CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1628|Reply: 2

Dr M dakwa 'pembohongan' Najib isu 1MDB salahlaku jenayah

[Copy link]
Post time 24-5-2015 11:11 PM | Show all posts |Read mode
Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mendakwa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak "berbohong" berhubung isu dana firma pelaburan 1Malaysia Development Berhad bernilai US$1.103 bilion (RM3.97 bilion), dengan menyatakan mungkin ada salah laku jenayah.

Menulis dalam blognya hari ini, Dr Mahathir yang juga bekas menteri kewangan berkata kesalahan tersebut boleh dihukum penjara sehingga tiga tahun bawah Kanun Keseksaan.





"Amatlah menyedihkan apabila saya dapati saya tidak dapat elak dari kenyataan bahawa Perdana Menteri membohong," tulis bekas presiden Umno dalam blognya hari ini.







Dr Mahathir merujuk jawapan perlimen perdana menteri pada 10 Mac di mana Najib berkata jumlah wang itu ditebus sepenuhnya dalam bentuk tunai dan kini disimpan di BSI Bank Limited Singapore.

Bagaimanapun, Khamis lalu, Najib yang juga menteri kewangan menukar jawapannya berhubung perkara ini menyatakan tiada tunai dalam bank tersebut tetapi hanya "aset dalam AS Dollar".

Hal ini lebih menghairankan apabila Menteri Kewangan II Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah menjelaskan aset sebenarnya dalam bentuk "unit" tetapi enggan menjelaskan apa yang dimaksudkannya.







Dr Mahathir mendakwa perbuatan itu sebagai "menyembunyi kesalahan" dalam urusan kerajaan dan ia adalah salah di segi undang-undang bawah seksyen 218 Kanun Keseksaan.

Seksyen 218 antara lain memperuntukkan adalah menjadi satu kesalahan bagi mana-mana pengkhidmat awam yang bertanggungjawab bagi penyediaan mana-mana rekod dengan cara yang tidak betul, dengan niat untuk menyebabkan kerugian atau kecederaan kepada orang ramai atau dengan niat untuk menyelamatkan seseorang daripada hukuman undang-undang.





Kesalahan tersebut akan mengakibatkan hukuman penjara sehingga tiga tahun, denda, atau kedua-duanya.

Selain Najib, Dr Mahathir mendakwa pegawai kerajaan, Bank Negara dan 1MDB  membuat laporan yang salah ini dan didakwanya melanggar undang-undang jenayah bawah seksyen itu.







"Perkara yang amat serius sedang berlaku. Wang syarikat milik Kerajaan yang dihutang dengan jaminan Kerajaan sebanyak RM7 bilion (tujuh ribu million) sudah tidak dapat dikesan di mana ia berada dan percubaan dibuat untuk membohongi Parlimen dan Negara berkenaan dengannya.

"Ada unsur jenayah berkenaan kes ini yang memerlukan siasatan oleh polis dan jika wang ini tidak juga dapat dikesan maka proses undang-undang hendaklah diambil terhadap semua pihak yang terlibat," katanya.


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-5-2015 05:45 PM | Show all posts


bak kata bang mat

siakap senohong gelama ikan duri
cakap bohong lama2 jadi menteri
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2015 04:09 PM | Show all posts
siapa yang berani nak ambik tindakan?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 11:37 AM GMT+8 , Processed in 0.055730 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list