CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 11784|Reply: 66

Digelar hantu, Amy 'tarbiah' pakar motivasi

[Copy link]
Post time 26-5-2015 07:21 PM | Show all posts |Read mode
Digelar hantu, Amy 'tarbiah' pakar motivasi



Keceluparan Ketua Pemuda Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), Muhammad Lukman Al Hakim Muhammad menggelar kumpulan Search sebagai "hantu" menyebabkan dia kemudian ditarbiah vokalis band rock berkenaan, Amy.

Ia bermula apabila Muhammad Lukman memuat naik postingnya di Facebook menggunakan akaun motivasilukman.com untuk memberi komen mengani sambutan Festival Belia Putrajaya yang diadakan selama tiga hari mulai 22 Mei lalu.

Muhammad Lukman menulis: “Setelah bertahun-tahun negara sambut hari belia negara, belia-belia kita menjadi teruk kerana hantu-hantu macam ini yang menjadi pengisinya".

Komennya itu diiringi gambar kumpulan Search yang turut terbabit membuat persembahan dalam program tajaan kerajaan itu.

Bagaimanapun, Muhammad Lukman kemudian memadamkan posting berkenaan selepas mendapat pelbagai reaksi negatif daripada peminat kumpulan lagenda rock berkenaan.

Search membuat persembahan pada hari terakhir festival belia pada Ahad lalu.

Ketika memberi reaksi kepada kenyataan Muhammad Lukman, Amy memetik baris lirik lagunya Meniti Titian Usang untuk menegur pemimpin ISMA yang dilihat memperkenalkan dirinya sebagai pakar motivasi itu.

Belia jangan dihina

Dalam Instagram, Amy menulis: “Kertas putih saljuku coretkan kedukaanku, hitam dan kelabu adalah warna dalam hidupku.

“Apakah jika lagu-lagu yang ku syairkan itu dapat mengembira hati mereka (belia) dan dijadikan sebahagian perjalanan hidup mereka untuk berjaya itu satu dosa?

“Jangan dihina belia-belia itu kerana mereka itu sebahagian dari aku dan aku juga sebahagian dari mereka yang punya cita. Tutur kata seorang motivasi itu seharusnya indah lagi mulia”.

Muhammad Lukman kemudian memuat naik status terbarunya dengan berkata, dia akan berjumpa dengan Amy petang ini bagi meminta maaf.

Muhammad Lukman turut memohon maaf kepada peminat kumpulan itu sekiranya tersinggung dengan statusnya sebelum ini.

Bagaimanapun, selepas Muhammad Lukman menaikkan status berkenaan, beliau tetap dikutuk peminat Amy Search. Antaranya:

Az Rule: lain kali peka sikit dengan isu anak muda...kalau kamu kutuk KPop, confirm  kena sanjung, ini kamu silap kutuk pula bro. Tak apalah, dah berani nak minta maaf kan, baguslah tu. Moga banyak job lepas ini ya.

Amerol Gorgeus: Hi lukman, Makan apa tengahari ni? Mesti dah kenyang dengan kata cacian kan... Emmm kesian.Lukman pergi ambil wudhuk tau, berzikir banyak banyak. Lukman tau kan berzikir ni ubat rohani?

Sab Bahri: Bukan minta maaf dekat abang Amy saja bro, yang kau panggil hantu-hantu sekali dengan abang Hamzah (kid), abang Din, abang Nasir, (dan) dengan abang Yazid.. Minta maaf sekali dengan mereka ok. Semoga dipermudahkan.

Izham Basir: lagu Search ada yang berunsur ketuhanan, seperti lagu "Teguh". hormatilah profesion masing-masing dengan caranya tersendiri.

Zairul Addry: Salam encik pakar motivasi, anda tulis kelihatan macam tokoh masyarakat, bangkitlah, baca buku sejarah dulu pasal kumpulan Search. Bagaimana nak memotivasikan orang kalau kita sendiri cakap begitu? tepuk dada tanya selera.


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-5-2015 07:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau dah bg opinion tu stand by it la kenapa nak mellow down sebab pressure dari public. Haihhh lagi teruk dari hantu2 ni. Takde pendirian langsung!
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2015 07:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Tau pun takut kena hencap. Pakar motivasi pun bimbo to the max!
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2015 08:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Selayaknyalah dihencap.perangai holier than thou puak2 isema ni mmg menjengkelkan:
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2015 08:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Actually waktu promo ajl lagi kot die mmg nmpk mcm hantu.. dengan mekap over, pakai celak tebal, banyak kedut, rambut gerbang pastu dlm promo tu dorg buat slow motion effect.
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2015 08:33 PM | Show all posts
Pakar? Motivasi? No, on both counts.  As for amy, he is old enuf to know better n act accordingly ....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 26-5-2015 08:33 PM | Show all posts
pelik bila so called pemotivasi ni bg statement basi.. sesedap rasa gi hantukan orang.. bila orang da naik hantu baru kau tahu..
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2015 08:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Mmg mcm hntu pon make up si Amy tu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-5-2015 08:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Xnmpak artis2 ni mempengaruhi ak.sekadar lepas stress dgr lagu,tgk tv, karaoke, tgk wyg .xpun mengutuk perbuatan artis kt 'cari' pun boleh lps stress. Diri sendiri yg jaga.
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2015 08:45 PM | Show all posts
think, think, think then taip
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2015 09:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Sb tu ai ni susah sket nk prove kelayakan pakar motivasi di msia ni. Ckp pakai hentam keromo je.
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2015 09:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Hantu atau buaya?

Dh mcm xde tajuk lain nk letak buat lagu! Rindu zaman lirik2 puitis mcm Teratai layu di tasik madu, pada syurga di wajahmu, gubahan rindu puisi syahdu...

Eh..ter off topik pulak. Hahaha..benci lirik lagu ni smpai meluat walaupon melodi sedap.
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2015 09:37 PM From the mobile phone | Show all posts
choyyy... ummah meleis hanya approve style n gaya org arob saja hurkeh... selain dari arob gaya tu harommm... tu yg kene pggil hantu... kehkeh.. amy patot kene berserban berjubah gittewww bru la dia sanjung... yg penting arob..
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2015 10:15 PM | Show all posts
'vangang to the max kan
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2015 10:25 PM | Show all posts
apo la haa.. terlebih baca buku ke acane?
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2015 10:28 PM | Show all posts
ISMA
fefeling  ke arah islamik katenye drpd kelompok bebudak usrah obersea
padahal ....


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-5-2015 10:29 PM | Show all posts
Edited by sepitsiput at 26-5-2015 10:33 PM

kalau menurut meols...Amy tu memang makin kehantuan sejak dua menjak ni...ke heshe ada mid life crisis? mencarut kat anak sendiri...pakai pakaian ala2 sam bunkface ... pefeeling ustaz on and off .... meols x faham sbnrnya amy ni skrg... so pelik ...x mcm era 90an dulu...very private gitu life dia

namun tidaklah pula meols setuju cara ISMA tu buat teguran... yes, dia nak tegur the whole artist yg terlibat dgn karnival belia...tp by pick a fight with search agak x sepatutnya la... byk lagi gmbr hantu lain yg boleh dikondem. mcm few years back karnival belia dilaha kerana aksi kpop bersma jibby
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2015 10:35 PM | Show all posts
sepitsiput replied at 26-5-2015 10:29 PM
kalau menurut meols...Amy tu memang makin kehantuan sejak dua menjak ni...ke heshe ada mid life cris ...

gamba diatas...apa nama skirt yg nasir kertu tu pakai eh?scottish skirt???
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2015 10:38 PM | Show all posts
honestly laa kaann...kesah hape BBNU yg dtg hari belia .. hadap lagu2 atok2search mcm meniti titian usang tu..
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2015 10:56 PM | Show all posts
alesandra replied at 26-5-2015 10:35 PM
gamba diatas...apa nama skirt yg nasir kertu tu pakai eh?scottish skirt???

aah..scottish skirt.. cam kelakar pun ya bila set2 melayu dan indon berkerak suka pakai fesyen skirt scottish tu.. sape je band rock from scotland yg meletop? yg meols tahu hanyalah band Franz Ferdinand

calvin harris yg pure scottish pun koser nak pakai skirt...baik dia selak skirt gf dia si taylor swift tu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 01:20 AM GMT+8 , Processed in 0.079440 second(s), 50 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list