CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 36550|Reply: 564

[Dunia] Insafi Kisah Nasib Umat Melayu Islam Di Singapura

[Copy link]
Post time 23-6-2015 06:25 PM | Show all posts |Read mode
Insafi Kisah Nasib Umat Melayu Islam Di Singapura



BARU-BARU
ini masyarakat Melayu gempar dengan tindakan provokasi Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) cuba merobohkan struktur huruf UMNO dibina di depan bangunan ibu pejabat negeri parti itu di George Town.

Susulan insiden itu, ramai netizen menyifatkan tindakan pihak berkuasa tempatan itu sebagai usaha kerajaan DAP Pulau Pinang sedikit demi sedikit mahu menghapuskan segala kesan pengaruh parti Melayu tersebut di negeri itu.

Awal tahun ini secara kebetulan, masyarakat Melayu di Pulau Pinang ‘gempar’ dengan tindakan beberapa masjid diarah tidak lagi melaungkan azan dengan pembesar suara kerana dianggap mengganggu penduduk bukan Islam.

Ada juga melihat langkah kecil itu menyerupai apa yang pernah dilakukan PAP, parti pemerintah di Singapura dan pengasas DAP di Malaysia; langsung mengharamkan azan di luar bangunan masjid sejak 1974 atas alasan sama.

Bagi memahami senario di Singapura, penulis memetik beberapa laporan daripada pelbagai sumber sahih agar ia boleh dijadikan pengajaran mengenai nasib umat Melayu di Malaysia jika DAP berkuasa memerintah negara ini.



Sekadar rekod, menurut perlembagaan DAP sendiri, jelas dinyatakan akan menghapuskan segala hak istimewa bumiputera dan terbaharu mengurangkan secara drastik jumlah kakitangan awam Melayu apabila berkuasa kelak.
Di Singapura, perkara ini sudah berlaku dengan alasan masyarakat Melayu adalah minoriti, maka pengambilan penjawat kerajaan mesti mengikut nisbah penduduk; termasuk penempatan di kawasan perumahan awam.
Bayangkanlah jika sesebuah flat ada ramai penghuni Melayu, tidak kira ahli keluarga atau saudara mara sendiri; mereka akan dipindah semula ke tempat lain bagi memastikan jumlah penduduk mesti ikut nisbah penduduk.
Dengan cara itu, langsung tiada kawasan di Singapura yang mempunyai majoriti Melayu, sekali gus memecahkan undi politik mereka setiap kali proses pilihan raya kebangsaan. Keadaan ini sudah pun berlaku di Pulau Pinang.
Paling sedih, isu nisbah di Singapura turut melibatkan kemasukan pelajar ke institusi pengajian tinggi walaupun kononnya pemerintah republik itu mendakwa mereka mengamalkan prinsip meritokrasi pendidikan awam.



Contohnya daripada 100 penuntut baharu, hanya empat anak Melayu diterima masuk berdasarkan kuota iaitu nisbah penduduk Melayu konon cuma empat peratus, walaupun ramai anak Melayu cemerlang dalam peperiksaan.
Empat pelajar ini akan diberi kursus yang ditentukan sendiri oleh pihak universiti dan pastinya paling susah lulus, tetapi jika ingin menukar bidang pengajian, ia dilarang dan jika ingkar dibuang terus daripada universiti itu.
Sebaliknya jika terus belajar dan gagal satu kertas ujian, pelajar Melayu akan diberhentikan pengajian, ironi jika lulus pun, mereka akan ditekan dengan yuran mahal kerana tiada biasiswa untuk pelajar Melayu di Singapura!
Begitu juga halnya dalam perniagaan. jika ada bisnes sendiri dan berpotensi baik, pihak pemerintah akan mewajibkan usahawan Melayu itu menerima seorang Cina Singapura masuk sebagai ahli lembaga pengarah.
Sekiranya tidak bersetuju, mereka akan berhadapan lesen perniagaan tidak lagi disambung dan diarah tutup. Lazimnya orang Melayu yang ingin berniaga di Singapura harus menerima tempat yang ditetapkan pihak kerajaan.



Lokasi strategik dikuasai oleh Cina manakala Melayu perlu di luar dari kawasan tersebut ditambah pula dengan kadar sewaan tinggi kerana PAP begitu skeptikal dengan Melayu dan sering kali dikait sebagai kaum bermasalah.
Ini menyebabkan ramai anak Melayu dicekup ke dalam pusat tahanan melalui penguatkuasaan ISA! Jika empat banduan Melayu sudah selesai menjalani hukuman, 4 Melayu lain akan ganti isi tempat atas pelbagai tuduhan.
Hal ini mengakibatkan mereka susah mendapat pekerjaan dan terpaksa bekerja dengan gaji kecil sehingga ke usia tua manakala yang serik, akan ‘bawa diri’ dengan berhijrah ke Malaysia serta memohon kerakyatan di negara ini.
Diskriminasi turut diamalkan dalam perkhidmatan tentera dan polis apabila anak Melayu sukar memasuki perjawatan strategik sebaliknya hanya ditempatkan dalam pasukan pertahanan awam yang kurang berisiko.
Banyak lagi tekanan diskriminasi yang tidak perlu diceritakan kerana amat sensitif , tetapi malang Melayu di Malaysia ada masih tidak sedar diri akan nikmat berkerajaan sendiri dan rela menjadi ‘hamba boneka’ DAP.




Sesuatu yang cuba dirahsiakan, pemerintah Singapura turut memecah kesatuan umat Melayu di republik itu dengan membenarkan kad pengenalan mencatat nama bangsa mengikut suku kaum, bukan diseragamkan sebagai Melayu.
Situasi ini menyebabkan masyarakat Melayu khasnya generasi muda lebih bangga selesa merujuk jati diri mereka sama ada sebagai Banjar, Jawa, Bugis, Arab, Mamak, Minang dan sebagainya; tetapi jangan disebut Melayu.
Mungkin nasib orang Melayu di Malaysia bakal sama dengan Melayu Singapura dan lebih teruk kalau kita masih seronok bertelagah dalam isu politik remeh namun, ‘bunga-bunga’ sudah pun dapat dilihat jelas di Pulau Pinang.
Belum lagi DAP memerintah Malaysia, pemimpin parti itu lantang mempersoalkan banyak isu sensitif termasuk agihan wang zakat, agensi dana seperti Mara, kemasukan ke UiTM, rejimen askar Melayu Diraja dan banyak lagi.
Lebih aib, ada orang Melayu sanggup dipergunakan DAP, meminjam ayat Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sendiri; mereka ini ibarat broker dan baruah yang tergamak mengkhianati bangsa sendiri. – MYNEWSHUB.CC





Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-6-2015 06:39 PM | Show all posts
lagi insaf dengan nasib melayu islam di malaysia
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2015 06:57 PM From the mobile phone | Show all posts
@kak_sue betul ke ssemua ni terjadi?
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2015 07:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Mcm xbetul je.
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2015 07:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Betul ke? Iolls tgk aman2 je pakcik makcik iols yg duk sana...
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2015 07:02 PM | Show all posts
patutlah aroon aziz terpaksa merempat cari makan kat malaysia..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-6-2015 07:07 PM | Show all posts
AbukRokok replied at 23-6-2015 06:39 PM
lagi insaf dengan nasib melayu islam di malaysia

Lu datang bulan lagi ka ?

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2015 07:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Sampai bila2 pun ai tak kan percaya dgn kaum dap ni.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-6-2015 07:13 PM | Show all posts
P*ndek mana kata masjid di pulau pinang cuba dihalang laung azan ?
Macam la tak tau cina kecut dgn melayu.
Nak cuba robohkan struktur kat bangunan umno tapi kena halau macam hanjing.Pastu pejabat sendiri kena simbah cat merah. Hahahahaaaa

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2015 07:14 PM | Show all posts
aman2 je sedara mara yg kt sna....
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2015 07:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau dah malas.. Sape nk bantu
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2015 07:16 PM | Show all posts
melayu memang cepat gelabah bila kena kat batang hidung sendiri. Tapi bila dia buat kat orang lain boleh je. Sooo #tipikalmelayupprt
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2015 07:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Betul ke fitnah? Kalau betul, siap lah pemimpin parti PAP nak jawab Tuhan lepas dorang mati nanti.
Kalau fitnah, semoga tukang provokasi aka penfitnah disumbatkan dalam neraka bulan yang mulia ini.
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2015 07:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Bini Spidey tak melambangkan sifatnya sebagai seorang Muslim. Bulan Ramadan bulan yang mulia tak habis-habis nak marah orang dan panggil orang datang bulan. :
Woi darling! Lu jangan kasi abang malu boleh tak?!! :
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2015 07:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Ini perang minda..namanya. Nk pecah2kan malaysia. Taik.
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2015 07:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Blablabla cakap pasal sentimen kaum sapa yg bagi singapore penang ke cina? Puii la umngok cilake cakap lebat jilat burit gebang je lebih tapi mangkok reban babi golek( aku dah bukak pose so xper nak carut )
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-6-2015 08:12 PM | Show all posts
Nampak sangat itu tukang celoteh katak bawah tempurung pprt
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2015 08:16 PM From the mobile phone | Show all posts
aku tak rasa special pun jadi bumiputera kat malaysia ni. aku beli rumah pun pakai duit sendiri, outskirt JB pasal rumah kat area tertentu mahal nak giler... dah duduk jauh dari opis, jalan jem... dah jem tu takpe, jalan teruk macam kawah bulan

kat opis aku kena bersaing dengan pekerja bukan bumi, tak mahu disebut melayu malas, melayu bodoh...alhamdulillah aku bangga jd the only perempuan melayu dlm management team kat situ...


tang bilanya aku dpt keistimewaan jadi melayu ni? korang boleh tolong bgtau aku tak.... kot aku terlupa...habak mai naaa chek nak tau
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2015 08:22 PM From the mobile phone | Show all posts
spiderman80 replied at 23-6-2015 07:25 PM
Bini Spidey tak melambangkan sifatnya sebagai seorang Muslim. Bulan Ramadan bulan yang mulia tak hab ...

woi darling  

haha..romantik ke kasar ni
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2015 08:23 PM | Show all posts
Cerita dongeng apa ni? Mana ada sekatan berdasarkan kaum terhadap pelajar nak masuk universiti di Singapura?
Tapi nak masuk tak senang la... tengok result... takde golongan diberi keutamaan.

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-3-2024 05:01 PM GMT+8 , Processed in 0.107630 second(s), 50 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list