View: 6257|Reply: 30
|
Amar Baharin tepis dakwaan kahwin Amyra Rosli November ini
[Copy link]
|
|
Edited by mellanizz at 1-6-2015 09:50 AM
KUALA LUMPUR: Susulan ruangan Kak Pora menerusi sisipan B*Pop hari ini bertajuk Amyra, Amar nikah November?, pelakon Amar Baharin dihubungi untuk bertanyakan kesahihan laporan itu.
Amar mengakui sangat terkejut dengan berita berkenaan kerana semakin banyak membuat andaian kebelakangan ini. Ironinya, hubungan Amar dan Amyra sering diperkatakan selama ini, cuma belum ada pengesahan tepat yang mereka bercinta.
"Fasal kami dikatakan akan bernikah November itu, memang buat saya terkejut. Dulu pernah bertebaran cakap kami akan berkahwin hujung tahun dan kali ini, siap ada bulan yang tepat pula."
"Orang yang menyebarkan cerita ini nampaknya seperti lebih tahu segala-galanya. Tapi ia memang tak benar. Kalau saya nak kahwin sekalipun, pasti saya akan maklumkan. Benda baik takkan tak nak beritahu," katanya yang dihubungi BH Online sebentar tadi.
Ketika ini Amar sedar keakrabannya dengan Amyra terus diperkatakan. Cuma bagi Amar, dia tidak selesa jika terus dikaitkan kononnya bercinta dengan Amyra sedangkan hakikatnya mereka hanya teman seperjuangan. Malah sejak awal tahun ini juga Amar diuruskan ibu Amyra, Noor Zaridah Ahmad untuk kerjaya seninya.
"Jika boleh saya tidak mahu terus dikaitkan begitu. Tapi saya tak mampu mengawalnya. Bimbang juga peminat atau orang di luar sana akan jelak. Saya tak mahu hal sebegitu akan mengganggu kerjaya. Cuma kebetulan kami berada di bawah pengurusan yang sama, jadi ibu Amyra memang bekerja keras untuk memasarkan kami dan pastinya kami sering dilihat berada bersama di acara mahupun majlis tertentu."
"Sebagai pelakon pun, kalau saya bergandingan dengan sesiapapun termasuk Amyra... semestinya kami akan mempromosikan kerja lakonan kami di laman sosial. Itu tanggung jawab saya sebagai pelakon. Cuma apabila wujud situasi sebegitu, ramai yang pantas mengandaikan ada sesuatu antara saya dan gandingan pelakon," katanya.
Setakat ini, Amar dan Amyra sudah banyak kali bergandingan bersama.
"Saya dan Amyra juga sedang melunaskan penggambaran drama 16 episod, Cik Bunga Cik Sombong untuk siaran Ramadan ini di Astro. Setakat ini sudah empat kali kami bergandingan sama. Kami juga pernah bergandingan dalam drama Suamiku Encik Sotong. Insya-Allah kami akan berlakon telefilem Pengantin 3 Jam juga untuk siaran Astro," katanya.
Dalam perkembangan lain, Amar juga kembali bergandingan dengan Izreen Azminda untuk sebuah telefilem bagi siaran raya. Turut berlakon ialah Syarul Ridzwan. Sebelum Amyra, Amar juga pernah dikaitkan bercinta dengan Izreen selepas membintangi drama di TV3 berjudul Kerana Terpaksa Aku Relakan.
"Saya tak ada masalah bergandingan dengan Izreen. Orang sahaja yang gembar-gemburkan kononnya kami tak boleh berlakon kembali. Kali terakhir saya berlakon dengan Izreen ialah untuk telefilem Kerana Terpaksa Aku Relakan bagi siaran raya Haji," katanya.
Mengenai perkembangan kerjaya seninya, Amar mengakui ia semakin lancar. Impaknya selepas dicalonkan untuk Artis Baharu Lelaki Popular, Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2014 sangat baik buat jejaka berbadan tegap itu. Biarpun tidak menang, Amar mengakui kian murah rezeki hingga saat ini.
"Perjalanan kerjaya seni saya semakin teratur sejak ada pengurus (ibu Amyra). Inilah kali pertama saya guna khidmat pengurus. Jadual kerja pun teratur dan kalau dahulu memang serabut sebab saya buat semuanya sendiri," kata Amar.
Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/58280 |
|
|
|
|
|
|
|
"Perjalanan kerjaya seni saya semakin teratur sejak ada pengurus (ibu Amyra). Inilah kali pertama saya guna khidmat pengurus. Jadual kerja pun teratur dan kalau dahulu memang serabut sebab saya buat semuanya sendiri," kata Amar.
Mak mertua jadi pengurus.. Hmmmm. Kalau iye pon apa salahnya kan? Mungkin sorok2 sbb Amyra xnk jdi mcm Dazrin dlu kot.. Huhuhu |
|
|
|
|
|
|
|
Moga bejodohan n kawen raya nii...hehhehehh... |
|
|
|
|
|
|
|
npa aku rasa gosip tu btul.. |
|
|
|
|
|
|
|
kalau betul, tahniahlah iolss ucapkan. semoga berbahagia. |
|
|
|
|
|
|
|
macam betul aje...
best tengok diorang berlakon berdua...
semoga ada jodohnya |
|
|
|
|
|
|
|
aku ske je dorg berdua ni ...padan sgt |
|
|
|
|
|
|
|
Sweet aja both of them...
Nnti kawen pnggil team mahligai cinta buat coverage ya |
|
|
|
|
|
|
|
Mana prgi dazrin? Lama tak nmpk heols. |
|
|
|
|
|
|
|
aku rasa dorg nie sepadan je.. smoga berjodohan.. |
|
|
|
|
|
|
|
Asal bukan dgn mak jan gedik Izreen Asmida...aku ok je
Kehkehkeh |
|
|
|
|
|
|
|
okey je kalau betul pun,.. ahaha.. I loike amyra rosli ! |
|
|
|
|
|
|
|
Cik TT, I ship amyramar
Dua2 sama cantik sama comel sama padan |
|
|
|
|
|
|
|
Elok lah cepat2 kawin..sesuai..comel sgt amira tu... |
|
|
|
|
|
|
|
Thank you @mellanizz akhirnya kini pasti
If the wind do not blow, how cud the tree be shaken huhuhu larikkkkk nak cari oxford dict dulu bukan macam lagi @yayangmama hahaha |
|
|
|
|
|
|
|
kalau novel cik bunga encik aombong ni best..harapla cerita nanti best.... |
|
|
|
|
|
|
|
sama cantik, sama padan.
ok jer |
|
|
|
|
|
|
| |
|