CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2090|Reply: 2

PDRM dah rosak teruk sejak konspirasi ANwar..

[Copy link]
Post time 29-5-2015 11:25 AM | Show all posts |Read mode



Ini berita yang korang wajib baca. Politik di Malaysia telah mencemar kredibliti keadilan dan ketelusan dalam PDRM. Aku tak tahu menahu cerita neh tapi aku rasa seronok sebab pegawai polis yang bersara tersebut tampil menyaman pihak-pihak yang menganiaya dia disebabkan dia enggan berkonspirasi dalam beberapa komplot yang membabitkan salah guna kuasa. Disebabkan saman itu, aku dari yang taktahu apa-apa atau hanya tahu serpihan-serpihan kes kini boleh lebih yakin bahawa PDRM memang dah rosak teruk. Jika Musa naik kerana menfitnah Anwar, maka tak mustahil juga Khalid naik selepas melakukan sesuatu demi kehendak politik BN.

Baca dan sebarkan laju2. Biar seluruh Malaysia tahu betapa PDRM dan SPRM telah dipergunakan untuk menzalimi orang baik berbanding menangkap pesalah.

Seorang pegawai kanan polis bersara hari ini memberitahu Mahkamah Tinggi, Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail dan bekas ketua polis negara Tan Sri Musa Hasan berpakat menyingkirkannya daripada pasukan polis dengan merangka pertuduhan jenayah ke atasnya.

Datuk Ramli Yusuff, yang bersara pada 2008 sebagai pengarah jabatan siasatan jenayah komersial (CCID) berkata, ia kerana kedua-dua mereka memendam permusuhan yang mendalam terhadapnya.

Beliau berkata, Musa yang merupakan pegawai bawahannya dari 1994 hingga 2001, tidak menyukainya kerana beliau mengeluarkan surat tunjuk sebab kepada bekas ketua polis itu.

"Musa melakukan pelbagai pelanggaran jabatan yang menyebabkan saya mengeluarkan tiga surat tunjuk sebab kepadanya," katanya dalam satu kenyataan saksi. Ramli berkata insiden "Mata Lebam", "kes MAS" dan "kes Goh Cheng Poh" menambahkan kebencian itu.

Beliau memberi keterangan dalam kes saman sivil RM20 juta difailkan peguam Rosli Dahlan terhadap ketua pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Abu Kassim Mohamed, pegawai-pegawainya dan kerajaan kerana konspirasi mencemar reputasi beliau, serangan dan penahanan salah.

Rosli juga memfailkan saman fitnah terhadap Abu Kassim.

Dalam pernyataan tuntutannya, Rosli berkata, permusuhan Musa terhadap Ramli menyebabkan kedua-dua defendan berpakat menghancurkan reputasi dan integriti beliau (Rosli).

Ramli, yang kini seorang peguam, dan Rosli, menjadi mangsa Gani dan Musa kerana Rosli pernah membantu Ramli menyediakan afidavit sebagai respons kepada permohonan habeas corpus yang difailkan Goh.

Goh, ketua kongsi gelap yang lebih dikenali sebagai Tengku Goh dari Johor, ditahan polis kerana didakwa terlibat dalam perjudian dan pengubahan wang haram.

"Jabatan Peguam Negara enggan menyediakan afidavit bagi saya dan pegawai saya untuk membantah permohonan Goh. Sebaliknya, saya diberi notis singkat untuk bersedia dengan dokumen," kata Ramli.

Katanya, Rosli dan seorang lagi peguam C Vijaya Kumar, membantu beliau menyediakan lima afidavit untuk diserahkan kepada Jabatan Peguam Negara.

Ramli berkata dalam kejadian mata lebam itu, bekas timbalan perdana menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang dipecat pada 1998, diserang ketua polis negara ketika itu, Tan Sri Rahim Noor semasa dalam tahanan.

Beliau berkata, beliau kemudiannya disuruh Musa yang ketika itu timbalan pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (undang-undang dan pendakwaan) untuk memalsukan bukti.

"Musa berkata beliau dihantar peguam negara ketika itu Tan Sri Mokhtar Abdullah dan Gani, dan meminta saya membuat laporan terhadap Anwar.

"Dia (Musa) juga meminta seorang doktor dirancang untuk menunjukkan Anwar dengan sengaja mencederakan dirinya sendiri," katanya.

Ramli berkata, beliau enggan, dan mendedahkan kepada Musa yang Gani berada di Bukit Aman pada malam Anwar diserang.

"Kerana kedudukan yang saya ambil, saya dilihat sebagai tidak setia kepada Musa dan Gani."

Gani dilantik peguam negara pada 2002 manakala Musa dilantik ketua polis negara pada 2006 dan bersara pada 2010.

Ramli berkata, Musa pada 1998 sepatutnya melapor kepadanya tetapi dia memintas protokol polis dan berurusan secara langsung dengan Gani.

Dalam kes MAS, Ramli berkata, beliau diarahkan perdana menteri ketika itu, Tun Abdullah Ahmad Badawi, membuka semula kes itu.

"Gani tidak suka dengan tindakan saya yang membuka semula kes itu dan mengesyorkan pendakwaan."

Ramli berkata, CCID mendapati terdapat bukti mencukupi untuk merangka pertuduhan terhadap bekas ketua pegawai eksekutif MAS Tan Sri Tajuddin Ramli walaupun polis dan pihak pendakwa menutup fail kes itu sebelumnya.

Beliau berkata, beliau tidak disenangi Gani kerana dilihat menjejaskan kedudukan peguam negara itu yang mengesyorkan tiada tindakan diambil berhubung kes itu.

Ramli berkata, Musa dan Gani juga tidak berpuas hati dengannya kerana menyiasat Goh tetapi dia terpaksa melakukannya kerana isu peminjam wang haram menjadi kebimbangan negara berikutan laporan keganasan dan ugutan ke atas orang ramai.

Katanya, Goh kemudiannya pada 2007 diletakkan di bawah perintah kediaman terhad yang ditandatangani timbalan menteri dalam negeri ketika itu Datuk Johari Baharum.

Ramli berkata, Goh, yang memfailkan permohonan habeas corpus, membuat beberapa dakwaan membayangkan Musa dan Gani membersihkannya dari sebarang salah laku.

Katanya, beliau kemudian mendapat tahu Musa menyerahkan satu fail sulit mengenai Goh kepada Gani yang dia (Ramli) juga tidak tahu mengenainya.

Ramli berkata, Gani dan Musa mendapatkan kenyataan dari seorang penjenayah, Moo Sai Chin, yang menyebabkan SPRM mengeluarkan notis memintanya mengisytiharkan harta dan kemudian mendakwanya terlibat rasuah.

Pada 12 Mac, 2009, Mahkamah Sesyen membebaskan Ramli dari tiga pertuduhan gagal mendedahkan maklumat mengenai pemilikan saham dalam Telekom Malaysia Bhd, Permaju Industries Bhd dan dua lot pejabat bernilai RM1.032 juta.

Pada 27 Julai 2008, Mahkamah Sesyen Kota Kinabalu juga membebaskannya daripada tuduhan menyalahguna kuasa pada 2007 kerana didakwa menggunakan pesawat Cessna polis untuk kegunaan peribadi.

Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Su Geok Yiam bersambung. -TMI.

sumber





Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-5-2015 12:11 PM | Show all posts
mastermind tu yg penting...
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2015 04:07 PM | Show all posts
bila politik menguasai..........
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 07:05 AM GMT+8 , Processed in 0.597029 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list