CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1712|Reply: 13

[Tempatan] British Airways kembali ke Malaysia

[Copy link]
Post time 29-5-2015 12:21 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
5 - 11:59PM SEPANG: British Airways, syarikat penerbangan negara United Kingdom, mengadakan semula penerbangan dari London ke Kuala Lumpur selepas 14 tahun tidak menyediakan perkhidmatan itu. Penerbangan semula pertama British Airways tiba pada Khamis di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). Penerbangan harian tanpa henti itu dikendalikan pesawat Boeing 777-200ER.

Bercakap pada majlis ketibaan penerbangan sulung itu di KLIA, Pengurus Besar British Airways bagi Timur Tengah, Afrika dan Asia Pasifik Jamie Cassidy berkata mengadakan kembali penerbangan itu adalah tepat pada masanya. "Malaysia kini antara ekonomi yang paling pesat di Asia, dan negara kesembilan paling tinggi dilawati di dunia. Sudah tiba masanya, kami amat gembira untuk kembali ke Kuala Lumpur dan berminat membantu Malaysia meneruskan kejayaannya," katanya. Turut hadir Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Abdul Aziz Kaprawi, Ketua Pengarah Tourism Malaysia Datuk Mirza Mohammad Taiyab dan Pengarah Urusan Malaysia Airports Holdings Bhd Datuk Badlisham Ghazali.

British Airways menawarkan pilihan empat kabin kepada pelanggan termasuk Kelas Pertama baharu syarikat penerbangan itu, Kelas Perniagan yang memenangi anugerah Club World, ekonomi premium World Traveller Plus dan kelas ekonomi World Traveller. Dalam mengalu-alukan syarikat penerbangan itu, Badlisham berkata hubungan sejarah antara kedua-dua negara akan diperkukuhkan dengan mengadakan semula perkhidmatan itu. "Sebagai destinasi terbaharu dalam rangkaian global British Airways, saya yakin pengunjung dari United Kingdom dan seluruh Eropah akan menghargai banyak peluang untuk perniagaan dan pelancongan yang ditawarkan oleh Malaysia," katanya. - BERNAMA

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/57809?m=1
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-5-2015 12:31 AM From the mobile phone | Show all posts
So MAS ada pergi LHR lagi x
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2015 12:31 AM | Show all posts
Mr English bukannya suka BA melainkan yg dapat free ticket, takpun yg masih tebal kebritishan....last-last yg naik Mr Khan, Mr Patel , Mr Polanski...Mr Jones ke Mr Smith naik tambang paling murah
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2015 01:23 AM From the mobile phone | Show all posts
Tringat kesah dlu2 ada pnumpang dlm BA namanye madam puky
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2015 03:20 AM | Show all posts
hahahahahha. ada plak nama camtu.
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2015 04:04 AM From the mobile phone | Show all posts
atekome replied at 29-5-2015 01:23 AM
Tringat kesah dlu2 ada pnumpang dlm BA namanye madam puky

Adoiii.....sian akak2 stewadess tu sebut nama penumpang ala2 mencarut lak
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-5-2015 05:16 AM | Show all posts
sian org tu nama camtu
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2015 05:17 AM | Show all posts
kenapa la makpak dia bodoh sgt
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-5-2015 06:36 AM | Show all posts
MAS dah x gi sana... tulah BA masuk sini.. MAS terbang kawasan serantau aje katanya
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2015 06:39 AM | Show all posts
syarikat nak muflis macam tu la

kena jimat kos
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2015 09:03 AM | Show all posts
Tak pernah naik british airways.

Makpak ai selalu la.. sejak zaman plane BA yg warna kelabu tu.. landor livery.

Pening la bau amenity kit BA.. ala2 yardley gitu hiks
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2015 09:09 AM | Show all posts
Route LHR KL adalah antara yg selalu penuh... kalau dorang stop Europe pun, haku rasa route ni dorang tak kan stop..
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2015 09:18 AM | Show all posts
Wahh... makin kerap la cousin aku datang KL.. hhehe.. dia keje kat BA..
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2015 11:37 AM From the mobile phone | Show all posts
cindelira replied at 29-5-2015 04:04 AM
Adoiii.....sian akak2 stewadess tu sebut nama penumpang ala2 mencarut lak

Hahaha....bg kite mmg mncarut ya hamat..bg diowang senyum manje je myebut..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 10:38 AM GMT+8 , Processed in 0.139322 second(s), 40 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list