CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 13388|Reply: 104

Top 10 Ibu Urban Malaysia Pilihan Forumer Cari!

[Copy link]
Post time 26-5-2015 12:24 AM | Show all posts |Read mode

SETIAP tahun, perayaan Hari Ibu disambut pada hari Ahad minggu kedua bulan Mei.


Namun walau bagaimana sekalipun kaum ibu diraikan, pengorbanan dan kasih sayang yang dicurahkan mereka terhadap anak-anak tidak dapat dibayar hatta dengan wang ringgit sekali pun.


Kini seiring dengan peredaran masa, peranan digalas kaum ibu semakin mencabar.


Kebanyakan ibu sekarang merupakan wanita bekerjaya, bersama-sama mengerah tenaga demi kesejahteraan keluarga dan rumah tangga.


Begitu pun sesetengah para ibu ini, meski sibuk bekerja dan menguruskan keluarga, mereka masih lagi kekal langsing dan menawan.


Ternyata status seorang ibu tidak menghalang untuk kekal bergaya malah ada yang macam anak dara lagi tau..


Di sini, Mynewshub senaraikan 10 selebriti bergelar mummy urban yang mantain hot walau dah punyai anak.




1. Scha Al-Yahya


Isteri Awal Ashaari ini sememangnya memang bijak bergaya. Gayanya tidak keterlaluan dansimple namun masih mengekalkan ciri-ciri classy seorang selebriti yang bijak menata rias gaya sendiri. Ibu Lara Alana ini pun sudah mengeluarkan rangkaian koleksi pakaiannya dengan kerjasama Fashion Valet.



2. Marion Caunter


Digelar sebagai Giuliana Rancic Asia, Marion Caunter yang kini sedang hamil cahaya mata ketiga tetap kelihatan jelita dan menawan. Siapa mampu menafikan gayanya yang cukup tersendiri dan Marion merupakan salah seorang selebriti yang begitu menggemari rekaan pereka fesyen tersohor negara, Rizalman Ibrahim.



3. Serena C


Bekas penyampai radio ini juga gemar bergaya simple namun tetap menawan. Serena sering berkongsi perkembangan terkini anak perempuannya, Chloe di laman Instagram.



4. Aishah Sinclair

Walaupun sudah mempunyai dua cahaya mata perempuan namun disebabkan sikapnya yang sentiasa ceria, tidak menampakkan yang Aishah kini sudah pun memasuki usia pertengahan 30-an. Sering berkongsi hobinya yang begitu menghargai alam semulajadi, Aishah turut menerapkan perasaan cinta terhadap alam sekitar terhadap dua puterinya, Soraya Ann dan Aina Elisabeth.



5. Amber Chia


Model tinggi lampai kelahiran Sabah ini berada di kelasnya yang tersendiri. Pernah menjadi sampul muka hadapan lebih daripada 200 majalah serata dunia, pelakon dan penaung Amber Chia Academy ini gemar menghabiskan masa lapangnya dengan melayani satu-satu cahaya matanya, Ashton.



6. Daphne Iking


Pengacara program Bella ini kekal langsing, menawan dan sering kali tampil dengan gayarugged yang bersesuaian dengan statusnya sebagai seorang ibu. Gemar berkongsi aktivitinya anak beranak di Instagram buat tatapan peminat.



7. Sazzy Falak



Ibu Iman Lilly dan Tiara Rose ini cukup berusaha keras untuk menempatkan label pakaian yang diusahakannya di mata dunia. Pernah menyertai Minggu Fesyen New York tahun lalu, SF by Sazzy Falak kini sudah boleh menarik nafas lega apabila jenama itu semakin dikenali dan kukuh di kalangan penggemar fesyen tempatan. Nak tampil bergaya macam hot mummySazzy, trylah pakaian daripada labelnya ya!



8. Jezamine Lim


Isteri pelawak Harith Iskander ini begitu mementingkan pemakanan sihat dan seimbang dalam mengekalkan bentuk badan menarik. Siapa sangka si cantik ini sudah mempunyai dua cahaya mata comel iaitu Zander Xayne dan Alessandrea Jayne. Dr Jezamine Lim mengakui dia merupakan seorang gym freak!



9. Dynas Mokhtar


Dynas Mokhtar satu lagi selebriti yang cukup bijak bergaya dalam menghadiri mana-mana majlis sosial. Setiap helaian yang digayakannya tidak pernah silap. Ibu kepada Kyra dan Qaish ini mengusahakan perniagaan butik pakaian untuk ibu mengandung dan menyusu badan yang terletak di The Curve dan Setia City Mall.




10. Ning Baizura


Penyanyi bersuara soprano ini dari hari ke sehari kelihatan makin langsing dan bergaya.Thanks to her gym routine. Ning memang seorang yang suka work out dalam usahanya untuk meraih bentuk badan idaman. Ibu Ryan Sky Dalton ini memang one hot hella mama!


Mohon momod bukak thread ni selama sebulan nak tau sape ibu paling urban di Malaysia






Multiple Polls: ( Max 5 choices ), Total 158 Users voted

Poll is finished

13.28% (51)
28.65% (110)
4.69% (18)
8.85% (34)
7.55% (29)
12.24% (47)
9.64% (37)
8.59% (33)
3.39% (13)
3.12% (12)
Your User group have no permission to vote
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-5-2015 12:35 AM From the mobile phone | Show all posts
Susahnye nak pilih . . Mcm semua sah2 uban.. huhu
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2015 12:35 AM From the mobile phone | Show all posts
Iols ingt tadi ibu urban kategori porumer cari..

tak sabar dah tadi nk tgk muke kak sepit
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2015 12:36 AM From the mobile phone | Show all posts
Kenape nabila tak de..tak urban ke die...
Tak tau nak undi sape...jadik pemerhati kawasan je la
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2015 01:14 AM From the mobile phone | Show all posts
o undi daphne sbb dia nmpk hot dlm gambar di atas. 2 lg I undi scha & sazzy.eh undi bkn rahsiakan?
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2015 01:18 AM | Show all posts
oooo masih muda dan anak2 masih kecil....jadi memanlah sesuai lagi. cuba select yang dh 40 and above baru boleh kata maintain hot n urban.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 26-5-2015 01:49 AM | Show all posts
fynjamal tak de kah?
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2015 02:55 AM | Show all posts

Si spin tu terlalu main stream sngt ...
Urban dgn dia tidak secocok langsung..
Scary okay Kalo dia tersenarai
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-5-2015 04:52 AM From the mobile phone | Show all posts
Ntah lah. Baru napak saz falak kat bv itu hari
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2015 06:47 AM From the mobile phone | Show all posts
Bini Harith Iskander tu dah gym freak katanya, ajak2 la laki join skali
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2015 07:32 AM | Show all posts
motif norlia ghani tak tercalon?
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2015 07:32 AM | Show all posts

tu kategori pprt kot
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2015 07:39 AM | Show all posts
Kak Marion classy dan manis pilihan hati
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2015 07:40 AM | Show all posts
Semua sama geng stok-stok anak datok iaitu Sazzy-Yasmin-Daphne-Aishah-Dynaz

yg sama geng mix marriage pulak Amber Chia-Serena C-Marion Caunter


Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2015 07:49 AM From the mobile phone | Show all posts
nowa denish mana
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2015 07:54 AM From the mobile phone | Show all posts
Rita royani mana?????? Ibu mithalik okeh! Royani x cukup urban ka????
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-5-2015 08:17 AM | Show all posts
LoveSungmin replied at 26-5-2015 07:54 AM
Rita royani mana?????? Ibu mithalik okeh! Royani x cukup urban ka????

dalam senarai tu semua mak2 yang berlaki...
jadinye Royani xleh join sebb title lain...
kena wat poll lain la utk mak2 x berlaki lak....
lariiiiiiiiiiiiiiiiiiii
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2015 08:21 AM | Show all posts
Bagi iol..dlm 10 org tuh hanya 1 jerw yg layak utk tittle neh, which is ofcouse laaa Marion. I vote Marion... kikiki yg lain boleh jalan!
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2015 08:21 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by LoveSungmin at 26-5-2015 08:33 AM
teen_angelJB replied at 26-5-2015 08:17 AM
dalam senarai tu semua mak2 yang berlaki...
jadinye Royani xleh join sebb title lain...
kena wat ...


Bkn dynas pun mak jan ke?
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2015 08:28 AM | Show all posts
teen_angelJB replied at 26-5-2015 08:17 AM
dalam senarai tu semua mak2 yang berlaki...
jadinye Royani xleh join sebb title lain...
kena wat ...

Dynas tu berlaki ker....?????

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 12:05 AM GMT+8 , Processed in 0.085588 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list