CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234
Return to list New
Author: qqOfficial

ShieraIjoy perjelaskan sbb kenapa tinggalkan ULtra.FM ~update #63

[Copy link]
Post time 25-5-2015 05:22 PM | Show all posts
qqOfficial replied at 25-5-2015 01:53 PM
plus leh berforum cari dan berblog walking ...heheee.....

kalo hubby restu, ok jahh....  ...

Itula, alhamdulillah my hubby ok and memahami. Actually, ms I preggy lg hubby sruh resign sbb dia kesian tgk I letih drive redah jammed tu. Tp I fikir masa tu, kalo I resign, kang bosan lak dok rumah. Hehe. Ni skrg dh ada anak ok la, bru rs nk resign. Drpd I tabahkan hati redah jammed, baik I duduk rumah main dgn anak. Puas hati. Tggu anak besar sikit la koT. Tp jd housewife best! Hehe.

Kalo I kea pun, Shira dh takde kt Ultra, kang bosan lak I meredah jammed tanpa ditemani gelak tawa Shiera kt radio. Huhu.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-5-2015 06:48 PM | Show all posts
ak x tau pon ada channel radio nama ultra fm
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-5-2015 03:09 PM | Show all posts
Sharifah Shahira Disisihkan Gara-Gara Bergelar Deejay RadioPelakon dan pengacara, ShieraIjoy mendedahkan kerjaya seninya tersekat kerana disisihkan  gara-gara dia bekejra sebagai deejay di Ultra FM.

Shiera atau nama sebenarnya Sharifah Shahirah Syed Abu Bakar, 40, berkata, tawaran menjadi hos di saluran televisyen juga gagal diterimanya kerana tugas itu.

"Saya pun tidak faham kenapa kebanyakkan stesen tv yang ingin mengambil saya sebagai  hos membatalkan tawaran yang diberikan hanya kerana saya bekerja dengan Ultra FM?

"Banyak tawaran diberikan kepada saya tetapi bila tahu saya bekerja dengan radio Ultra mereka berubah fikiran sedangkan pengurusan stesen radio itu tidak menghalang saya untuk mengembangkan kerjaya saya," katanya ketika dihubungi mStar Online. Shira berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai penamatan kontraknya dengan stesen radio itu yang berkuatkuasa 2 Jun depan selepas berkhdimat selama dua tahun.

Shira bersiaran setiap hari mengendalikan segmen Ultra Petang selama lima jam bermula pukul 3 petang.

Ultra FM boleh dikuti menerusi frekuensi 101.3 FM sekitar Lembah Klang. Dalam pada itu, Shira berkata, dia terkilan dengan tindakan beberapa stesen televisyen yang melakukan diskriminasi tersebut kerana ia sedikit sebanyak menggangu kerjayanya sebagai pengacara.

"Saya sebenarnya terkilan kerana tidak menyangka perkara seperti ini boleh berlaku sedangkan saya tidak melakukan sebarang kesalahan tetapi saya dipinggirkan seolah-olah  melakukan kesalahan besar.

"Ia sedikit sebanyak  mengganggu kerjaya saya sebagai pengacara kerana saya cuma ingin bekerja dan mencari rezeki untuk menampung kehidupan keluarga," katanya.

Tambah Shira, akibat hal itu ramai peminat bertanya kenapa dia sudah tidak lagi muncul di mana-mana saluran televisyen.

Dia juga berharap agak pihak stesen televisyen tidak meminggirkannya lagi kerana dia kini sudah tidak mempunyai kontrak bersama saluran radio itu.

Dalam pada itu Pengurus Besar Ultra FM, Hawa Abdul Hamid berkata, pihaknya berpuas hati dengan prestasi Shira sepanjang bertugas di stesen radio berkenaan.

Katanya, Shira mendapat banyak tawaran menjadi hos tetapi kerjayanya itu tersekat kerana tugasnya sebagai dejay di stesen berkenaan yang memerlukan dia memberi komitmen sepenuh masa.

“Kami anggap Shira sebagai aset Ultra FM tetapi kami tak boleh halang dia kerana tawaran yang datang di luar sana cukup banyak dan dia perlu memilih satu diantara dua pilihan itu,” jelas Hawa.
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2015 03:30 PM | Show all posts
kak shieraa dah xder dah x berseri ..
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2015 06:20 PM | Show all posts
patut dia slot pagi...seronok ni mamat sewel...lawak dah la bodo...

skrg ni dia dah xde kat ultra...mcam dah x best je jadinya
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2015 10:27 PM From the mobile phone | Show all posts
ohhhh sebab itu ke? yela dia kan slot petang...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 31-5-2015 12:37 AM From the mobile phone | Show all posts
Rasanyer suara dia byk digunapakai kat citer2 kartun...antaranya suara Bo dlm Kampung Boy...tp selalu confuse suara dia ngan mon rianti....sama sgt....
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2015 02:57 PM | Show all posts
alaaa... baru je nak berjinak2 ngan radio ultra... sape yg ganti dia ni..?
best.fm tu best x? ade sesapa pernah layan..?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 09:35 PM GMT+8 , Processed in 0.103910 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list