CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5857|Reply: 107

[Tempatan] Tanya Soalan Agama Satu Jenayah?

 Close [Copy link]
Post time 29-5-2015 11:09 PM | Show all posts |Read mode
Edited by Alion at 30-5-2015 12:17 AM

Persoal syahadah Islam, peniaga kecewa disisihkan, didakwa di mahkamah

Hanya kerana mahu mendalami ajaran Islam, seorang peniaga, Wan Sulaiman Wan Ismail dari Ipoh, Perak didakwa di Mahkamah Syariah atas kesalahan jenayah oleh pihak berkuasa agama sehingga menjejaskan kehidupannya.

Wan Sulaiman berkata, beliau membuat beberapa kajian berkenaan agama Islam, antaranya berkenaan amalan ucapan kalimah syahadah yang secara peribadinya mendapati tidak sama dengan ajaran al-Quran.

Katanya, sejak 2013 beliau cuba mendapatkan penjelasan dan merujuk kepada pakar agama termasuk pegawai di pejabat mufti Perak, jabatan agama Islam negeri, dan masjid.

"Disebabkan itu mereka tidak senang dan mula memberi tekanan supaya membuang pemikiran dan kajian peribadi saya, dan meminta supaya saya akur membuta tuli dengan pandangan mereka.

"Saya tak pernah mengatakan apa yang kita amalkan ini salah dan saya juga tak pernah kata apa yang saya faham itu betul.

"Tekanan ini akhirnya membentuk tuduhan yang dibuat ke atas saya," katanya pada sidang media di Pusat Komunikasi Rakyat (Komas) di Petaling Jaya, hari ini.

Katanya, disebabkan dakwaan itu beliau dipulaukan keluarga termasuk isteri sendiri.

"Perniagaan saya merudum sejak 2014 atas perbuatan orang Islam dan ustaz yang asalnya mereka ini kawan saya.

"Mereka mula mempengaruhi masyarakat supaya memboikot perniagaan saya. Awal bulan ini saya terpaksa menjual satu-satunya rumah saya di Ipoh dan dimalukan kepada awam.

"Ini tidak adil. Saya percaya ketidakadilan ini adalah bukan Islam," katanya.

Wan Sulaiman pada Januari lalu didakwa di Mahkamah Tinggi Syariah Ipoh atas tuduhan menyimpan dokumen berbentuk tulisan di dalam rumah dan mempamerkannya di dinding rumah dengan maksud memberi kefahaman, mempersendakan hadis Nabi Muhammad.

Beliau dituduh mempertikaikan hadis, menidakkan ucapan syahadah yang diajarkan secara lengkap dengan hanya berbunyi  "La ilaha illa hu" sahaja.

Wan Sulaiman, 56, juga didakwa menterjemah perkataan dalam al-Quran solat fajar adalah solat Zuhur dan solat wusto sebagai solat Asar secara akal tanpa merujuk kepada hadis Nabi.

Beliau disabitkan kesalahan di bawah seksyen 15 Enakmen Jenayah Syariah 1992 yang boleh membawa hukuman denda antara RM5,000 hingga RM10,000 dan penjara maksimum tiga tahun.

Bekas jurutera itu bagaimanapun mempertahankan kajiannya mengenai Islam dibuat sendiri tanpa pernah berkongsi atau menyebarkannya kepada awam termasuk keluarganya sendiri.

Katanya, jabatan agama semasa menyerbu rumahnya pada Januari lalu mengambil tulisan peribadinya, memeriksa telefon bimbit dan komputer.

Nota kajian dan pembelajarannya yang ditampal di dinding rumah turut dirampas dan ditanggalkan atas alasan dipamerkan di ruangan awam.

"Saya merasakan hak saya untuk berfikir dirampas secara kasar.

"Saya seorang Islam biasa yang sayangkan Islam. Usaha saya hanya untuk mendalami Islam supaya lebih dekat dengan agama namun ini ditafsirkan sebagai jenayah oleh pihak berkuasa agama dan didakwa hanya kerana berfikiran berbeza," katanya.

Beliau turut mengakui pernah berjumpa dengan Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria untuk merujuk tentang Islam kerana berjiran yang hanya berjarak 800 meter antara rumah satu sama lain.

Katanya, menjadi kebiasaannya sejak 15 tahun merujuk terus ke jabatan agama jika ada sebarang persoalan mengenai Islam tetapi tidak pernah dijadikan isu.

Mengulas dakwaan Harussani dalam sebuah portal yang mengatakan beliau mengajar ajaran "sesat" dan penipu, Wan Sulaiman menafikannya dan menganggap tuduhan itu sebagai fitnah.

"Saya rasa dia silap orang. Tuduhan mufti Perak berlainan dengan kertas pendakwaan yang kami baca. Tuduhan ini kalau dibenarkan adalah fitnah," katanya.

Peguam Mansor Saat ketika mengulas berkata, Wan Sulaiman berhak membincangkan ajaran Islam dan dibenarkan menyuarakan pandangannya mengikut Perlembagaan persekutuan, dan tindakan mendakwa anak guamnya di mahkamah merupakan satu tekanan oleh pihak berkuasa agama.

Pendengaran kes itu katanya ditetapkan pada 2 Julai depan, dan akan meneliti dokumen pendakwaan sebelum memikirkan untuk mencabarnya di mahkamah sivil, melalui bantuan Freedom Fund Malaysia. – 29 Mei, 2015.


http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/persoal-syahadah-islam-peniaga-kecewa-disisihkan-didakwa-di-mahkamah


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-5-2015 11:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Kakak tunggu reply kamu orang untuk dijadikan bahan bacaan hiburan.
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2015 11:13 PM | Show all posts
what to do? u cannot swim against the current....
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2015 11:19 PM | Show all posts
apa nick Wan Sulaiman ni....

Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2015 11:23 PM | Show all posts
Decaffeinated replied at 29-5-2015 11:19 PM
apa nick Wan Sulaiman ni....

maideeeen?
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2015 11:23 PM From the mobile phone | Show all posts
tanya laa bini dia... kenapa tinggalkn dia...ko orang hanya langau yg membuat andaian saja..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-5-2015 11:23 PM From the mobile phone | Show all posts
chazey replied at 29-5-2015 11:12 PM
Kakak tunggu reply kamu orang untuk dijadikan bahan bacaan hiburan.

Setuju.. turut menanti.. akak side mana agak2?
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2015 11:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Decaffeinated replied at 29-5-2015 11:19 PM
apa nick Wan Sulaiman ni....

Nak teka M5....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-5-2015 11:31 PM From the mobile phone | Show all posts
X boleh nk bermuzakarah guna akta.  Apa punya jabatan ugama la.  Belum Paderi yg ckp arob dtg lagi.
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2015 11:35 PM | Show all posts

yang tu terang2 dah mmg katolik la... mengarut tul...
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2015 11:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Bila pendapat ko tak ikut mainstream dek memang terus di cop macam2.bertabahlah
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2015 11:45 PM | Show all posts
GhostWalking replied at 29-5-2015 11:42 PM
Bila pendapat ko tak ikut mainstream dek memang terus di cop macam2.bertabahlah

itu realiti...lawan arus..siap la...
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2015 11:58 PM From the mobile phone | Show all posts
razhar replied at 29-5-2015 03:45 PM
itu realiti...lawan arus..siap la...

Sbb tu soalan2 berulang remeh temeh selalu kita tengok lihat dan dengar.
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2015 12:01 AM From the mobile phone | Show all posts
Play victim play safe play doh
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2015 12:06 AM | Show all posts
GhostWalking replied at 29-5-2015 11:58 PM
Sbb tu soalan2 berulang remeh temeh selalu kita tengok lihat dan dengar.

tu la..last2 duk bincang soal nifas je..berulang2.benda sama..nak tanya lebey2..kena cap la..so byk orang yang x de ketahanan diri ni lebih suka diam kan diri..masa blom sampai utk keterbukaan...ntah le bila...
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2015 12:11 AM | Show all posts
Orang jenis byk kerenah sepatut dibunuh terus.  Sebab mereka akan menyebabkan kekeliruan dan kelancaran sistem.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-5-2015 12:25 AM | Show all posts
alahai...tak tau bisnis memang la terpaksa jual harta nak bayar hutang..

teror bisnis kalu...jadi kaya raya cam wa.

yang pasti....keteroran wa anugerah Yang Maha Esa Allah swt.

syukur alhamdulillah.




Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2015 12:26 AM | Show all posts
so semua kena ikut main stream la ye..mcm kayu kena ikut..stail malayu...
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2015 12:28 AM | Show all posts
ada bau2 pengganas wannabe ISIS kat sini..fanatik... dan ada juga bau2 taliban juga..memaksa orang ikut...
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2015 12:31 AM | Show all posts
Apa laa orang2 ugama ni .. patot belajaq dari lobai2 hamPAS.. agak2 dah terkena tu.. jawablah.. takpo buleh becky.. buleh becky

Berbincanglah secara harmoni.. perselisihan tu kan satu rahmat
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 09:45 AM GMT+8 , Processed in 0.146342 second(s), 52 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list