berniaga dan lain2.

Sekarang ni buang satu2. Kurangkan mana yang tak perlu. Sewa tapak, gone. Rolling modal, gone. Loan rumah- sama ada jual/sewakan bilik. Kurang beban sikit. Pegi AKPK/PPPM tu, mintak tlg pasal hutang along, setelkan sikit2. So bila dah kurang banyak benda, baru tt fikir langkah seterusnya.

Yang penting jangan biar ada tertunggak lagi. Kad bank tu please please please call bank suruh block dan buat kad baru, atm kali ni tt pegang. Tiap2 bulan bayar sendiri pada bank sbb parents tt takleh dipercayai pegang duit. Sebab apa? sebab dia pegang duit tu, tapi tak bayar pun rumah, tapi buat apa entah duit tu, tapi tak cukup jugak, siap tambah lg hutang along. Cant you see? Sekarang ni save yourself first before you save someone else sebab loan tu nama u.


Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2016 11:51 AM | Show all posts
cik_kala replied at 23-2-2016 11:49 PM
AKPk bole settlekan hutang ngan ahlong ke? Aku dah pernah pegi talk AKPK tu. Yg aku paham, kalau h ...

kalau bapak tt tanya kenapa atm yg dia pegang takleh pakai, cakap bank block sebab loan tak bayar. bukan dorang tau pun. pandai2la. pegang atm tu sendiri and make sure bayar rumah tu sendiri. dah dapat pengajaran kan? jangan ulang lagi benda sama.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-2-2016 12:47 PM From the mobile phone | Show all posts
armin replied at 24-2-2016 11:51 AM
kalau bapak tt tanya kenapa atm yg dia pegang takleh pakai, cakap bank block sebab loan tak bayar. ...

Baik. Tq atas cadangan yang sangat baik. Nanti aku cakap kat diorg. Now or never... tak ada pilihan. Nampaknya memang aku kena stop la supply duit...

Dah keadaan macam ni pun bole lagi tanya
"Marah kat mak ayah ke?"
After all the things that I been through for a year... orang gila je yang tak akan rasa marah kot...
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 24-2-2016 12:52 PM From the mobile phone | Show all posts
kiyudi replied at 23-2-2016 02:06 PM
ada jgk parents ccm nih....

Adaa...  cuma jarang orang nak cerita.. atas dasar mereka tu ibu bapa... ada je parents yg suka guna kuasa veto... ko tak ikut kehendak aku.. ko anak derhaka... (contoh la... bukan aku maksudkan mak bpk aku camtu)
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2016 01:32 PM | Show all posts
cik_kala replied at 24-2-2016 12:47 PM
Baik. Tq atas cadangan yang sangat baik. Nanti aku cakap kat diorg. Now or never... tak ada piliha ...

bersabarlah tt.. insyaallah ada bahagian utk u. cuma u kena jugak usaha cari jalan keluar. iols pun meniaga, so faham sgt susah payah meniaga ni macam mana. dan iols pun ada someone yg iols respect tapi tak reti manage duit jgk, dgr cerita deyols yg iols respect tu mcm pernah pinjam along jugak tapi tak pernah bgtau iols. mcm setel senyap2 je. bil air dgn api pun jenis tak bayar, biar tertunggak sampai kena potong baru nak bayar, padahal ada gaji, tapi dorang duk belanja benda seronok2 mcm shopping, makan2, travel2 pastu takde duit. tengah bulan gaji dah habis. pastu mulala mintak tlg iols pinjam rm50. iols kadang2 kasi, tapi pastu mintak balik la. kalau selalu sgt iols ckp je takde duit nak kasi. i dengan my husband punyalah berjimat gila utk survive sampai hujung bulan, tapi org lain sedap2 je anggap kita ni berduit. bukan kedekut tapi utk diri-sendiri pun kitorang tak berbelanja sgt, orang lain pulak nak habiskan duit. kalau bil api air dia kena potong pun i buat tak tau je. sebab bukannya tak bergaji, gaji ada tapi habiskan utk benda2 mengarut. ramai sgt la orang yg i kenal mcm ni. Kalau perangai mcm ni tak berubah, gaji 10k pun tak cukup, betul tak? i hope u dpt solvekan, slow2 pun takpe. lgpun memang parents u bergantung harap kt u pun sekarang, nak buat macam mana kan. iols nak baca lg update u. nti jgn lupa update please
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-2-2016 01:49 PM | Show all posts
cik_kala replied at 24-2-2016 12:52 PM
Adaa...  cuma jarang orang nak cerita.. atas dasar mereka tu ibu bapa... ada je parents yg suka gu ...

aku nak bagi sikit nasihat.. sebelum tu aku mintak maaf cakap mak bapak ko memang parents tak bertanggungjawab.. ko tak yah la terkenang sgt jasa dia membesarkan ko.. anak adalah amanah Allah utk ibu bapa jaga.. Ibu bapa adalah takdir kita.. ko takkan dapat apa2 dosa kalau ko tak tolong diorang memandangkan dorg mmg tempat kan diri dorg dalam susah..

kalau ko nak selamatkan mak dan ayah ko dari neraka, nak selatkan mak ko dunia n akhirat, ko kene stop paying or tolong financial dorg... biarlah umah tu dilelong.. at least hutang boleh settle.. tolong dalam belikan makanan sahaja takpa.. supaya jadi pengajaran.. selamat dari dunia dan akhirat..

ayah dan mak aku hanyalah despatch shj.. gaji pun tak sampai rm1000 sorang... tapi tak pernah susahkan kami dari segi kewangan.. kenduri kawen pun mampu sponsor anak2... hantaran anak2 tak usik satu sen pun... berbekalkan wang simpanan dorg n epf, mak pak aku asek round the worls (pencen dah)... mampu besarkan anak2 sampai belajar tinggi2..

sedih sgt baca kisah ko.. pedulikan apa orang kata..
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2016 06:23 AM | Show all posts
Lama dah kisah TT ni
Ingatkan ada perubahan rupanya camtu jugak
Semua yg bagi nasihat kt sini byk betulnya
Mmg lah nk berbakti pd parents, sbb you sorg je anak mereka
Tapi you pun patut cerdik jugak camne nk handle hutang2 tu
Bukan serah tengkuk bulat bagi kad atm, transfer bulat2 duit gaji
Suruh your parents muhasabah jugak
Kenapa hidup susah sgt nk senang padahal
Bukan duduk goyang kaki tp rezeki tetap berat....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-7-2016 12:22 AM From the mobile phone | Show all posts
Last commen bulan feb 2016.
Sekarang bulan julai 2016

Cuba pendekkan cerita.

Dah 5 bulan berlalu. Apa jadi?
Rumah dah dicagar kat ntah sapa... nak pinjam 30k.
2 minggu je selesai. Ingat tamat dah kisah ni. Tapi hutang diorang ngan pakcik makcik aku tetap tak dapat bayar. Rupanya byk along diorang dah pinjam. Sampai last week rumah diorang yang aku bayar tu kena rantai ngan AhLong.

Then diorg mintak tumpang duk rumah laki aku. Kalau korang mesti risau umah korang pulak kena aim sebab simpan orang yang lari dari hutang ahlong kan?

K.. tapi aku tak pikir la along nak cari umah kitorang, so bg la tumpang.  Beberapa hari je... rasanya laki aku dah tak boleh tahan, takut kalau jadi apa2 kat aku dan anak2. 1 hari tu laki aku dah meletup. Cuma.. mungkin cara dia luahkan tu salah. Panjang gila dia pi wasap mak aku pastu sambung by call ngan bapak aku. Habis semua dia cakap puas2... Dalam phone bapak aku macam ok... macam boleh terima dan faham apa yg laki aku cakap.

Tapi aku tau nanti mesti ada benda jadik. Biasa la.. tau dah, diorang mesti nak hembus ayat kecaman.

Lepas menantu dah naik hantu... diorg tak balik tido rumah. Tapi still menumpang time siang2 lepas kitorang pegi keje. Bila kitorang balik.. diorang dah keluar meniaga. Lagi la laki aku marah... buat rumah dia macam hotel je.. keluar masuk tapi nak elak bertembung dengan dia. Dah tu takat mesej aku je cakap terima kasih la etc etc... sempat sembang hal anak2 aku. Aku ingat ok dah. Takde simpan dalam.

Satu hari mak bapak aku keluar terus dari rumah laki aku. Blah macam tu je. Lepas diorang keluar, aku dapat mesej diorang bagitau dah amik semua brg2.. ckp terima kasih dan sedikit kecaman "Allah melihat perbuatan anak terhadap ibu bapa. Ingat, langit tak selalu cerah".... Pergh... agak selama ni wasap aku masa masih duduk dlm rumah tu.. call aku macam baik je.. fake ke? Walaupun diorang tu mak bapak aku tapi memang tak hormat langsung anak menantu. Bengang menantu dah sakitkan hati ekk.. tak payah hormat2 dah. Sebab status mak bapak memang anak yang patut sembah... gitu erk?

Tapi aku tak reply msg tu. Laki aku dah bukak citer ngan akak2 ipar. Aku faham.. laki aku dah tak sanggup nak menanggung masalah mak bapak aku ni. He got the point. Lots of point. So aku tak bole jawab apa2...

Then mak aku keep wassap tah apa lagi... yang pasti style2 ayat kecaman macam selalu la... pasal keberkatan hidup... pasal redha mak bapak... pasal dosanya lah anak ni pi sakitkan hati mak bapak time bulan2 puasa ni...diorang tak pikir pulak yang selama ni aku dok sakitkan hati suami, berdosa ngan suami.. ntah suami redha ke tak ngan aku hanya disebabkan aku ni asyik nak tolong diorang sampai ke titisan akhir...

Yang aku bengang tu.. kenapa tak wassap laki aku? Dah beberapa kali jadi camni la... diorang marah laki aku tapi pi wassap aku dengan segala sindiran perlian etc...

Ada org cakap... mak aku syg sangat kat aku sampai tak dapat lagi nak let go aku ni kat suami aku. Mak aku wassap ayat2 yang menyakitkan hati kat aku sebab aku anak yg dia bole control.. mak aku tak bole control laki aku... so gunakan aku. Dengan harapan aku bole control laki... yaa.. mak aku pernah cakap... "cuba ko cakap sikit ngan laki tu... mak bukan nak suruh lawan laki, tapi tak payah melorot sangat..."

So... agaknya aku dah sampai hujung tembok. Aku tak balas malah ada yg aku tak baca... delete terus wassap diorg. Aku block. Aku auto reject no phone mak bapak aku supaya tak dapat call. Takat nak sakitkan hati aku dengan ayat2 kecaman, baik aku tak payah baca atau dengar.

Jahat? Yaa kan kadang2 mak aku cakap aku jahat bile aku tak dapat tolong atau bila bergaduh ngan laki aku? Hidup tak berkat.. takde keredhaan mak bapak sebab mak bapak sakit hati. Aku sakitkan hati suamk semata2 nak jaga hati dorang takpe lah? Kalau mampu... aku dah fly migrate ke oversea.

Aku reply ni bukan nak mintak komen dah. Nak luahkan je. Dan saja baca balik semua komen2 forumer yg lepas. Agar aku takkan rasa tindakan aku ni salah. Aku bukan derhaka kat diorang... tp mungkin aku dah lama derhaka pada suami secara tak langsung.

Aku dah merajuk.
Dah penat mengalah.
Biarlah nak jadi apa pun.
Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2016 03:08 AM From the mobile phone | Show all posts
cik_kala replied at 2-7-2016 12:22 AM
Last commen bulan feb 2016.
Sekarang bulan julai 2016


aku yg baca ni pun tak tahan dgn perangai parents TT apatah lagi dgn suami TT yg dah mula kena tempiasnya.

biar la rumah tu bank lelong. kalau nk jual pun bukan bapak awak setuju pun. kalau dah kena lelong, buyer baru beli lagi tinggi dari baki hutang bank, lebihan tu nanti bank akan bg kt TT & bapak TT.

biarlah apa yg berlaku skrg jd pengajaran kat parents TT. mereka ni dah sesat jauh sgt. bkn sesat apa, sesat dlm hutang smpi hidup jd stuck. suka berhutang sana sini smpi menyusahkan org lain. takde bakat meniaga tp still nk meniaga juga. pastu kecam anak guna agama kononnya TT derhaka sb tak nak lagi tolong dorg.

just nk tanya; dulu masa parents TT masih bekerja & berduit, adakah mereka jenis suka berbelanja sana sini, hidup mewah & jenis tak menyimpan?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-7-2016 08:25 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by cik_kala at 2-7-2016 08:27 AM
zuri154 replied at 2-7-2016 03:08 AM
aku yg baca ni pun tak tahan dgn perangai parents TT apatah lagi dgn suami TT yg dah mula kena tem ...


Keluarga aku bukan hidup mewah... bermula dari turun naik bas, ada basikal, motor, kereta, rumah setingkat (dah jual), rumah 2 tingkat (dah cagar.. tak bole jual sebab dah masuk caveat)... tak pernah simpan duit... masa aku kecik2 mak aku cakap cemana nak simpan, duit tak cukup. Jangan kata diorg nak simpan duit, simpanan anak2 pun diorang guna. Sekarang turn adik aku hilang simpanan dia. Kesian.

tanah pusaka 1 dah jual, 1 lagi on process... bapak aku tengah usaha mintak developer bayar cepat suapaya dapat settlekan hutang along2...banyak sumber2 duit diorang dapat tapi ntah la...

last2 aku anak tunggal ni takde harta peninggalan lah... takpe. Jangan tinggalkan hutang2 kat aku dah lah...

aku memang sedih sangat sebenarnya jadi macam ni... bergaduh dengan mak bapak sendiri... kalau bole aku nak suami mintak maaf kat diorg sebab dia yang mulakan hari tu. Tapi tindakan tu mungkin takkan buat mak bapak aku sedar... diorang akan rasa menang dengan kuasa veto as mak bapak... suami aku cakap.. dia bukan benci mak bapak aku tapi benda2 ni semua mesti ada full stop even pahit untuk kami lalui.... dan takdenya aku derhaka kat diorg.. aku bukan amanah diorg lagi...
Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2016 04:42 PM | Show all posts
cik_kala replied at 2-7-2016 12:22 AM
Last commen bulan feb 2016.
Sekarang bulan julai 2016

Betul tindakan suami TT.
Betul juga keputusan TT ikut cakap suami.
Keluarga TT masih muda, masih jauh perjalanan utk anak2.
Banyak simpanan yg diperlukan utk pelajaran anak2.

Semoga dipermudahkan segala urusan.

Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2016 11:13 AM From the mobile phone | Show all posts
Tindakan terkini awak dah betul TT..jangan berpatah balik..fanggungjawab awak skang kt suami
Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2016 03:21 AM | Show all posts
cekalkan hati tt. kalau you lembik, balik ke asal. berputar putar tanpa berhenti. itu semua reverse psikologi nak turutkan kehendak dia. nak heret semua orang ke dalam "black hole".
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-7-2016 11:43 AM | Show all posts
cekalkan hati ko tt.. kami support ko dr jauh dan doakan ko..

ko dan suami tak salah.. yang salah mak ayah ko..

kenapa rezeki diorg byk tp still rasa sempit?

mungkin takder keberkatan.. sebab cara mak ayah tt tu mcmtu.. wallahuallam..

semoga perjalanan idup ko dan suami dipermudahkan..

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-7-2016 04:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by cik_kala at 4-7-2016 10:56 PM

Terima kasih semua... tapi memang sedih sambut raya macam ni.
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2016 06:11 AM | Show all posts
cik_kala replied at 4-7-2016 04:28 PM
Terima kasih semua... tapi memang sedih sambut raya macam ni.

Setiap yg berlaku ada hikmah disebaliknya.
You pun dah buat keputusan.
Tapi jangan terus diabaikan ibu bapa itu.
Hulur sekadar yg mampu utk belanja harian mereka.
Lebih dari itu, cukup2 sudah.
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2016 10:14 AM From the mobile phone | Show all posts
cik_kala replied at 2-7-2016 12:22 AM
Last commen bulan feb 2016.
Sekarang bulan julai 2016


Btl dh tindakan ko tt..mak ayh ko nk ko rasa guilty dan tolong diorg..apa yg ko tolong selama ni tak ingt, once silap..salah ko yg sekali tu je dorg ingt..silap org nampak,silap sndr tak nampak...tahniah sbb dah bertindak..takpe la raya x bes dr nama je raya tp bawak beban dan serabut kepala..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

7-5-2024 12:15 PM GMT+8 , Processed in 0.074165 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list