CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 6902|Reply: 40

(Edisi Tumpang Simpati) Isteri Ezad Exist Disahkan Hidap Kanser

[Copy link]
Post time 15-6-2015 05:34 PM | Show all posts |Read mode

Baru beberapa bulan setelah Ezad Exist dilanda dugaan besar kerana ditangkap akibat kes dadah beliau, kini beliau diduga lagi apabila isteri tercinta yang sering berada di sisinya dan melalui detik hitam bersamanya, Nor Azeana Ramli kini disahkan menghidap penyakit kanser dan sedang hamil lima bulan.


Ezad memberitahu sebelum ini Azeana sering mengadu sakit perut ketika mereka menunaikan Umrah pada tahun lalu dan telah menjalani pemeriksaan di Hospital Ampang dimana satu ketumbuhan dikenalpasti. Walaubagaimanapun, isterinya sudah menjalani pembedahan untuk membuang ketumbuhan tersebut.



Zeana mengadu sakit perut sewaktu mengerjakan umrah dengan saya Februari lalu. Dia kemudian menjalani pemeriksaan di Hospital Ampang dan disahkan ada ketumbuhan. Seminggu kemudian dia menjalani pembedahan membuang ketumbuhan sebesar kepala bayi.
Ingatkan selepas itu keadaanya akan pulih, tapi sakit lagi. Apabila dirujuk semula kepada doktor, kami terkejut apabila diberitahu dia (isteri) mungkin menghidap kanser GIST. Doktor mahu Zeana buat imbasan, tetapi akan ada kesan sampingan pada kandungan.

Walaupun sedang menghidapi penyakit yang agak serius dan berbahaya, isterinya nekad mahu melahirkan anak kedua mereka dan berharap akan berlaku keajaiban penyakit tersebut akan hilang setelah anak mereka dilahirkan.

Stroma Gastrousus (GIST) ialah sejenis ketumbuhan yang paling biasa terjadi di saluran gastrousus (saluran usus)  yang menjejaskan saluran penghadaman atau struktur yang berhampiran dalam abdomen.  Ia boleh berlaku di mana-mana di sepanjang saluran gastrousus iaitu dari esofagus hingga ke dubur. Walaupun ketumbuhan  tersebut sering berlaku di saluran usus, ia juga mungkin timbul di bahagian tubuh yang lain.


Kepada Ezad Exist dan isteri, harap anda tabah menjalani kehidupan seharian dan semoga apa yang dihajati berjalan dengan lancar. Mari sama-sama kita doakan kesejahteraan mereka suami isteri.


Kredit kepada BeautifulNara



Semoga Ezad dan Isteri tabah.


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-6-2015 05:38 PM | Show all posts
kesiannya. semoga Allah mudahkan urusan dan beri kesembuhan pd penyakit isteri dia...

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-6-2015 05:43 PM | Show all posts
LiveYourLife replied at 15-6-2015 05:38 PM
kesiannya. semoga Allah mudahkan urusan dan beri kesembuhan pd penyakit isteri dia...

Kesian kan. Dah la preggy
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2015 05:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Baru beberapa bulan setelah Ezad Exist dilanda dugaan besar kerana ditangkap akibat kes dadah beliau


Macam tak kena ayat tu...diduga sebab kena tangkap pasal dadah
Tu bukan diduga, tu sendiri cari masalah
Kalau tak ditangkap, tu kiranya dirahmati ke apa?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-6-2015 05:48 PM From the mobile phone | Show all posts
faiz-za replied at 15-6-2015 05:44 PM
Macam tak kena ayat tu...diduga sebab kena tangkap pasal dadah
Tu bukan diduga, tu sendiri cari ...

Nara punya ayat tu.. Bertabahlah yg lain pulak dia komen hehehe
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2015 05:49 PM | Show all posts

itu la. semoga mereka berdua tabah. kuatkan semangat. Ujian yg hebat utk org yg hebat.. turut besimpati
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-6-2015 05:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Allah. Innalillahiwainna ilaihi rajiun.
Besarnya dugaan. Isteri sakit dan, pregnant juga. Definately perlu belanja yang banyak. Ezad ada job masuk lg tak? Hrp heols x cr dadah utk release tension beliau. Be strong ezad n wife.
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2015 05:55 PM From the mobile phone | Show all posts
fynnkakiblock replied at 15-6-2015 05:48 PM
Nara punya ayat tu.. Bertabahlah yg lain pulak dia komen hehehe

Hahahaha...iols komen sebab rasa pelik ayat tu

To his wife, iols doakan semoga kuat dan tabah
Semoga cepat sembuh dan dapat baby comel
Semoga selamat semuanya
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-6-2015 06:03 PM | Show all posts
semoga sembuh, kesian. memang dugaan.

sebab kes dadah tu isteri dia keguguran, ni lekat balik diduga dgn penyakit pulak.

bertabah lah ye. rasanya job ezad ok jugak.
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2015 06:18 PM | Show all posts
innalillah.. ya allah.. tgh preggy tu. moga emaknya kuat semangat
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2015 06:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Ya Allah.. Last few weeks slalu sakit abdomen pun gerun. Buat ultrasound dan blood test alhamdulillah clear. Ada kawan wife die meninggal sakit perut pun pg check doc dah telambat suspect kanser stage 3. Dan meninggal dah pun. Kalau sakit belarutan tu cpt2 lah pg buat full medical check up. Jgn disangka gastric biasa atau angin. Nk taknk kena terima. Semoga Ezad tabah.
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2015 06:39 PM From the mobile phone | Show all posts
kesiannya, lawa wife dia
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2015 06:39 PM | Show all posts
semorga allah mempermudahkan urusan mereka berdua, amin
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2015 06:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Semoga mrk trus tabah menghadapi ujian Allah
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2015 07:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Sama2 kita doakan isteri ezad slmt melahirkan dan sbuh dr kanser... amin2 ya robil alamin
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2015 07:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Job ada alhamdulillah. Lagu baru pun top juga di radio-radio. Dan ezad baru lancarkan product sendiri dan jubah jenama sendiri...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-6-2015 07:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Dugaan bertimpa2 buat isteri nya la
Seorang ibu mesti akan dahulu kan kandungan dr diri sdr
Semoga ada good news lps kelahiran anknya nanti
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2015 07:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Innalillah.....kesiannya.. Syafakillah
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2015 08:17 PM From the mobile phone | Show all posts
dugaan.....tanda Allah sayang....
semoga Ezad, isteri dan keluarga kuat dan tabah...
get well soon...aminnnnn
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2015 08:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Ujian dariNya... semoga dipermudahkan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 08:24 AM GMT+8 , Processed in 0.065596 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list