CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 13461|Reply: 51

Siti Nordiana Akur Anak Tak Benarkannya Berkahwin

[Copy link]
Post time 12-6-2015 03:25 PM | Show all posts |Read mode
KUALA LUMPUR, 12 JUN 2015: Penyanyi Siti Nordiana terpaksa akur dengan permintaan satu-satu anaknya, Muhammad Rayyan Nakhaie ,7, yang tidak membenarkan dia berkahwin.
Siti Nordiana yang sudah 6 tahun hidup sebagai ibu tunggal itu berkata anaknya masih tidak boleh menerima kenyataan jika ada lelaki lain menggantikan tempat arwah bapanya.
“Saya rasa salah satu sebab mengapa saya tidak berkahwin lagi sehingga sekarang adalah sebab anak saya. Dia sendiri tidak boleh terima jika saya berkahwin dan ada lelaki lain yang mendekati saya.
“Mungkin dia kecil lagi dan banyak perkara yang dia tidak paham lagi kerana dia selalu rasa bapanya masih ada walapun dia sendiri sudah tahu yang bapanya sudah kembali ke rahmatullah.
“Jadi sehingga kini saya belum fikir untuk berumahtangga lagi kerana bukan senang untuk seorang lelaki hendak menerima saya bersama anak saya. Apa yang penting sekarang adalah anak saya tentag jodoh saya serahkan kepada Tuhan,” katanya kepada murai.com.my

Siti Nordiana atau Nana ditemui selepas pelancaran album terbaru berjudul Anakku Sayang di pejabat Arteffects International di Damansara Perdana semalam.
Pun begitu, Nana akui agak sukar menempuh hidup sebagai ibu tunggal kerana dia terpaksa membesarkan sendiri anaknya itu tanpa lelaki yang bergelar suami dan bapa kepada anaknya.
“Saya akui bukan mudah hidup sendiri ni. Lebih sukar apabila saya terpaksa membesarkan anak saya sendiri tanpa panduan seorang suami atau bapanya.
“Tanggungjawabnya sangat besar kerana apa yang jadi pada anak saya adalah atas didikan saya sendiri yang merupakan ibunya. Namun saya ambil ini sebagai cabaran hidup saya,” jelasnya.
Album terbaru berkonsepkan kerohanian sesuai untuk kanak-kanak itu mengandungi 8 buah lagu versi akustik termasuk Anakku Sayang, Dodoi Si Dodoi, Hati Ibu dan Buai Laju-laju.

-MURAI

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-6-2015 03:30 PM | Show all posts
Anaknya seiras sgt ngan dirinya..
Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2015 03:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Anak nya rupa suaminya..
Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2015 03:35 PM | Show all posts
manis muka anak dia.. sebijik muka nana
Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2015 03:39 PM | Show all posts
sebijik muka nana ye... sekejap dah 7thn anak dia
Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2015 03:39 PM | Show all posts
potostat nana. bertabah lah nana, anak perlukan perhatian sgt2 tu.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-6-2015 03:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Lagu2 nana dlu2 bes2.. rnd nk dgr nana nyyi lagu "dalam resah ingin lupkanmu terasa ingin membenci dirimu selamanya kerna kau buat aku terluka tapi hati berkata tiada yg selain darimu"
Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2015 03:51 PM | Show all posts
bukan dia lama cerai ke sebelum ex-nya meninggal..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-6-2015 03:55 PM | Show all posts
aku dulu suka karok lagu Nana...hehe
Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2015 04:22 PM | Show all posts
aku paling suka lagu paling comel lagu wajib karaoke
Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2015 04:27 PM | Show all posts
crazypink replied at 12-6-2015 04:22 PM
aku paling suka lagu paling comel lagu wajib karaoke

bola-bola api


lagu duet nana & achik plg best

Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2015 04:28 PM | Show all posts
adui nak.....kesian la kat mo ko masih muda lagi tuh










Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2015 04:31 PM | Show all posts
Minat sangat lagu duet nana ni muda2 dlu
Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2015 04:51 PM | Show all posts
abes anas macamne??... hahahhahhahha..
poyo je la ko ni nana..
Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2015 04:54 PM | Show all posts
nana,,jgn berkepit lame2... kehulu kehilir baikk kawin jah.. nge anass tuh
Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2015 04:56 PM | Show all posts

kan lagu tuh mmg catchy sgt
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-6-2015 05:06 PM | Show all posts
crazypink replied at 12-6-2015 04:56 PM
kan lagu tuh mmg catchy sgt

aidit alfian punya lagu kot


karoke nnt nk bwk lagu ni lah
hehe

Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2015 07:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Anak 7 tahun jd penasihat hidup. Kesian nana. Sunyilah hidup sampai tua
Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2015 07:44 PM | Show all posts
prettyuglybabe replied at 12-6-2015 03:51 PM
bukan dia lama cerai ke sebelum ex-nya meninggal..

Lama dah cerai. Atas nun tulis 6 tahun jadi ibu tunggal.
Masa arwah Faizal meninggal, balu dia ada bagitau, arwah utamakan nafkah Nana dan anak dia, barulah bini baru.
So walaupun dah cerai, arwah masih tahu tanggungjawab.
al-Fatihah kepada arwah...
Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2015 08:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Sapa anas tu?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 10:34 PM GMT+8 , Processed in 0.091321 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list