CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 15273|Reply: 68

"Campak Wang Ke Lantai, Mana Maruah Saya?" - Mael XPDC

[Copy link]
Post time 8-6-2015 08:13 AM | Show all posts |Read mode
"Campak Wang Ke Lantai, Mana Maruah Saya?" - Mael (XPDC)

Kumpulan XPDC dianggotai oleh Mael, Eddie (bes), Lola (deram) Izu (gitaris).

PETALING JAYA: Vokalis kumpulan XPDC, Mael menyifatkan kegagalan Konsert Rockestra XPDC: Aku Masih Disini yang tertunda lebih sejam pada malam Sabtu lalu kerana isu bayaran.

Mael atau nama sebenarnya, Syed Ismail Syed Ibrahim berkata, pihak penganjur iaitu DuaLaris Event yang punya angkara kerana enggan menjelaskan baki bayaran yang sepatutnya dilakukan sebelum persembahan berlangsung.

"Sebelum sidang media konsert ini lagi saya sudah tekankan pada penganjur bahawa saya mahu bayaran penuh dijelaskan sebelum saya bersama ahli-ahli lain mengadakan persembahan.

"Hampir setiap masa saya tekankan mahu bayaran penuh sebelum persembahan. Tetapi saya pula dimarahi semula dan mereka meminta saya nyanyi dahulu baru dapat bayaran.

"Kemudian, apabila saya bertegas mahu bayaran dijelaskan juga sebelum persembahan, salah seorang daripada pihak penganjur mencampak duit itu ke lantai di depan orang ramai.

"Ketika itu saya rasa maruah saya dihina kerana perbuatannya. Tetapi lain pula jadinya apabila orang berkata-kata kononnya sayalah punca konsert itu gagal.

"Bagi saya, XPDC telah memberikan persembahan yang terbaik pada malam itu dan kegagalan konsert itu bukan berpunca daripada saya. Mereka yang melambatkan acara," katanya ketika dihubungi mStar Online pada petang Ahad.


Mael dan Izo pada Konsert Rockestra XPDC: Aku Masih Disini di Stadium Merdeka Sabtu lalu.

Pada Sabtu lalu, Konsert Rockestra XPDC: Aku Masih Disini di Stadium Merdeka di sini terjejas apabila vokalisnya Mael tidak muncul pada waktu dijanjikan.

Meskipun kesemua anggota XPDC iaitu  Eddie (bes), Lola (deram) Izu (gitaris) telah memulakan persembahan pembukaan di atas pentas, tetapi kelibat Mael tidak kelihatan dan lebih mengundang kemarahan penonton apabila seorang penyanyi tidak dikenali menggantikan tempatnya dengan lagu Hidup Bersama.

Kemudian konsert dihentikan selama sejam lebih sehingga membuatkan penonton tertanya-tanya apa yang sedang berlaku.

Dalam pada itu, Mael menambah, dia juga berasa terkilan apabila acara persembahan konsert dimulakan dahulu tanpa menunggu dia yang sedang perjalanan ke stadium, berkenaan.

"Bayangkan, apabila saya sampai stadium kira-kira pukul 9.10 minit, persembahan sudah dimulakan tanpa saya.

"Sedangkan ia adalah konsert saya, tetapi saya tiada. Pelik bukan? Setakat lewat 10 minit takkan tak boleh tunggu?

"Sudahlah saya sanggup berkorban tidak menziarahi abang saya yang meninggal dunia pada sebelah petang di Muar, Johor, demi konsert ini, mereka buat saya begini," luahnya.

Tambah Mael, dia kini sedang merancang untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap penganjur yang dianggap tidak menepati janji selain telah memburuk-burukkan namanya kepada pihak lain.

Sementara itu, salah seorang penganjurnya, Mahmud Abu Bakar berkata, isu bayaran bukanlah punca sebenar konsert itu ia berpunca daripada masalah peribadi Mael sendiri.

"Dia (Mael) mempunyai masalah peribadi kerana abangnya baru saja meninggal dunia. Jadi mood dia pun dah lari.

"Pihak kami nak salahkan dia 100 peratus pun, rasanya tidak adil baginya. Cuma bagi pihak kami, yang dah lama membuat persiapan rapi, ia (konsert) cukup menghampakan," ujarnya.

Terdahulu pada sidang media konsert berkenaan yang diadakan pada 14 Mei lalu, Mael turut menimbulkan rasa kurang senang pihak media apabila beberapa soalan yang diajukan disambut dingin.

Perbuatan Mael itu memaksa penganjurnya terpaksa memohon maaf kepada Persatuan Wartawan Dan Penulis Hiburan Malaysia (WHAM) kerana kecewa dengan sikap tidak professional Mael dalam sebuah sidang media.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-6-2015 08:31 AM | Show all posts
Boleh ke nyanyi si Mael ni.. hari tu kat KE ngan ali pun macam payah benau nak tarik...

Baik amek ali jer dah tentu boom...
Reply

Use magic Report

Post time 8-6-2015 08:53 AM | Show all posts
betoi aku pun tgk mael nyanyi...nak tarik suara pun mcm payah jer nak sampai... aduh.... terus lari dari tv.... sedih n nak tergelak
Reply

Use magic Report

Post time 8-6-2015 08:59 AM | Show all posts
Diri sendiri bermasalah nk salahkan org. Lambat 10 minit pon pokok pangkalnya ko mmg dh lambat.

Si mati tu pulak seolah2 dipergunakan utk menyatakan betapa tidak bersalahnya dia.

Dia ni ada amek barang ke? Tgk kat KE aritu seksa benau nk ngabeskan 1 lagu. Huhuhu
Reply

Use magic Report

Post time 8-6-2015 09:02 AM | Show all posts
kata dia datang lambat kan?

pastu ada orang kasitau, dia datang lambat sbb abang dia meninggal.
Reply

Use magic Report

Post time 8-6-2015 09:04 AM | Show all posts
Huhuhu...aku rasa kalau dia jd nyanyi kt konsert mlm tu pun peminat akan lg sedih...hauk sgt dia masa kt KE tu...aku sampai tukar channel xsampai ati tgk..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-6-2015 09:12 AM | Show all posts
Alahai ko ni mael... nyanyi pun semput
Reply

Use magic Report

Post time 8-6-2015 09:34 AM | Show all posts
wakaka .. abis le kene lahar kan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-6-2015 09:39 AM | Show all posts
Memang betul... dulu masa AJL pun dah hauk...

Ali gak mantop aku penah gi concert XPDC kat JB dulu masa tu Ali vokalis... memang meletop...
Katanya dulu geng2 XPDC ni macam ala2 sengal gak masa Ali bawak XPDC bila dah meletop diorang
amek mael balik pastu terus bungkus..

Pernah kluar statement by producer ke atau syarikat rakaaman yang bagitau Ahli XPDC ni tak fikir pasal
business pikir kawan2 padahal dulu si Mael ni ala2 mat pet gak.. nyanyi sah2 hauk...
Reply

Use magic Report

Post time 8-6-2015 10:04 AM | Show all posts
Ntah nye.. tgk free kat tv pun i tukar channel, ni konsert berbayar? baik tgk konsert chita ta ta, sakitnya tuh di sini.. ehhh..
Reply

Use magic Report

Post time 8-6-2015 10:05 AM | Show all posts
Tu tak paham tu.. Aritu dlm Kilauan Emas pun gilr teruk nyanyi...

Mcmana boleh dapat offer buat konsert lak?

Nora pun tak dapat offer buat konsert lagi tau..





Reply

Use magic Report

Post time 8-6-2015 10:08 AM From the mobile phone | Show all posts
Erk,10min pun lambat jugak tu

Masalah disiplin.
Reply

Use magic Report

Post time 8-6-2015 10:13 AM | Show all posts
x minat btol aku konsert2 nie..
Reply

Use magic Report

Post time 8-6-2015 10:20 AM | Show all posts
mael mmg tak boleh nyanyi live.. sekian.
Reply

Use magic Report

Post time 8-6-2015 10:22 AM From the mobile phone | Show all posts
lambat 10 minit sbb abg dia meninggal ke?
Reply

Use magic Report

Post time 8-6-2015 10:24 AM | Show all posts
gila show besar boleh lewat datang? aku pnh tgk kumpulan rabbani n raihan, kalau show malam, petang lagik dah stand by..

lingkup la ko mael.. buat malu xpdc je..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-6-2015 10:32 AM From the mobile phone | Show all posts
Anggota XPDC pun bangang jugak. Tau si Mael tu bekas mat pit. Tambah lg dgn masalah disiplin hauk, suara pun ke laut. Merasalah konsert pun tahap2 jahanam gitu. Baik ambik Ali je.
Reply

Use magic Report

Post time 8-6-2015 11:00 AM | Show all posts
cara die nyanyi aritu dlm KE mengingatkan aku konsert Jamal Abdillah kat istana budaya... terliuk lentok badan cam ular... ngan gigi takde... layan ubat batuk ke bang...
Reply

Use magic Report

Post time 8-6-2015 11:00 AM | Show all posts
estrelle replied at 8-6-2015 10:22 AM
lambat 10 minit sbb abg dia meninggal ke?

baca kat fb...
lupa fb sape

orang media gak
Reply

Use magic Report

Post time 8-6-2015 11:04 AM From the mobile phone | Show all posts
Syd replied at 8-6-2015 11:00 AM
baca kat fb...
lupa fb sape


kalo ada kematian family iols rase penganjur patut bertimbang rase..bkn bole rancang tu sume..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 05:35 AM GMT+8 , Processed in 0.068545 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list