CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 8635|Reply: 79

Ratu Jazz Negara: Industri muzik mungkin akan berkubur

[Copy link]
Post time 21-6-2015 03:11 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
KUALA LUMPUR: Khalayak di Malaysia tidak meletakkan penghormatan yang sewajarnya kepada seni muzik dan penggiatnya sekali gus dikhuatiri akan menoktahkan hayat industri tersebut di negara ini.

‘Firasat’ dan kebimbangan itu dizahirkan oleh penyanyi legenda negara Datuk Sheila Majid ketika dihubungi Astro AWANI pada Sabtu.

Dalam menyambut ulang tahun ke-30 penglibatan beliau dalam dunia seni suara tempatan dan antarabangsa, Sheila turut menyelitkan kisah 'sedih' yang berlaku di dalam dunia seni muzik negara.

“Khalayak perlu tahu betapa pentingnya untuk memanjangkan hayat seseorang artis. Kita tidak boleh kata kita suka pada seseorang artis itu tetapi masih memuat turun hasil karyanya secara percuma dan meminta pertunjukan percuma.

“Bagaimana hendak lihat golongan artis itu meneruskan kerjaya? Bukankah itu mata pencarian mereka?” luah Sheila.

Menurut beliau, khalayak sentiasa mengharapkan seseorang artis menghasilkan karya terbaik tetapi mereka tidak mahu membayar harganya. Perkara tersebut, katanya, membuatkan golongan penggiat seni hilang pulangan pelaburan mereka.

Tambahnya, sekadar menyukai seseorang artis tidak membantu menjana pendapatan dan akibatnya ramai artis dan penggiat seni berputus asa.

“Sememangnya muzik di Malaysia tidak mendapat penghormatan yang sewajarnya. Suatu hari nanti, industri muzik Malaysia akan mati,” kata Sheila.


WADAH KEHIDUPAN

Sheila mengajak orang ramai berfikir, apakah perkara yang lazim dilakukan dalam kehidupan seharian, ketika bangun daripada tidur dan sedang bersiap memulakan aktiviti harian, bukankah kita membuka radio atau televisyen?

Dalam banyak aspek kehidupan, kita mengharapkan muzik dan kesannya. Maka bayangkan kehidupan yang tiada bunyi-bunyian dan melodi, semuanya akan menjadi bosan.

Menurut Sheila, muzik adalah lebih daripada sekadar wadah hiburan malah bertindak menyentuh deria, membina karakter dan mengajar manusia supaya lebih memahami soal emosi keinsanan.

“Itu yang kita kurang. Di negara ini, bila bercakap tentang hiburan, orang hanya memikirkan tentang lawak slapstik. Muzik semakin dipandang sepi malah di sekolah pun ia tidak lagi diajar.

“Kita perlukan sokongan kerajaan dan juga orang ramai untuk menghidupkan industri ini. Dunia hiburan negara bukan sekadar slapstik dan gosip,” tegas Sheila.

Dalam pada berharap kesedaran itu mengubah suasana di negara ini, Sheila mengakui cemburu dengan kerancakan industri seni muzik di negara jiran khususnya Indonesia serta pengaruh kuat gerakan K-Pop yang mendapat sokongan teguh pemerintah Korea.

"Anda fikir K-Pop itu baharu? Ia sudahpun dirancang sejak sekian lama. Pemerintah Korea membelanjakan berbilion dolar untuk meningkatkan taraf industri seni mereka, termasuk memberi pendidikan tentang seni dan muzik kepada kanak-kanak sekolah.

"Mereka juga mengajar penggiat seninya mendalami kursus bahasa Inggeris. Lihat saja hasil pertama mereka iaitu penyanyi Rain," jelas Sheila.


KUASA BERTAHAN

Berkongsi mengenai kemampuan beliau untuk terus berada di persada muzik tanah air, Sheila berkata bahawa semua itu memerlukan kesabaran dan daya tahan yang tinggi.

“Saya tiada resipi khusus untuk bertahan lama. Anda harus menyukai apa yang anda lakukan. Lebih daripada itu, peminat sejati juga faktor yang memberi motivasi dalam kerjaya kerana merekalah yang akan menyokong kerja anda,” ujar Sheila.

Menurutnya, dalam senario semasa yang kekurangan pihak penaja yang menyokong bakat-bakat tempatan, penggiat seni sepertinya hanya berbekalkan azam dan kecintaan yang kuat dalam bidang yang diceburi.

“Itulah yang membuatkan seseorang artis terus ada dalam industri. Mereka terus ada kerana minat, komitmen dan disiplin.

“Ini pastinya bukan sebuah kehidupan yang penuh glamor. Jika anda mengharapkan itu, anda akan kecewa,” kata Sheila.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-6-2015 03:23 PM | Show all posts
mana tak mati, hantu dengan buaya pun dah ada lagu.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-6-2015 03:27 PM | Show all posts
Antara retis2 Malaysia zmn ini yg Iols sanggup keluarkan duit utk beli single, album & beli tiket konsert:

1. Dayang Nurfaizah
2. Dato' Siti Nurhaliza
3. Hafiz Suip
4. Yuna

Setakat ni itu jah kot
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2015 03:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Betul jugak apa kata shiela ni.
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2015 03:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Byk sgt artis utube yg konsep lbih kurang sma..btudung maen gitar dn lagu lagu pulak bosan..tkde wow faktor..mmg mlingkup lh one day..
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2015 03:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Iols pi indon cme bbrapa hari..pi mall mmbeli belah tk henti2 putar lagu diowang..skali dgr je mmg sdp..ade class tp yg plik tk msk market msia..yg msk putih2 melati dan sakitnya ku di sini..tk phm gue taste msia..sma taste ngn bibik2 kt cni..sinetron pun sma..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-6-2015 03:49 PM | Show all posts
baguslah berkubur cepat sikit kemba;i kejalan yang dituntut ugama.

Sampai bila nak melalak lalak berkemban bergelek atas pentas?
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2015 04:03 PM From the mobile phone | Show all posts
mhamirol replied at 21-6-2015 03:23 PM
mana tak mati, hantu dengan buaya pun dah ada lagu.

Lagu tu sedapla..iols suka suara budak tu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-6-2015 04:24 PM | Show all posts
naina replied at 21-6-2015 04:03 PM
Lagu tu sedapla..iols suka suara budak tu

mmg low taste la u ni sis.. x menahan ade yg ckp lagu tu sedap.. memalukan imej muzik malaysia jer
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2015 04:40 PM | Show all posts
apa akan jadi kalau industri hiburan berkubur?
Majalah gossip tak laku, forum gossip takder modal.
Tu je.
So, biar je la.
Nak cakap nanti takut hiburan luar masuk, bbnu terpengaruh?
Macam la dengan lagu local yg tengah ada sekarang,
so diorang tengah tak minat muzik luar dah.

K bai.
ps: teringat concern sorang awek peserta ujibakat kat tv,
pasal takut berkubur muzik dangdut. So, kena la apa pelapes.
Berkubur pun tak per. Takder apa-apa pun. Life goes on.
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2015 05:04 PM | Show all posts
dah asik bawak lagu mendayu cinta2 je camne nak berkembang...
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2015 05:26 PM | Show all posts
atekome replied at 21-6-2015 03:41 PM
Iols pi indon cme bbrapa hari..pi mall mmbeli belah tk henti2 putar lagu diowang..skali dgr je mmg s ...

ini semua sebab mentaliti org Melayu la.. terus terang ckap taste orang Melayu malaysia majoriti low class n sgat haprak.. contoh, tgok lah novel org melayu malaysia, semua cintan cintun rindu awak la, sbenanye dia saya punya, buaya itu suamiku bla3... ada novel yg tak klise mcam FIXI tu, bahasa dia aku tak berkenan, jalan cerita ok la, tp bahasa diorg kesat n konon2 nak urban lah sgat.. kalau kt indon pulak, bahasa diorg sgat bagus, diorg sgat mengangkat martabat bahasa diorg... novel pn byak yg berkualiti, contoh, laskar pelangi, sang pemimpi, ayat2 cinta, buku2 HAMKA etc.. adapun novel BBNU diorg mcm eiffel...im in love tu pn bg aku best.. Malaysia so far novel2 RAM je yg aku suka penggunaan bahasa dia.. as for lagu pulak, what do u expect, kalo sakitnya tuh di sini, hantu buaya la, bukan hal aku, awak kat mana, even Yuna pnye lagu material tu pn sampah bg aku... lagu2 stacy pn byak yg lirik sampah.. antara artis malaysia yg lagu2 dia lirik dia puitis n meaningful, tokti, misha omar, hazami, nuar jeng, faizal tahir... kt indon plak lirik diorg simple2 je mcm lagu2 band peterpan/Noah tu.. tp melodi n lagu dia buat lagu tu jd classy...
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2015 05:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Byk yg sampah..nk tgk / dgr pon mls
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2015 05:43 PM From the mobile phone | Show all posts
af_mania replied at 21-6-2015 03:27 PM
Antara retis2 Malaysia zmn ini yg Iols sanggup keluarkan duit utk beli single, album & beli tiket ko ...

Ada 2 album baru tokti. Konsert akustik dan lentera timur. Insya Allah akan beli dvd for both albums. Tak sabar nak tunggu 30 Jun.  
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2015 07:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Biorle berkubur. Bukan sedap pun
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2015 07:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Retis yg seksi seksa pon so yesterday
Org skng dh xhadap Retis murahan seperti itu
Org suka kutuk fesyen hijbista plak
Kehkehkeh
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-6-2015 07:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Ferr_Remy replied at 21-6-2015 04:24 PM
mmg low taste la u ni sis.. x menahan ade yg ckp lagu tu sedap.. memalukan imej muzik malaysia jer ...

Wakaka.sedapla uolss.catchy gitu.
Mmg lirik tah apa apa
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2015 07:14 PM | Show all posts
Hahahahahaha! Ingatkan dia nak cakap pasal KUALITI rupa2nya marah duit kurang masuk poket. Lol! Kalau sedap giler, worth beli, orang still belilah. Still nak ke konsert dengar life. Pasal doqnload ke dgr kat YT ke, tu memang tak boleh sekat. But if you are really good, then people will want to buy.
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2015 08:53 PM | Show all posts
x makna nya musik2 lagho mcmni nak berkubur, akhir zaman ni lg pesat la hiburan2 yg melalaikan nih..
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2015 09:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Orix replied at 21-6-2015 06:26 PM
ini semua sebab mentaliti org Melayu la.. terus terang ckap taste orang Melayu malaysia majoriti l ...

well said. tapi penat jugak iols baca sekali harung tak berhenti sebab chuols tak buat perenggan

and few novelist yang iols kenal sebenarnya baca forum.. dan sentap baca apa yang dihencap porumers. selayaknyalah kena hencap khenn..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

10-5-2024 11:14 AM GMT+8 , Processed in 1.086953 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list