CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 6609|Reply: 32

[Edisi Terbakar] Dugaan Menjelang Ramadan

[Copy link]
Post time 17-6-2015 12:05 PM | Show all posts |Read mode
Edited by Syd at 17-6-2015 04:11 PM

Vanidah Imran terselamat kereta terbakar pagi ini



Vanidah Imran Trauma, Kereta Dipandu Terbakar
[size=0.688em]Diterbitkan: Rabu, 17 Jun 2015 12:35 PM


[size=0.75em]Kereta jenis Mini Cooper milik pelakon Vanidah Imran terbakar awal pagi tadi.

[size=0.813em]  (Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pelakon Vanidah Imran masih dalam keadaan trauma selepas kenderaan jenis Mini Cooper yang dipandunya tiba-tiba terbakar berhampiran plaza tol Serdang menghala ke Sungai Besi dekat sini kira-kira pukul 3 pagi Rabu.

Suami aktres berkenaan, Rashidi Ishak ketika dihubungi mStar Online berkata, keadaan Vanidah bagaimanapun tidak membimbangkan dan dia sedang berehat di rumah.

"Alhamdulillah isteri saya selamat biarpun dia sedikit trauma dengan kejadian itu. Syukur dia sempat keluar daripada kereta apabila bahagian enjin kereta berkenaan tiba-tiba terbakar.

"Vanidah hanya menyedari perkara itu selepas ada pemandu lain memberitahu enjin keretanya berasap sebelum dia berhenti di bahu jalan untuk menyelamatkan diri," katanya.

Jelas Rashidi, ketika kejadian Vanidah sedang dalam perjalanan pulang ke rumah selepas selesai menjalani penggambaran sebuah drama di Serdang.



[size=0.98em]
[size=0.98em]Keadaan kereta milik Vanidah yang terbakar.
[size=0.98em]Rashidi kemudiannya bergegas ke tempat kejadian selepas mendapat panggilan daripada isterinya dan mendapati pihak bomba dan Plus berjaya memadamkan kebakaran.

"Seharusnya saya berterima kasih kepada pihak bomba dan Plus kerana kecekapan mereka dalam memadam kebakaran tersebut dan paling penting isteri saya selamat.

"Punca kejadian masih belum diketahui tetapi ia berkaitan dengan masalah teknikal," jelasnya.

Sementara itu, Rashidi berkata, dia dan isterinya telah pun membuat laporan polis tentang kejadian tersebut di Balai Polis Puchong dan masih menanti laporan siasatan forensik berhubung kejadian itu.

Untuk rekod, kenderaan dipandu Vanidah itu adalah hadiah kemenangan pasangan berkenaan ketika menjuarai pertandingan Sehati Berdansa musim pertama pada tahun 2007.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-6-2015 12:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Alhamdulillah vee selamat walaupun kereta x dpt diselamatkan
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-6-2015 12:08 PM | Show all posts
Edited by Syd at 17-6-2015 12:09 PM

Nasib Malang Kumpulan Zero, Rumah Hangus Terbakar

Diterbitkan: Rabu, 17 Jun 2015 12:00 PM

Zero ketika diumumkan sebagai juara program Maharaja Lawak Mega 2014.

PETALING JAYA: Nasib malang menimpa kumpulan Zero yang dianggotai tiga beradik apabila kediaman mereka di Kampung Pantai Bahagia Kudat, Sabah hangus terbakar dalam kejadian kira-kira pukul 1 tengah hari, Selasa.

Pengurus kumpulan tersebut, Shafeeqa Johari ketika dihubungi berkata, kejadian tersebut turut melibatkan 69 buah rumah lain yang turut terbakar dalam kejadian tersebut.

"Kejadian dikatakan berpunca daripada baju yang terbakar daripada sebuah rumah dan menyebabkan api marak dengan cepat dan merebak ke rumah lain.

"Alhamdulillah tiada yang tercedera dalam kejadian itu tetapi semua barang-barang musnah akibat kejadian itu," katanya ketika dihubungi mStar Online pada Rabu.

Zero yang dianggotai Sahrif Kadil Doli Sahrif, Mohammad Syaiful Doli Sahrif dan Sharif Kunal Doli Sahrif itu adalah juara program Maharaja Lawak Mega 2014 (MLM 2014).

Sebanyak 69 buah rumah hangus terbakar dalam kejadian yang berlaku kira-kira pukul 1 tengah hari, Selasa lalu.

Menerusi kemenangan tersebut mereka berjaya membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM500,000.

Dalam pada itu, Shafeeqa berkata, ketika kejadian, Mohammad Syaiful dalam perjalanan pulang ke kampung untuk melawat keluarganya sebelum mendapat tahu tentang kebarakan tersebut.

Manakala abang dan adiknya, Sahrif Doli dan Sharif Kunal berada di ibu negara dan bergegas pulang ke Kudat apabila dimaklumkan tentang kejadian itu.

"Mereka dalam keadaan terkejut apabila Syaiful memberitahu tentang kebakaran itu dan meminta saya segera membeli tiket penerbangan pulang," jelasnya.

Sementara itu, Shafeeqa berkata, Zero bersama penduduk kampung yang lain kini sedang giat mendapatkan bantuan daripada orang ramai untuk meringkan beban 69 keluarga terlibat.

Keadaan ketika kebakaran berlaku.


Pihaknya turut mengalu-alukan sumbangan daripada orang ramai terutama barangan terpakai seperti pakaian, seragam sekolah, makanan dan minuman selain keperluan asas lain untuk kegunaan penduduk di sana.

"Ini dugaan besar buat mereka semua dan saya bagi pihak Zero mengalu-alukan sumbangan dan bantuan daripada orang ramai memandangkan Ramadan akan tiba esok (Khamis).

"Alhamdulillah setakat ini ramai menghulurkan bantuan termasuk rakan-rakan artis dan pihak kami akan terbang ke Sabah pada Isnin ini untuk menghantar barangan tersebut," katanya.

Bagi yang ingin menyalurkan bantuan boleh disalurkan melalui Persatuan Komuniti Bajau Simunul Kudat menerusi akaun Bank Simpanan Nasional: 12125-41-00006963-6.

Peminat di Semenanjung Malaysia yang ingin memberi bantuan barangan pula boleh menghubungi Shafeeqa di talian 017-721 0491.
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2015 12:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Nak listkan semua kes terbakar ke
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2015 12:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Jgn zedzaidi cakap kat vanidah akibat songlap duit pulak
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2015 12:22 PM | Show all posts
adus sadis nyaa
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 17-6-2015 12:27 PM | Show all posts
fynnkakiblock replied at 17-6-2015 12:19 PM
Jgn zedzaidi cakap kat vanidah akibat songlap duit pulak

maksudnya?

cash?


Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2015 12:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Syd replied at 17-6-2015 12:27 PM
maksudnya?

cash?

Lebih kurang kihkih
Jgn reputs pergi tanya komen zedzaidi dah wakaka
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-6-2015 12:41 PM | Show all posts
zedzaidi cakap kat vanidah akibat songlap duit pulak


vee bukan songlap pun kan... vee just nak selamatkan duit persatuan dari di songlap oleh bendahari lama/ presiden.
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2015 12:43 PM | Show all posts
Syd replied at 17-6-2015 12:08 PM
Nasib Malang Kumpulan Zero, Rumah Hangus Terbakar
Diterbitkan: Rabu, 17 Jun 2015 12:00 PM

  • dah dapat 500 ribu kena sumbang lagi ke?
    Reply

    Use magic Report

    Post time 17-6-2015 12:48 PM From the mobile phone | Show all posts
    kesian vee..
    Reply

    Use magic Report

    Post time 17-6-2015 01:12 PM | Show all posts
    cmf_blingblings replied at 17-6-2015 12:43 PM
    dah dapat 500 ribu kena sumbang lagi ke?

    dia kata buat sumbangan, tak semestinya utk family kumpulan Zero tu. bantuan kepada penduduk yang terjejas
    Reply

    Use magic Report

    Post time 17-6-2015 01:14 PM | Show all posts
    Lorra2411 replied at 17-6-2015 01:12 PM
    dia kata buat sumbangan, tak semestinya utk family kumpulan Zero tu. bantuan kepada penduduk yang  ...

    macam gitu baguslah, dua hari lepas di Samporna pun banyak rumah yg terbakar
    Reply

    Use magic Report

    Post time 17-6-2015 01:17 PM | Show all posts
    fynnkakiblock replied at 17-6-2015 12:19 PM
    Jgn zedzaidi cakap kat vanidah akibat songlap duit pulak

    rasanya itulahygtgh dia ckp dlm hati skg
    Reply

    Use magic Report

    Post time 17-6-2015 01:20 PM From the mobile phone | Show all posts
    chinta89 replied at 17-6-2015 01:17 PM
    rasanya itulahygtgh dia ckp dlm hati skg

    Bersangka baik -- dorg dah bersalaman kihkih
    Reply

    Use magic Report

    Post time 17-6-2015 01:29 PM | Show all posts
    cmf_blingblings replied at 17-6-2015 01:14 PM
    macam gitu baguslah, dua hari lepas di Samporna pun banyak rumah yg terbakar

    kat sana tgh diuji, kesian pulak rasanya.
    Reply

    Use magic Report


    ADVERTISEMENT


    Post time 17-6-2015 01:35 PM | Show all posts
    Lorra2411 replied at 17-6-2015 01:29 PM
    kat sana tgh diuji, kesian pulak rasanya.

    nak pergi sana makan anginpun dah sikit takut
    Reply

    Use magic Report

    Post time 17-6-2015 01:54 PM | Show all posts
    teruknya kereta vee tu, camana leh jadi macam tu?

    bertabahlah mangsa2 kebakaran ni
    Reply

    Use magic Report

    Post time 17-6-2015 01:56 PM | Show all posts
    menurut cerita bomba masa seminar dulu...yg masuk paper/berita pasal terbakar hanya beberapa sahaja sebaliknya ada byk lagi berlaku kebakaran dalam 1 hari yg xmasuk dlm paper/berita
    mohon semua berhati2 hendaknya
    Reply

    Use magic Report

    Post time 17-6-2015 03:27 PM From the mobile phone | Show all posts
    Apa punca kereta blh terbakar?
    Reply

    Use magic Report

    12Next
    Return to list New
    You have to log in before you can reply Login | Register

    Points Rules

     

    ADVERTISEMENT



     

    ADVERTISEMENT


     


    ADVERTISEMENT
    Follow Us

    ADVERTISEMENT


    Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

    10-5-2024 07:00 AM GMT+8 , Processed in 0.279194 second(s), 45 queries .

    Powered by Discuz! X3.4

    Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

    Quick Reply To Top Return to the list