CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 6232|Reply: 30

Amar Baharin tepis dakwaan kahwin Amyra Rosli November ini

[Copy link]
Post time 1-6-2015 08:41 AM | Show all posts |Read mode
Edited by mellanizz at 1-6-2015 09:50 AM

KUALA LUMPUR: Susulan ruangan Kak Pora menerusi sisipan B*Pop hari ini bertajuk Amyra, Amar nikah November?, pelakon Amar Baharin dihubungi untuk bertanyakan kesahihan laporan itu.

Amar mengakui sangat terkejut dengan berita berkenaan kerana semakin banyak membuat andaian kebelakangan ini. Ironinya, hubungan Amar dan Amyra sering diperkatakan selama ini, cuma belum ada pengesahan tepat yang mereka bercinta.

"Fasal kami dikatakan akan bernikah November itu, memang buat saya terkejut. Dulu pernah bertebaran cakap kami akan berkahwin hujung tahun dan kali ini, siap ada bulan yang tepat pula."

"Orang yang menyebarkan cerita ini nampaknya seperti lebih tahu segala-galanya. Tapi ia memang tak benar. Kalau saya nak kahwin sekalipun, pasti saya akan maklumkan. Benda baik takkan tak nak beritahu," katanya yang dihubungi BH Online sebentar tadi.

Ketika ini Amar sedar keakrabannya dengan Amyra terus diperkatakan. Cuma bagi Amar, dia tidak selesa jika terus dikaitkan kononnya bercinta dengan Amyra sedangkan hakikatnya mereka hanya teman seperjuangan. Malah sejak awal tahun ini juga Amar diuruskan ibu Amyra, Noor Zaridah Ahmad untuk kerjaya seninya.

"Jika boleh saya tidak mahu terus dikaitkan begitu. Tapi saya tak mampu mengawalnya. Bimbang juga peminat atau orang di luar sana akan jelak. Saya tak mahu hal sebegitu akan mengganggu kerjaya. Cuma kebetulan kami berada di bawah pengurusan yang sama, jadi ibu Amyra memang bekerja keras untuk memasarkan kami dan pastinya kami sering dilihat berada bersama di acara mahupun majlis tertentu."

"Sebagai pelakon pun, kalau saya bergandingan dengan sesiapapun termasuk Amyra... semestinya kami akan mempromosikan kerja lakonan kami di laman sosial. Itu tanggung jawab saya sebagai pelakon. Cuma apabila wujud situasi sebegitu, ramai yang pantas mengandaikan ada sesuatu antara saya dan gandingan pelakon," katanya.

Setakat ini, Amar dan Amyra sudah banyak kali bergandingan bersama.

"Saya dan Amyra juga sedang melunaskan penggambaran drama 16 episod, Cik Bunga Cik Sombong untuk siaran Ramadan ini di Astro.  Setakat ini sudah empat kali kami bergandingan sama. Kami juga pernah bergandingan dalam drama Suamiku Encik Sotong. Insya-Allah kami akan berlakon telefilem Pengantin 3 Jam juga untuk siaran Astro," katanya.

Dalam perkembangan lain, Amar juga kembali bergandingan dengan Izreen Azminda untuk sebuah telefilem bagi siaran raya. Turut berlakon ialah Syarul Ridzwan. Sebelum Amyra, Amar juga pernah dikaitkan bercinta dengan Izreen selepas membintangi drama di TV3 berjudul Kerana Terpaksa Aku Relakan.

"Saya tak ada masalah bergandingan dengan Izreen. Orang sahaja yang gembar-gemburkan kononnya kami tak boleh berlakon kembali. Kali terakhir saya berlakon dengan Izreen ialah untuk telefilem Kerana Terpaksa Aku Relakan bagi siaran raya Haji," katanya.

Mengenai perkembangan kerjaya seninya, Amar mengakui ia semakin lancar. Impaknya selepas dicalonkan untuk Artis Baharu Lelaki Popular, Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2014 sangat baik buat jejaka berbadan tegap itu. Biarpun tidak menang, Amar mengakui kian murah rezeki hingga saat ini.

"Perjalanan kerjaya seni saya semakin teratur sejak ada pengurus (ibu Amyra). Inilah kali pertama saya guna khidmat pengurus. Jadual kerja pun teratur dan kalau dahulu memang serabut sebab saya buat semuanya sendiri," kata Amar.

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/58280
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-6-2015 09:01 AM | Show all posts
"Perjalanan kerjaya seni saya semakin teratur sejak ada pengurus (ibu Amyra). Inilah kali pertama saya guna khidmat pengurus. Jadual kerja pun teratur dan kalau dahulu memang serabut sebab saya buat semuanya sendiri," kata Amar.

Mak mertua jadi pengurus.. Hmmmm. Kalau iye pon apa salahnya kan? Mungkin sorok2 sbb Amyra xnk jdi mcm Dazrin dlu kot.. Huhuhu
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2015 09:32 AM | Show all posts
Moga bejodohan n kawen raya nii...hehhehehh...
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2015 09:46 AM | Show all posts
npa aku rasa gosip tu btul..
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2015 09:58 AM | Show all posts
kalau betul, tahniahlah iolss ucapkan. semoga berbahagia.
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2015 10:14 AM | Show all posts
macam betul aje...

best tengok diorang berlakon berdua...

semoga ada jodohnya
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 1-6-2015 10:19 AM | Show all posts
aku ske je dorg berdua ni ...padan sgt
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2015 10:20 AM From the mobile phone | Show all posts
Sweet aja both of them...
Nnti kawen pnggil team mahligai cinta buat coverage ya
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-6-2015 10:25 AM From the mobile phone | Show all posts
Mana prgi dazrin? Lama tak nmpk heols.
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2015 10:29 AM | Show all posts
untung la dpt amyra..
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2015 10:55 AM | Show all posts
aku rasa dorg nie sepadan je.. smoga berjodohan..
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2015 11:13 AM From the mobile phone | Show all posts
Asal bukan dgn mak jan gedik Izreen Asmida...aku ok je
Kehkehkeh
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2015 11:14 AM | Show all posts
okey je kalau betul pun,.. ahaha.. I loike amyra rosli !
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2015 11:18 AM From the mobile phone | Show all posts
Cik TT, I ship amyramar
Dua2 sama cantik sama comel sama padan
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2015 11:19 AM | Show all posts
Elok lah cepat2 kawin..sesuai..comel sgt amira tu...
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2015 11:20 AM | Show all posts
semoga berbahagia.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-6-2015 11:45 AM From the mobile phone | Show all posts
Thank you @mellanizz akhirnya kini pasti

If the wind do not blow, how cud the tree be shaken huhuhu larikkkkk nak cari oxford dict dulu bukan macam lagi @yayangmama hahaha
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2015 11:46 AM From the mobile phone | Show all posts
@bambimo ayat awak WIN
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2015 11:55 AM From the mobile phone | Show all posts
kalau novel cik bunga encik aombong ni best..harapla cerita nanti best....
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2015 12:00 PM | Show all posts
sama cantik, sama padan.
ok jer
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 07:42 PM GMT+8 , Processed in 0.857946 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list