CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6927|Reply: 83

[Tempatan] Perlis sahaja.Perkataan "Indera Kayangan" dibuang

[Copy link]
Post time 25-5-2015 08:12 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail menitahkan nama Perlis tidak ditambah "Indera Kayangan" atau "Darul" sebaliknya hanya "Perlis" seperti termaktub dalam undang-undang tubuh negeri.

Baginda bertitah undang-undang tubuh tersebut ditandatangani oleh ayahanda baginda, Almarhum Tuanku Syed Putra Syed Hassan Jamalullail hanya dengan nama Perlis tanpa ada sebarang tambahan.

"Oleh itu saya harap biarlah nama tersebut dikekalkan dengan nama Perlis tanpa ditambah Indera Kayangan yang mempunyai kaitan dengan dewa-dewa atau apa-apa Darul," titah baginda.



Tuanku Syed Sirajuddin bertitah demikian semasa merasmikan Muzium Kota Kayang dan Jamuan Teh Rakyat bersempena sambutan keputeraan ke-72 baginda di muzium itu di Kangar hari ini.
Berangkat sama ke majlis itu Raja Perempuan Perlis Tuanku Tengku Fauziah Tengku Abdul Rashid, Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan Raja Puan Muda Perlis Tuanku Lailatul Shahreen Akashah Khalil.      

Menurut baginda nama Perlis pernah dibincang dalam mesyuarat Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) semasa baginda menjadi yang dipertua majlis berkenaan pada tahun 80-an.

"Keputusan mesyuarat itu dipersembahkan kepada ayahanda saya dan baginda juga mahu nama Perlis tidak dibuat sebarang tambahan," titah Tuanku Syed Sirajuddin.

Mengenai muzium tersebut, baginda berharap ia menjadi tempat tumpuan rakyat khususnya golongan muda untuk menimba ilmu yang mempunyai kaitan dengan sejarah negeri Perlis.

Baginda sukacita dimaklumkan lebih 30,000 orang melawat muzium itu sepanjang tahun lepas melebihi sasaran 25,000 orang manakala jumlah pengunjung sejak dibuka ialah 400,000 orang.

Menteri Besar Datuk Seri Azlan Man dalam ucapannya yakin Muzium Kota Kayang akan berfungsi sebagai pusat ilmu sejarah di samping menjadi tumpuan pelancong asing.

Ketua Pengarah Jabatan Muzium, Wan Jamaluddin Wan Yusof berkata jabatan itu sedia menambah koleksi muzium di samping menceriakan landskapnya bagi meningkatkan daya tarikan pelancong untuk mengunjunginya. – Bernama, 25 Mei, 2015.

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/raja-perlis-titah-nama-perlis-tidak-ditambah-indera-kayangan#sthash.DqBnurQ6.dpuf
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-5-2015 08:21 PM | Show all posts
ok, Perlis
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2015 08:24 PM | Show all posts
Akhirnya, perlis
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2015 08:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Kenapa dulu perlis dinamakn indera kayangan?
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2015 08:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Ok noted.......
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2015 08:40 PM | Show all posts
Perlis permai lagi mempesona
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-5-2015 08:51 PM | Show all posts
Tanah tumpahnya darahku... kekal perintahhh Jamalullaiiiii
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2015 08:52 PM | Show all posts
Sejak bila kejuwujudan darul2 ni>? darul ni maksd apa?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-5-2015 08:54 PM | Show all posts
hehehehehe , cool. simple.just nice.
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2015 09:02 PM | Show all posts
Bagus simple camtu
Lagipun kayangan tu xkena pasal perlis panas
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2015 09:17 PM | Show all posts
Bagoih la.
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2015 09:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Darul harumanis

Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2015 09:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Bukan dulu Perlis Darul Sunnah ke ..? Cuma nama ne x gazet la.
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2015 09:32 PM From the mobile phone | Show all posts
dauswq replied at 25-5-2015 08:39 PM
Kenapa dulu perlis dinamakn indera kayangan?

Masa pengaruh Hindu kuat la.  Dewa Indera di Kayangan bersemadi.
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2015 09:35 PM | Show all posts
muzium tu ade gambar ke? ni muzium baru ke?
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2015 09:36 PM | Show all posts
adesss..sejak sekian lama hari ni baru nak titah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-5-2015 09:40 PM | Show all posts
memang pun

membazir ink

wa pun tak kuasa nak tulis pahang darul makmur

Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2015 10:01 PM From the mobile phone | Show all posts

Habis yg nama tomok tu cemana pulak? Muahahahah
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2015 10:02 PM | Show all posts
Salah sebuah beberapa negeri Spidey tak pernah jejak kaki lagi. Yang lain ialah Sabah, Sarawak, Kelantan dan Kedah.
BTW, ada apa-apa yang menarik tak di Perlis?
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2015 10:18 PM | Show all posts
spiderman80 replied at 25-5-2015 10:02 PM
Salah sebuah beberapa negeri Spidey tak pernah jejak kaki lagi. Yang lain ialah Sabah, Sarawak, Kela ...

bnyk yg menarik kat perlis.

salah satu yg aku x leh lupa ialah nasi ganja kat pekan kangar.

fuh menjilat jari sey.

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 05:40 PM GMT+8 , Processed in 1.114967 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list