CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2966|Reply: 1

STEVIA DAN KHASIATNYA

[Copy link]
Post time 24-5-2015 06:54 AM | Show all posts |Read mode
APA KEUNIKAN , KELEBIHAN DAN KEGUNAAN GULA STEVIA?

Kenapa sekarang ini, ramai orang bertukar kepada pemanis semulajadi Stevia? Sebabnya, banyak kelebihan, manfaat dan kegunaan gula Stevia ini. Keunikan gula Stevia itu sendiri membuatkan ia jauh lebih baik berbanding gula pasir yang diperbuat daripada tebu.

Konsep gula Stevia ini adalah lebih manis, lebih sihat. Kalau sebelum ini, kita selalu mengatakanPahit itu Ubat dan Manis itu Penyakit. Tetapi dengan pemanis Stevia, Manis itu adalah Menyihatkan. Kenapa? Apa kelebihan Stevia?

1. Stevia adalah pemanis semulajadi yang tidak mengandungi kalori dan ekstraknya dikatakan 300 – 450 kali lebih manis dari gula biasa.

  • Bahan aktif yang bertanggungjawab ke atas rasa manis pada daun stevia dikenali sebagai“Steviol Glycosides” yang mengandungi Stevioside dan Rebaudioside.
  • Bahan aktif ini stabil pada suhu tinggi sehingga 2000 degree C, nilai pH yang stabil dan tidak merangsang tindak balas glycamic (penghasilan gula) dalam badan.
  • Sangat sesuai untuk mereka yang ada kencing manis , obesiti atau ingin menghadkan pengambilan karbohidrat

2. Non-fermentative iaitu bahan aktif yang stabil dan tidak akan basi

3. Non-toxic, Non-mutagenic, Non-teratogenic, Non-carcinogenic (tiada kesan bahaya)- terbukti secara kajian saintifik, ia selamat digunakan pada peringkat usia.

Stevia mempunyai fungsi terapeutik perubatan

4. Anti-hyperglycaemic – boleh menurunkan dan mengimbangi paras gula dalam darah. Sesuai untuk pesakit kencing manis dan hypoglycaemia.

5. Anti-hypertensive – boleh menurunkan tekanan darah

6. Anti-inflammatory – mengurangkan kesan radang

7. Anti-tumor- kesan anti-oksidan boleh.mengurangkan risiko kanser

8. Anti-diarrheal – merawat cirit-birit

9. Diuretic – Mengawal kandungan air dalam badan

10. Immunomodulatary effect – meningkatkan sistem imun kepada kuman


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 26-5-2015 10:50 AM | Show all posts
Stevia Sweetener (RSS)


Merupakan produk yang mengandungi ekstrak dari daun stevia. Kemanisan yang terhasil dari daun stevia merupakan Pemanis Semulajadi yang 300 kali lebih manis dari gula biasa. Kajian klinikal menunjukan STEVIA berguna sebagai pengganti gula. Lebih dari sifat pemanis, kajian juga menunjukkan kesan penurunan tahap kawalan Diabetes, Penurunan tahap tekanan darah tinggi dan penurunan berat badan untuk pesakit obesiti.

Pengenalan Stevia

Stevia merupakan 150 spesies herba daripada keluarga bunga matahari (Astereacea). Ia secara rasminya ditemui pada kurun ke-19 oleh Dr.Moises Santiago Bertoni. Beliau menamakannya sebagai Stevia Rebaudiana Bertoni sebagai penghormatan kepada ahli kimia Paraguay. Ia merupakan tumbuhan yang berasal daripada kawasan tropika dan sub-tropika di Amerika Selatan dan Amerika Tengah. Stevia yang digunakan secara meluas sebagai pemanis adalah stevia dari spesies Rebaudiana. Ia juga dikenali sebagai sweetleaf, sugarleaf atau sweet herb.
Ia merupakan sejenis tumbuhan herba berbatang lembut. Untuk menanamnya, medium yang digunakan adalah dari jenis poros supaya tiada air yang akan bertakung selepas ia disiram. Daunnya berbentuk bujur, batangnya halus dan bergerutu. Dalam keadaan optimum Stevia boleh mencapai ketinggian sehingga 1 meter atau lebih. Ia mengeluarkan bunga kecil warna putih.

Kegunaan Stevia

Kegunaan Stevia sebagai pemanis mula disedari oleh orang Eropah pada kurun ke-16. Sejak itu ia mula digunakan dengan meluas di Eropah sehinggalah dibawa ke Asia. Walaubagaimanapun kajian terhadap Stevia hanya mula dilakukan pada kurun ke-19 apabila para pengkaji di Brazil mendengar cerita yang sehelai daun Stevia boleh memaniskan sebiji buah peria dan juga secawan teh herba yang kelat. Ia mula dikaji oleh seorang ahli botani Paraguay yang bernama Moises S.Bertoni yang kemudiannya menulius antara artikel-artikel awal mengenai Stevia pada awal kurun ke-19.
Ciri yang paling unik mengenai Stevia ialah ia merupakan pemanis semulajadi yang tidak mengandungi kalori. Ciri ini telah menarik minat para pengkaji untuk menjalankan kajian terhadap Stevia. Kajian terhadap toksidnya,mendapati kandungan utama yang menyebabkan ia manis iaitu Steviosid tidak toksid.

Khasiat Stevia

-Mengimbangi kandungan gula dalam badan.
-Menurunkan kadar gula yang terdapat di dalam darah sesuai untuk pesakit diabetes dan hypoglycemia.
-Melawaskan pembuangan air kencing.
-Meningkatkan kadar tenaga di dalam tubuh badan.
-Melicinkan dan memutihkan kulit serta awet muda.
-Membantu sistem penghadaman makanan.


Kelebihan Stevia

Kandungan utama yang menyebabkannya rasa manis adalah bahan steviosides yang tidak mengandungi toksik.
Steviosides yang diambil secara oral adalah berkesan untuk menurunkan tekanan darah dan ia mungkin boleh dipertimbangkan sebagai bahan alternatif atau tambahan untuk pesakit darah tinggi.
Ujian terhadap kesan hipoglisemik glikosid (kekurangan gula dalam darah) dalam stevia mendapati steviol tidak menghasilkan glukosa, bermakna ia baik untuk penghidap diabetes / kencing manis.
Pengkaji Denmark mendapati hipoglisemik in vitro yang dilakukan steviosid dan steviol berupaya menghasilkan insulin melalui tindakan terus terhadap sel-sel beta.
Ada kajian menyatakan Stevia juga digunakan sebagai tonik untuk jantung dan berfungsi menstabilkan tekanan darah serta degupan jantung.
Ekstrak Stevia Rebaudiana yang bebas kalori atau sifar kalori sesuai digunakan bahan ganti gula biasa bagi golongan yang mengalami masalah obesiti yang ketagihan gula.
Dua kajian dilakukan oleh Purdue University's Dental Science Research Group mendapati steviosides menghalang pembentukan plak (karat) gigi dan membantu menghalang gigi berlubang (cavities).
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 10:49 PM GMT+8 , Processed in 0.060536 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list