Tawaran Berlakon Makin Banyak Sejak Kontroversi GST - Mawar Rashid
PETALING JAYA: Pelakon baharu Mawar Rashid menyifatkan terdapat hikmah di sebalik kontroversi berikutan tidak tahu mengenai perlaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) ketika terlibat dengan pertandingan program Dewi Remaja 2014/2015 baru-baru ini.
Mawar atau nama sebenarnya Wan Mawar Shaputri Wan Abdul Rashid, 20 berkata, walaupun dikritik hebat di laman sosial, dia juga menerima pelbagai tawaran lakonan sejak isu itu tercetus.
"Sebenarnya saya tidak mahu bercakap mengenai isu (GST) ini lagi tetapi benar kontroversi tersebut telah memberi hikmah yang besar buat diri saya.
"Sejak isu tersebut menjadi viral, saya sering menerima tawaran lakonan pula. Alhamdulillah, dalam keadaan yang sangat serabut, Allah membuka pintu rezeki saya," katanya kepada mStar Online.
Beberapa minggu lalu, Mawar dihentam teruk oleh golongan netizen (pengguna sosial media) apabila menyifatkan pelakon muda itu seorang yang tidak cerdik kerana tidak tahu perkembangan semasa iaitu GST.
Sementara itu, Mawar memberitahu, ekoran gosip itu juga, ia membuatkan dia kini lebih berhati-hati dalam percakapannya selain mengambil tahu dan mempelajari lebih banyak pengetahuan am.
"Saya tahu macam-macam orang kutuk saya sebagai contoh tidak cerdik. Tidak mengapa, itu semua pengajaran buat saya untuk menjadi seorang yang lebih pekla terhadap perkembangan semasa.
"Jujurnya, saya memang patah semangat gara-gara isu itu, tetapi selepas seminggu, saya mula bangkit dan tolak ketepi anasiranasir negatif.
"Yang saya tahu, saya ingin menjadi seorang yang berguna buat masyarakat dan ingin tampil dengan pakej lakonan yang bagus juga," ujarnya.
Pada final Dewi Remaja 2014/2015 yang berlangsung pada 24 Mei lalui, Mawar berjaya memenangi kategori Dewi Kegemaran yang ditentukan sepenuhnya melalui undian peminat. Manakala peserta Raysha Rizrose diumumkan pemenang utama Dewi Remaja.
produser kat Malaysia ni mmg suka yg bimbo mcm ko la mawar, senang depa nak tipu ttg bayaran lepasa tu boleh suruh ko berlakon pegang2, peluk2, tayang asset segala.
Bila tengok mawar ni (kat ig) rasa x lah teruk sgt
Sbb personality dia memang happy go lucky
Dlm dewi remaj pon dia periang & baik ngan semua org
Lg satu boleh tahan jugak dia rajin cari duit
Dia ada jual contact lens pure rose
Asal kelantan.... Mak nya asal siam
Mak dia pon ada restoran masakan thai
Mcm sedap jer
Typical org pmpuan kelantan yg suka bisnes
Tp yg aku agak kagum tengok semangat & keyakinan dia yg sgt tinggi even muka ada parut besar kesan kemalangan terukCuma bab bimbo & kebudak2an tu memang terserlah
she's pretty and cheerful..but nampak sangat tak matang n childish..
mawar masih terserlah sifat keanak2an dan very the manja gitu..
harapan nye, semoga tak menjadi mangsa jerung ye dik..