CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 8471|Reply: 43

Suami Berjaya Pujuk, Hubungan Shahora & Raja Mukriz Kembali Jernih

[Copy link]
Post time 23-6-2015 09:32 AM | Show all posts |Read mode
PETALING JAYA: Pelakon Sharifah Shahora menganggap pendedahannya mengenai kecurangan suami, Raja Mukhriz Raja Ahmad Kamaruddin, 43, mempunyai hikmah apabila mereka berjaya memperbaiki semula hubungan yang retak gara-gara orang ketiga.

Shahora atau nama sebenarnya Sharifah Shahora Syed Akil, 40, berkata, walaupun ada pihak memandang serong pendedahan tersebut, namun ia memberi impak positif untuk mereka berfikir secara matang dalam menjernihkan masalah rumah tangga.

"Alhamdulillah, dua minggu selepas pendedahan itu, Mukhriz memujuk dengan memberi bunga, menghantar video-video dan meluahkan kata-kata cinta di WhatsApp dan Facebook. Saya nampak usahanya yang mahu perbaiki hubungan ini.

"Walaupun hati saya masih lagi sakit dengan sikapnya itu, tetapi sebagai seorang isteri yang sudah lama hidup bersama, tambahan pula kami ada anak, saya berfikir panjang dan memperbaiki semula perkahwinan kami.

"Mungkin bagi orang luar, mereka nampak keburukan apabila saya dedahkan sikap buruk suami. Tetapi ia berhasil bagi saya. Jika tidak, masalah ini mungkin berlarutan tanpa kesudahan. Saya harapkan bersempena dengan berkat bulan Ramadan ini rumah tangga kami dapat kembali normal," katanya yang dihubungi mStar Online pada Isnin.

Shahoran dan Mukhriz mendirikan rumah tangga pada 26 Oktober 2008.


Pada 2 Jun lalu, Shahora mendedahkan di laman sosial Instagram dan Twitter miliknya mengenai kecurangan suami, jurukamera bebas yang mempunyai hubungan dengan seorang wanita bernama Yanie.

Kejadian tersebut membuatkan rumah tangga mereka dingin ibarat retak menanti belah.

Sementara itu, kata Shahora, memandangkan dia dan suami masih lagi sibuk dengan kerja, ia membuatkan mereka sukar untuk berjumpa bagi merapatkan lagi hubungan.

"Kesibukan saya dan Mukhriz memberi ruang untuk kami berfikir secara waras dan bermuhasabah diri. Lagipun kami dah tua dan boleh berfikir secara matang.

"Tetapi di bulan puasa ini kami sukar untuk meluangkan masa bersama. Cuma Mukhriz ada merancang untuk membawa saya dan anak-anak bercuti selepas Aidilfitri nanti," ujarnya.

Dalam pada itu, Shahora menyifatkan pergolakan rumah tangganya itu memberi pengajaran besar kepada mereka di mana pasangan suami isteri perlu bersikap terbuka untuk berbincang berkaitan masalah rumah tangga. Malah, pasangan suami isteri juga perlu bijak menangani masalah agar tidak menjadi lebih serius.

"Mungkin kami dah tua membuatkan fikiran kami lebih matang. Rasanya jika saya muda, jalan penyelesaian saya adalah berpisah.

"Atau mungkin melakukan perkara-perkara yang tidak diingini. Seperti yang kita lihat sekarang ini ramai pasangan suami isteri yang bertindak melulu sehingga membunuh kerana masalah yang timbul dalam rumah tangga," tuturnya.

Shahora dan Mukhriz mendirikan rumah tangga pada 26 Oktober 2008 dan mempunyai dua orang cahaya mata berusia tiga dan tujuh tahun.

- MSTAR ONLINE

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-6-2015 09:34 AM From the mobile phone | Show all posts
Bagus la mcm tu. Smoga bahagia @kakprik
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2015 09:49 AM | Show all posts
oh ada anak rupanya. igtkan xde
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2015 10:00 AM | Show all posts
ait..bukan aritu baca kata takde anak ke..anak angkat ke apa..
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2015 10:01 AM | Show all posts
lazim replied at 23-6-2015 09:49 AM
oh ada anak rupanya. igtkan xde

samalah... saya ingatkan tiada, sekali dua rupanya....
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2015 10:04 AM | Show all posts
apa2 pun the pain is still there
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-6-2015 10:04 AM | Show all posts
anak tiri la...apa2 pun semoga bahagia @kakprik . Jgn ngamuk2 dah. Dah tua, buruk naw2 meroyan sampai satu Malaya tau. Be classy.
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2015 10:11 AM | Show all posts
yg laki dia tu muka cam pecah rumah pun ada ati nak curang. Minah malang maner ntah yang dok ngurat dia tu...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-6-2015 10:21 AM | Show all posts
alhamdulillah @kakprik
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2015 10:33 AM | Show all posts
semoga sentiasa berbahagia...buang yg keruh...ambil yg jernih
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2015 10:39 AM From the mobile phone | Show all posts
Orange_7491 replied at 23-6-2015 10:11 AM
yg laki dia tu muka cam pecah rumah pun ada ati nak curang. Minah malang maner ntah yang dok ngurat  ...

Kecik hati bini dia ko kata muka laki dia gitu...
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2015 10:45 AM | Show all posts
smg berbahagia selamanya............ yang laki tu harap insaf selamanya la jugak...
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2015 10:49 AM | Show all posts
bagus la.. sekarang kakprik boleh jalan-jalan satu rumah semula
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2015 10:57 AM From the mobile phone | Show all posts
Asal belAki kekdahnya.jantan mcm tu boleh berubah ke?xcaya aku!
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2015 10:59 AM From the mobile phone | Show all posts
mokcikKSKB replied at 23-6-2015 10:57 AM
Asal belAki kekdahnya.jantan mcm tu boleh berubah ke?xcaya aku!

X pe la mok cik.kite doa yg baik2 lah
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2015 11:45 AM | Show all posts
Yanie, sila berambus jgn kaco rumah tangga org!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-6-2015 11:48 AM | Show all posts
alhamdulillah
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2015 11:53 AM | Show all posts
Alhamdulillah.... semoga jodoh @kakprik dan suami akan berkekalan hingga ke jannah... buang yang keruh ambil yang jernih walau hati yang luka tu tetap terasa sakitnya... semoga suami kakprik tk ulang lagi perangai buruk dia tu...
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2015 12:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Ayat yg last tu best
...ada yg sanggup membunuh kerana ada masalah yg timbul dlm rumahtangga..
Dah mcm last warning pada lakinya
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2015 12:05 PM | Show all posts
yg laki tu muka bleh tahan buruk tak yah nak menggatal sgt la..jaga rumahtangga baik2
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

10-5-2024 03:39 PM GMT+8 , Processed in 0.197569 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list