CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 37121|Reply: 350

[Tempatan] Kerajaan Malaysia penipu-kata adi putra.

[Copy link]
Post time 24-5-2015 10:43 PM | Show all posts |Read mode




Tokoh Matematik Islam Abad, Adi Putra Abd Ghani yang kini 16 tahun dijanjikan pelbagai perkara oleh kerajaan, segalanya hanya tinggal janji. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 24 Mei, 2015.

Genius Matematik, Adi Putra Abd Ghani, bukan nama baru yang perlu diperkenalkan, malah beberapa tahun lepas, beliau menggemparkan negara dengan kehandalan dan kepantasan melakukan kerja pengiraan matematik.

Kini pada usia 16 tahun, Adi masih meneruskan minatnya dalam ilmu matematik dan turut mencurahkan ilmunya di dalam dan luar negara, tetapi perlu berdikari, kerana kini dipinggir dan segala janji yang pernah ditabur kerajaan tidak ditepati.

Remaja yang pernah dinobatkan sebagai Tokoh Matematik Islam Abad ini oleh Universiti Riau, Indonesia pada 2009 setakat ini menghasilkan 235 formula matematik dan membukukan 12 formula tersebut dalam sebuah bukunya berjudul Seni Matematik Islam.

Malangnya, buku yang menjadi rujukan pelajar di peringkat rendah dan menengah di Brunei Darussalam itu, tidak mendapat pengiktirafan di Malaysia walaupun ternyata memberi alternatif untuk memudahkan pelajar.

“Saya lancarkan buku itu di Pesta Buku Antarabangsa pada November 2011 di Pusat Dagangan Dunia Putra. Selepas pelancaran, saya mula guna buku itu mengajar di Brunei.

"Kerajaan Brunei ambil buku itu sebagai rujukan untuk sekolah rendah dan menengah," katanya ketika ditemui The Malaysian Insider di kediamannya di Tanjung Malim, Perak.

“Saya kecewa juga, sebab kalau boleh, kita hendak kongsi ilmu kita dengan anak bangsa, negara kita. Itu yang kita utamakan dulu.

"Yang jadi masalah, apabila keputusan daripada 'orang di atas'," dakwanya.

"Bila saya mengajar di sekolah, untuk program motivasi, saya guna buku itu. Maklum balas dari guru dan murid memang bagus.

"Murid dan guru dapat belajar, menjadikan mereka suka dengan Matematik,” katanya.

Adi yang sering diundang untuk menyampaikan kuliah matematik, menyingkap kembali zaman kanak-kanaknya yang dirasakannya seperti dijadikan tikus makmal oleh program pembangunan pendidikan .

Katanya, walaupun banyak janji yang ditabur kerajaan untuk membangunkan program genius kanak-kanak suatu masa dahulu, namun ia sekadar janji tinggal janji.

“Saya seperti tikus makmal jadi bahan uji kaji. Itu apa yang saya rasa terjadi masa itu, sebab saya dijanji untuk membuat modul kanak-kanak genius.

"Ketika itu saya 6 tahun. Pagi saya di Sekolah Islam Antarabangsa, masa Sains, saya masuk darjah 5, Matematik, saya masuk darjah 6, Bahasa Inggeris, saya masuk darjah 3. Ia berlangsung lebih setahun.

“Tengahari masa pelajar lain rehat, saya kena pergi ke Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) untuk belajar A Level. Belajar 5 subjek – Fizik, Kimia, Biologi, Matematik, Matematik Tambahan," katanya.

Bagaimanapun, kata Adi, beliau berhenti sekolah separuh jalan bagi menumpukan sepenuhnya kepada pengajian A Level di UIAM.

Tetapi yang menghairankannya, walaupun tamat pengajian, beliau mendakwa tidak dianugerahkan sijil oleh universiti berkenaan.

Terkilan kerana sehingga kini masih dipandang sepi kerajaan, remaja yang berazam untuk mencipta satelit ini tidak lagi mahu mengenang janji yang ditabur kerajaan sewaktu zaman awal kanak-kanaknya.

Katanya, menjadi harapannya agar sarjana mahu pun profesor yang arif dalam matematik dapat mengesahkan dan mengiktiraf kesemua 235 formula matematiknya.

“Banyak sejarah saya dengan kerajaan. Saya pun sudah malas. Terlalu banyak saya dijanji," katanya kepada The Malaysian Insider.

"Banyak sangat kejadian saya dengan kerajaan sampai saya sudah serik. Sebab itu saya sudah tidak kenal apa-apa, tidak suka cakap pasal politik, tidak sentuh pasal kerajaan. Saya sudah lalui semua itu.

“Saya mahu ahli falsafah dokumenkan dan sahkan formula saya. Formula saya dari ilham, dan ada yang dari zaman dahulu, seperti Al-Khawarizmi,” katanya merujuk tokoh Islam keturunan Parsi yang menguasai bidang matematik, geografi dan astronomi dan turut dikenali sebagai bapa algebra.

Luka lama yang masih disimpan anak muda ini apabila ubat yang cuba dikomersialkannya pada 2010, iaitu Penawar Stress dan Produk Minda, didakwa mengandungi bahan terlarang, steroid.

Katanya, segala dakwaan pihak berkenaan tidak benar kerana ubat berkenaan sudah diuji di makmal Universiti Teknologi Malaysia.

“Beberapa kali sebelum itu saya cuba minta pengesahan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), tetapi tidak pernah dapat.

“Selepas Adi jumpa KKM, mereka gugurkan tuduhan steroid, tetapi mendakwa ia tiada pengesahan KKM.

"Tidak sampai seminggu selepas itu, mereka beri saya pengesahan KKM. Ubat itu masih dijual, tetapi lepas kejadian itu, semuanya jatuh,” katanya.

Adi berkata, sudah tiba masanya Putrajaya membangunkan modul kanak-kanak genius di Malaysia bagi mengelak banyak tenaga pakar terus lari meninggalkan Malaysia.

Katanya, kehebatan orang Melayu dapat dilihat di negara asing yang bekerja di syarikat besar malah menuntut di universiti terkemuka dunia.

Katanya, kehebatan orang Melayu dapat dilihat di negara asing, di kalangan mereka yang bekerja di syarikat besar, malah menuntut di universiti terkemuka dunia.

“Orang Melayu kita bukan calang-calang. Di Nasa (Pusat Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan Amerika Syarikat), ramai orang Melayu.

"Universiti terkemuka dunia sekali pun, ramai pensyarah kita, pelajar kita. Masalahnya, mengapa kita jumpa mereka di luar?" soalnya, jelas kecewa dengan keadaan itu.

"Kita perlu ada satu modul untuk cerdik pandai di Malaysia. Bukan sedikit, tetapi ramai. Semua ada kelebihan masing-masing.

“Orang luar menghargai. Mereka nampak kebolehan orang Melayu yang hebat-hebat. Mereka yang hebat ditawarkan duduk di luar dengan gaji US dolar. Diberikan dana dan segala-galanya,” katanya.

Adi mendakwa, disebabkan itu, warga Malaysia yang cemerlang terus berada di luar negara dan hanya mereka di gred kedua dan ketiga berhajat pulang ke Malaysia.

“Kita tiada lagi pakar di Malaysia. Kalau kita teruskan, sampai bila pun kita tidak dapat kumpulkan satu kumpulan pakar, terutamanya dalam Sains dan Matematik.

“Wang bukan salah satu sebab mereka tidak balik. Ramai yang belajar di luar tetapi masih ada semangat perjuangan orang Melayu. (Tetapi) Mengapa mereka nak balik ke satu tempat yang mereka tidak dihargai pun?” soalnya. – 24 Mei, 2015.

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/b....qqRRTF9A.dpuf


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 24-5-2015 10:46 PM | Show all posts
First time aku dengar ramai bangsa Melayu di NASA.
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2015 10:50 PM | Show all posts
kalu hebat sangat..buktikanlah yg ko bleh dpt pengiktirafan drpd negara2 maju setaraf dgn kanak2 pintar yg lain..ni tak drpd dulu self proclaimed je pasal kepintaran kau..pastu tak habis2 mengeluh berkeluh kesah
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2015 10:51 PM | Show all posts
Di Nasa (Pusat Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan Amerika Syarikat), ramai orang Melayu.


Ramai ke dek? Kalau tak silap seorang jah, Dr Wan Amani. #GurlPower
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2015 10:53 PM | Show all posts
FOTHER-MUCKER replied at 24-5-2015 10:46 PM
First time aku dengar ramai bangsa Melayu di NASA.

tu la, ada berape?

lagi satu , thread sebelah  okay je budak genius tu dapat 8 ijazah dan dia tak pernah claim himself apa apa pun cuma i suka budak thread sebelah tu punya statement -  very matured and honest statement about what he is going to be.he knew what and how ...

Adi banyak pointing fingers ye...matured ke?





Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2015 10:55 PM | Show all posts
mbhcsf replied at 24-5-2015 10:53 PM
tu la, ada berape?

lagi satu , thread sebelah  okay je budak genius tu dapat 8 ijazah dan dia t ...

kan..sangat humble walopun dah ternyata bijak..tetap mengaku diri tu normal mcm kanak2 lain

ni belum apa2 dah mengaku diri tu ferrari..prfttt

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-5-2015 10:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Tokoh?? Hehehehehehehehhehehehehe
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2015 10:58 PM | Show all posts
saladin780 replied at 24-5-2015 10:55 PM
kan..sangat humble walopun dah ternyata bijak..tetap mengaku diri tu normal mcm kanak2 lain

ni  ...

tu laa....budak yg 8 ijazah tu pun belajar benda  yg sama mula dari bawah jugak pelan pelan tak bising pun dan tak jual ubat pun last last he knows he wants to be biomechanical ? engineer ...based on what he reads...early learning experience

majalah scientifci american tu best ...tapi kat Malaysia memang mahal...tapi best...

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-5-2015 11:01 PM | Show all posts
wow budak ni sape?
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2015 11:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Adi cerita kat mesia bukan kat us. Korang kutuk adi, dia dah buat buku formula math, buat itu, buat ini..korang hada? ..aku lebih percaya adi....
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2015 11:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Ni la budak Melayu..

bertongkat
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2015 11:10 PM From the mobile phone | Show all posts
because you're just nobody's son..cuma you anak somebody..then, your story must be a total different
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2015 11:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Smpt lg dik klau ikut pelajar arus perdana... Ambe spm dik...anggap jer diri ko mcm bdk normal lain... Pintar camner pun klau xder sijil ko dianggap xder apa pun... Takut smp ketua camni jer lah idup ko
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2015 11:12 PM From the mobile phone | Show all posts
sabbath_shalom replied at 24-5-2015 11:06 PM
Ni la budak Melayu..

bertongkat

Mana ada budak adi tu pakai tongkat? Kena discrimnate lagi ada. Yg kuat pakai tongkat tu geng sepet tu......yg tukang kasi tongkat si tun m suci murni sesuci embun pagi tu...ekekekeke
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2015 11:13 PM | Show all posts
menjad replied at 24-5-2015 11:10 PM
Smpt lg dik klau ikut pelajar arus perdana... Ambe spm dik...anggap jer diri ko mcm bdk normal lain. ...

dia dah sampai A-level ...buat apa nak turun bawah amik spm,O-level
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2015 11:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Akak sugest adik ni bhijrah ke UK.. Tp kt Sana jgn plak download porn kanak2 yah.. Mcm nur fitri math genius katenyer Tp perosak bangsa gittew.. Akak syak math genius mostly sakit mental
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-5-2015 11:16 PM From the mobile phone | Show all posts
saladin780 replied at 24-5-2015 10:55 PM
kan..sangat humble walopun dah ternyata bijak..tetap mengaku diri tu normal mcm kanak2 lain

ni  ...

Adi bukan kancil hoccayyy..adi pelaalliii..
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2015 11:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Alevel xder sijil pun dia dpt... Xder makna nyer serupa xbelajar jugak...
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2015 11:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Anyone from brunei to verify... Buku dia digunakan
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2015 11:19 PM | Show all posts
Syok sendiri je lah budak ni. Genius masuk bakul angkat sendiri, siapa nak iktiraf? Kalau hebat sangat apa kata cuba masuk Maths Olympiad tengok berapa score dia dapat? Setakat sembang jah lebat ujung2 hasil nanhado takde siapa pandang dekk.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 08:51 AM GMT+8 , Processed in 1.364801 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list