CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 11148|Reply: 185

[Tempatan] 1MDB #188 Kami pun tanya hutang 1MDB - Shafie Makruh

[Copy link]
Post time 25-5-2015 02:52 PM | Show all posts |Read mode
Edited by ResellerMaxis at 28-5-2015 02:44 PM

Presiden dan pengarah eksekutif 1MDB tidak akan hadir berdepan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) esok.

Sumber memberitahu Malaysiakini bahawa Arul dan bekas ketua pegawai eksekutif (CEO) Shahrol Halmi meminta lebihan masa untuk itu.


Kedua-dua mereka difahamkan menulis kepada PAC untuk memaklumkan perkara itu.

Pengerusi PAC Datuk Nur Jazlan Mohamed dijangka mendedahkan lanjut dalam sidang media hari ini.

Siasatan PAC pada syarikat pelaburan negara cetusan ilham Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak itu bermula pada 19 Mei.

Setakat ini Ketua Setiausaha Perbendaharaan Tan Sri Irwan Serigar Abdullah dan Ketua Pengarah Unit Perancang Ekonomi Datuk Seri Rahmat Bivi Abdulla.

Irwan salah seorang anggota lembaga penasihat 1MDB.

hari tu ready sangat..tidak takut bagai..bila dah sampai masa..tetiba minta lebih masa plak?? ni lah bukti 1MDB tiada masalah..

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-5-2015 02:56 PM | Show all posts
oo
itu rupa wajah CEO 1MDB rupanya

apesal lain sangat muka
PM malaysia yek

tanya macai antara konfius
bercampur kelabu

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-5-2015 03:02 PM | Show all posts
d'zeck replied at 25-5-2015 02:56 PM
oo
itu rupa wajah CEO 1MDB rupanya

sebab PM malaysia yang tubuhkan 1MDB dan penasihat 1MDB..1MDB juga merupakan anak syarikat milik kementerian kewangan yang diterajui oleh PM..so dari segala sudut pun memang PM yang paling berkuasa terhadap 1MDB..
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2015 03:04 PM | Show all posts
bukan prosiding esok tangguh ke reseller
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2015 03:04 PM | Show all posts
PM malaysia yang selia penubuhan
GLC termasuk 1MDB

dan PM malaysia juga yang
arahkan PAC terlibat sama
dalam siasatan 1MDB

begitu rupanya peranan besar
seorang PM

baru tau ada
beza dengan peranan CEO

getus macai dalam hati
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2015 03:05 PM | Show all posts
                                                                            Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC), Datuk Nur Jazlan Mohamed bercakap pada sidang media di Bangunan Parlimen, hari ini. - Foto Sinar Online oleh RAZIATUL HANUM A. RAJAK                                                                     
              




        KUALA LUMPUR  - [DIKEMASKINI] Prodising syarikat pelaburan kontroversi, 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang dijadualkan berlangsung esok terpaksa ditangguhkan susulan kedua-dua orang pentingnya mempunyai urusan di luar negara.

        Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC), Datuk Nur Jazlan Mohamed‎ memaklumkan penangguhan itu pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa itu di Parlimen.

        "Jumaat lalu, Sekretariat PAC menerima surat makluman daripada Kementerian Kewangan bahawa prosiding syarikat 1MDB pada esok terpaksa ditangguhkan.

        "Ia berikutan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) 1MDB, Arul Kanda Kandasamy dan bekas CEO, Datuk Shahrul Ibrahim Halmi tidak dapat hadir di hadapan jawatankuasa ini atas alasan mempunyai urusan di luar negara pada hari itu," katanya kepada pemberita.

        Dalam sidang media sama, beliau sempat berseloroh untuk bersangka baik terhadap alasan yang dikemukakan itu.

        "Kita bersangka baiklah. Mereka bekerja dengan kerajaan. Mereka tak akan lari... saya haraplah‎. Jadi, bersangka baik," katanya.

        Sebelum itu, beliau menyebut bahawa CEO 1MDB meminta prosiding itu ditangguhkan kira-kira 30 hari daripada tarikh surat balasan yang dikemukan, Jumaat lalu.

        "Dalam surat yang dihantar kepada MOF‎, menyebut bahawa mereka memerlukan masa untuk membuat persediaan berdepan dengan PAC dan minta PAC untuk menangguhkan prosiding lebih kurang 30 hari daripada tarikh surat yang mereka hantar.

        "Kami telah bincang mengenai isu ini dan ambil ketetapan bahawa kita hendak juga Arul Kanda dan Datuk Shahrul untuk hadir berdepan dengan PAC cuma kita memberikan mereka masa mengikut surat mereka tapi kita berharap mereka akan dapat datang ke PAC secepat mungkin untuk memberikan keterangan.

        "Kita juga menganggap penangguhan ini akan memberikan masa untuk mereka menyediakan segala dokumen dan maklumat yang diperlukan PAC untuk membantu siasatan kami," katanya.

        Dalam pada itu, PAC akan menetapkan tarikh baru bagi prosiding itu dalam masa terdekat.

        "Tak ada sebab kenapa kedua-dua CEO ini tidak boleh datang kerana mereka masih lagi bekerja dengan kerajaan (kini Shahrul berkhidmat dengan Pemandu) dan Arul Kanda masih bersama 1MDB. Walaupun PAC beri kelonggaran, kita nak mereka hadir juga dalam tempoh masa secepat mungkin.

        "Kami akan tetapkan tarikh baru. Saya akan menghantar semula surat panggilan secara rasmi kepada MOF selaku Pegawai Pengawal terhadap 1MDB bagi hadir semula ddi hadapan jawatankuasa ini. Kami akan beri tempoh secukupnya kepada pengurusan 1MDB untuk bersedia hadir di hadapan jawatankuasa ini," katanya.
         http://www.sinarharian.com.my/semasa/pac-prosiding-1mdb-esok-ditangguhkan-1.394109

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-5-2015 03:06 PM | Show all posts
d'zeck replied at 25-5-2015 03:04 PM
PM malaysia yang selia penubuhan
GLC termasuk 1MDB

pantang usik cina jho lo.
pendekar ketuatnan tampil beraksi
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-5-2015 03:08 PM | Show all posts
GhostWalking replied at 25-5-2015 03:04 PM
bukan prosiding esok tangguh ke reseller

ye lah..dah duo orang tu xnak maih..prosiding apa gitu..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-5-2015 03:09 PM | Show all posts
bangcak replied at 25-5-2015 03:06 PM
pantang usik cina jho lo.
pendekar ketuatnan tampil beraksi

bodo ang ni

muka arul kanda tu
rupa keling ke rupa jho bow?

pfftt

Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2015 03:10 PM | Show all posts
ResellerMaxis replied at 25-5-2015 07:08 AM
ye lah..dah duo orang tu xnak maih..prosiding apa gitu..

kesian...awat tak siap2 dokumen semua awai2 khen
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-5-2015 03:17 PM | Show all posts
d'zeck replied at 25-5-2015 03:04 PM
PM malaysia yang selia penubuhan
GLC termasuk 1MDB

kalau GLC..PM tiada jawatan dalam GLC tersebut..PM akan lantik ceo n penasihat yang dipercayai untuk menerajui GLC tersebut..dan GLC tersebut juga bukanlah milik penuh mana-mana kementerian..
berbeza dengan 1MDB..ditubuhkan oleh Bijan, Penasihat pun Bijan..dan syarikat juga milik penuh kementerian kewangan yang diterajui oleh Bijan..kesemua ceo n ahli lembaga pengarah pun dilantik oleh bijan sendiri..

kalau glc lain macam petronas ada skandal macam ni..xleh salahkan bijan sangat..sebab bukan bijan yang tubuhkan..kebanyakan ahli lembaga pengarah pun dah dilantik dari sebelum bijan jadi pm..cuma pengerusi yang baru jer dipilih oleh bijan..dan petronas juga bukan milik penuh kementerian kewangan yang diterajui oleh bijan..bijan sendiri juga bukan penasihat petronas..
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2015 03:18 PM | Show all posts
dlm banyak2 pm
ada satu pm je yg terlalu amik berat soal hutang
1 (SATU) kompeni swasta.

- caner kompeni tu nak cari modal
- caner nak luluskan loan kompeni tu
- tolong jadi penjamin
- caner nak tolong dia bayar hutang beliyon2

prihatin sungguh pm itew
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-5-2015 03:19 PM | Show all posts
GhostWalking replied at 25-5-2015 03:10 PM
kesian...awat tak siap2 dokumen semua awai2 khen

mana cukup masa..belum 6 bulan lagi arul ni dilantik jadi ceo untuk menutup bukti bukti rompakan bijan n the gang selama 6 tahun..
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2015 03:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Skrip biasa...mula2 minta tangguh sbb nk prepare....x blh adjust...mnta tangguh sbb nk g obersee......x blh adjust lg....maybe terus pindah obersee.....pastu rkyat pun dh lupa dh....x kuasa nk korek crita lama
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2015 03:30 PM | Show all posts
Crystars replied at 25-5-2015 03:26 PM
Skrip biasa...mula2 minta tangguh sbb nk prepare....x blh adjust...mnta tangguh sbb nk g obersee.... ...

no way

sebelum PRU 14 kena selesaikan

sebagaimana menyelesaikan
tuduhan2 cina DAP sebelum ni
dalam isu bangla 40k, blackout dan lynas

Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2015 03:31 PM | Show all posts
ermmmm...nak backup balik nampak????
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-5-2015 03:44 PM | Show all posts
d'zeck replied at 25-5-2015 03:04 PM
PM malaysia yang selia penubuhan
GLC termasuk 1MDB

Boleh tanya siapa dia ye shareholder dalam 1MDB tu ?
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2015 03:45 PM | Show all posts
apekah dorang sedang buying time ...
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2015 03:46 PM | Show all posts
cabalero replied at 25-5-2015 03:44 PM
Boleh tanya siapa dia ye shareholder dalam 1MDB tu ?

ada direct dan indirect

termasuk stakeholder
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2015 03:49 PM | Show all posts
d'zeck replied at 25-5-2015 03:46 PM
ada direct dan indirect

termasuk stakeholder

hahaha kelakar sangat jawapan abang
bagitau la siapa yang direct dan indirect tu

stakeholder ? siapa stakeholder tu ?  
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 05:58 AM GMT+8 , Processed in 0.090618 second(s), 51 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list