CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 10009|Reply: 51

Education Gap antara aku & Ipar

[Copy link]
Post time 24-6-2015 02:28 PM | Show all posts |Read mode


Dear all,

Firstly nak mintak maaf kalu problem ni takla sebesar mana tapi aku just share & maybe some of the fellow forumer can give me at least the way how to manage it...

Aku kawen dgn suami atas dasar family and dalam masa 2 bulan pas jumpa terus decide nikah. Aku tak kenal langsung laki aku & background dia pun aku tak tahu sangat. Just go with the flow and the marriage now is approaching four years, blessed with one son.

PIL aku ok pada awalnya tapi at one point aku terkejut bila aku  terdengar yang FIL tak suka aku balik ke rumah mak aku which is just 5km from their house. adik beradik husband agak ramai, 10 siblings. 6 of them are adik beradik perempuan..Aku pulak come from 3 siblings and aku the eldest.

To make it short, aku baru perasan aku diperli sebab speaking english dengan anak. lama jugak jadi bahan... adik beradik perempuan dia semunya muda dari aku. sekolah sampai universiti 2 org tapi u yang takde MQA.. lastly sorang apply masuk jqaf. sorang surirumah. few lagi masuk private kolej course tah hapa2. As compared to me, aku start umo 18 keluar dari  negeri..sampai keje bidang white collar. Mak aku pun tk push aku blaja masak or basuh pinggan or  kemas rumah prefectly like husband's sibling which ended aku ni (as informed by my closed friend) jadila macam pompuan moden yg hanya tahu cari duit tapi rumahtangga ta berapa tahu but i know i am learning and in learning curves. But the problem on my side, akau jadi tak brapa rapat dgn in laws sebab aku tak reti nak bercampur dgn in laws. suami pulak masuk sebelah keluarga dia yg buat aku lagi makan hati. kekadang aku jugak rasa sesal sebab tak kenal betul dgn suami before this.

In laws ni satu hal diaorang memang dididik since kecik supaya tk buat keputusan sendiri, semua ayah kena decide even nak beli tiket bas sekalipun. which resulted diaorang tak pandai nak berdikari. even cuti sem lepas grad kna balik kg duduk rumah. tolong jaga kebun or cook for family meal. Aku geram dgn asben slalu duk amik gambar letak kat whataspp group kami makan kat luar or even attend kenduri kawen, kena perli bini tak pndai masak asik berjalan perabis duit (padahal bukan aku mintak duit diaorang pun). Dalam  grup tu memang aku tak di add. aku pun penah dengar in laws ni cakap menantu is considered as orang luar.. plus some more baru2 ni siap komplen cuci pinggan tak bersih, masak tak pandai... kalu aku pegi umah PIL, adik bradik tu terus masuk bilik tak keluar2 dah... tapi satu2 nya org kalau diaorng nak mintak tolong is my husband..

adakah silap aku kawen dgn org tak kenal ni menjadikan aku sangat asing di mata mereka...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-6-2015 03:14 PM | Show all posts
Salam,

Just my 2 cents.

Keadaan dimana keluarga mertua tidak dapat menerima menantu yang baik bukanlah sesuatu yang asing. Bukan sahaja masyarakat melayu, malah semua kaum di seluruh dunia. Hal ini adalah kerana keluarga merupakan satu unit kumpulan yang sangat rapat bersama. Mereka membesar bersama-sama dan apabila tiba suatu masa mereka sudah dewasa dan berpasangan, ahli keluarga yang lain tidak dapat menerima kehadiran orang baru dalam keluarga tersebut.

Walaubagaimanapun, hal ini tak boleh dipandang ringan. Anda sebagai seorang menantu, orang baru yang masuk ke keluarga tersebut kenalah beralah dan pandai berdiplomasi. Cari apakah aktiviti yang digemari oleh keluarga in laws. Mereka suka tengok wayang, mereka suka bersukan, mereka suka melancong? Jadi dance with their steps. Memang akan ada orang yang kata tak usah hipokrit. Tapi ini adalah antara langkah yang anda perlu lakukan untuk fit in the family.

Dari sudut yang lain, anda harus bersyukur kerana suami anda bertanggungjawab terhadap kedua ibubapanya, seperti yang dituntut dalam Islam. Suami yang baik adalah suami yang meletakkan kepentingan ibubapanya lebih daripada kepentingan orang lain, termasuk isterinya.

Oleh itu, saya cadangkan anda slow talk dengan suami... masa nak tidur malam2 cakap pelan2, cakap awak kecil hati dengan adik2 suami. Suami pun patut mainkan peranan supaya anda Nampak presentable dan hebat di mata keluarganya.

It takes 2 to tango.. hope membantu..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2015 04:40 PM | Show all posts
Ko kan educated so be educated la..jgn follow sikap kesakaian diaorg jgk

jgn ikut emosi n perasaan

bkn ko sorang jer yg ade masalah dgn ipar duai family bagai nih..semua org ade

just serius n tidak jer

yg ptg be positif n cari jln camane nak berbaik bukan nye nak bergaduh bagai

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2015 05:36 PM | Show all posts
Edited by scorpionkiki at 24-6-2015 05:37 PM

Sama jer dgn my side... adik beradik 7 orang, 6 pergi overseas belajar...sorang lg di UM. My spouse pulak 7 beradik dan dia as the eldest yg satu satu ya pergi Uni...walau dia satu satunya yg pi uni, dia dapat doctorate. Dia dapat doctorate pun sbb faktor I jugak. Mmg gap sbb family I orang bandar..my spouse pulak dr jengka.... tak sekufu langsung ...tp I ambik hati my inlaws sungguh sungguh...i belikan buah tangan selalu pada in laws i dan I declare awal awal my problem yg tak pandai sangat kerja rumah.... tu dululah. Tp skrg I rasa I lebih cekap dr diaorang...dan my family di rumah converse in English walau kami dok di kedah

Pokok pangkalnya you kena pandai bawak diri.... cuba ringankan tulang bila  balik kampung your spouse... maniskan muka. Kalau kita baik dgn keluarga spouse kita....insyaallah rumahtangga pun aman damai

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2015 06:24 AM | Show all posts
ini bukan pasal education gap ...ini masalah pembawaan diri.....menantu mmg orang luar,kita kene sedar diri kita,sebaik mana pun family IL..

buat bodo je derang mengata tu,pepandai amik hati IL walopon dia tak layan...kompom lah kalu TT bwk balik cool blog ,semua nak minom time hari panas2.....bab makan2 luor tu derang sbnrnya jelessss...abaikan jer..cer offer sorang dua IL join skali,amik gambar bagai ...tgk camner?

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-6-2015 10:02 AM | Show all posts
juita replied at 25-6-2015 06:24 AM
ini bukan pasal education gap ...ini masalah pembawaan diri.....menantu mmg orang luar,kita kene sed ...

akak, aku ekceli setiap kali bali kampung  , adik bradik ipar ni duk tengok drama ramai2 kat luar pastu kalu nampak je kelibat 'org KL ' (bak kata deme) ni sampai muka pintu terus ramai2 masuk bilik. Aku penah menonong je ikut derang masuk bilik ..last2 semua duk main henfon..sakit mata aku tengok. nak tanya kabar aku  haram takde..ni aku yg terhegeh2 beli hadiah, bagi salam tanya kabar etc semata2 nak amik hati deme.. last2 aku jugak dipulaukan semata2 sebab aku ni 'orang bando..kami ni org kampung tak pandai speaking'
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 25-6-2015 10:05 AM | Show all posts
scorpionkiki replied at 24-6-2015 05:36 PM
Sama jer dgn my side... adik beradik 7 orang, 6 pergi overseas belajar...sorang lg di UM. My spouse  ...

kakak @scorpionkiki, aku kalu balik umah in laws aku memang tolong deme buat keje.. baru2  ni terpecah la rahsia diaorang duk ngata kat blakang ' dahla masak pun tak pandai, pinggan tak cuci bersih'..


aku ni awal2 buleh la lagi aku tahan... ni kalu setiap kali balik ada je masalah entahla sampai bila aku buleh tahan..mebi aku angkat kaki je kat luar buat macam aku ni betul2 orang luar...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-6-2015 10:10 AM | Show all posts

kakak.. melancong, tengok wayang or bersukan semua aktiviti tu adalah obsolete and tak releven... melancong =perabis duit, tengok wayang = maksiat , sukan = lebih baik tanam jagung kat kebun....

diaorang ni pesen org duk kat dapur masak2 untuk family, kemas2 rumah.. makan kat luar adalah tak buleh sebab tak bersih , pergi kenduri kendara pun takleh sebab org luar ni semua jahat bawak mulut..maka adik beradik kena kawan dgn adik beradik je, baru barokah dan aman damai...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-6-2015 10:35 AM | Show all posts
it's not really coz of education gap ni.. mmg kita dah officially become new members of the family, tetap diroang anggap kita orang luar, sampai bila2.... tak suka cemane pun, kita kena sedaya upaya respect them...

dalam family in laws tea pun ada yang sangat berjaya, dah berjawatan ceo in GLC pun... we try to treat everybody equally, tp kalo orang jawatan besar2 sangat ni, kita nak rapat sgt pun segan, takut kena chop mengampu /opportunist/ nak tumpang senang..

lagi satu, nak elak dengki2 manusia ni mmg mustahil la... kalo kita tak kaco orang pun still datang niat busuk ati orang tu kat kita... so, live your life to fullest, orang nak kutuk ke ape abaikan... janji your husband tak abaikan you & anak2...

as for kami yang not as fortunate, just bersyukur dengan apa ada & avoid comparing... live our life to the fullest, though rezeki tak semewah mana, tp we enjoy each other's company... tea & husband both local grad, but we enjoy sightseeing overseas with our kid.. quality time together... taknak berdengki dengan ipar duai, takde pekdah.. janji orang tak kacau kita dahh...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2015 11:26 AM | Show all posts
Edited by Hana at 25-6-2015 11:47 AM

yu orang bando kawen dgn orang kampung kah?
mcm mana boleh kawen dgn dasar "family" ni? mcm tak caya pulak. biasa kes kes orang bando kawen dgn orang kampung adalah CINTA ITU BUTA..mcm ai
ai orang bando tau. sejarah2 keluarga ai (mak ai or pakcik2 ai) kalau ada anak ajek, misti ada MAID. ai le memecah tradisi, ada anak tapi, maidless.

aku cuma nak cakap, ini adalah normal utk orang  yang dah berkawen. rencah kehidupan yang berbeza.
Masuk ke dalam keluarga orang lain. tengok cara budaya & cara dibesarkan oleh orang lain.
kalau jadi andartua, mmg tak rasa "cabaran" ini.   cabaran kononn..

so, yu dah kawen, kena la pandai2 "adapt" kan situasi ini sebab yu nak hidup lama dgn suami kan.

cara budaya kehidupan inlaws yu tak jauh beza dgn mine. orang perempuan kena pandai jaga anak & pandai masak. Orang lelaki lepak ajek. basuh pinggan pun takpayah.

tak de keje takpe, janji bertunang dulu. mcm sister in law ai. dia dah bertunang, baru dia perlahan2 cari keje. ai rasa sungguh pelik, wujud jugak eh orang mcm nie? sebabnya, kalau orang mcm ai, ai terpikir nak kejeee ajek. nak duittt ajek. takde pun pikir nak kawen kawen selagi tak pegang duit. Tapi..ada jugak perkara2 yang ai "impress" tengok derang. Adik ipar ai yang umur 18thn (dulu la) dah boleh jaga anak ai. MIL boleh aje gi checkups kejap tinggalkan anak ai kat anak perempuan dia. Wp ai rasa ragu2, ai belasah ajek la gi keje. yakin gitu. adik2 ipar ai semuanya boleh basuhkan berak anak ai even anak sedara derang lain. kalau adik beradik ai, kem salam ajek. tolong cakapkan ajek-anak ai dah berak. ai tau sebab ai tinggalkan anak kat umah MIL. kekadang ai tanya anak ai la. arini berak tak. sapa basuh. budak 2thn lebih dah boleh cakap daa.. (kes ini dah berlalu ye..) Anak sedara tu, ai tengok dgn mata ai. "BAPAK" (adik ipar lelaki) yang suruh adik perempuan dia buatkan (ini, time2 bini tgh mandi/solat la)

alah..yu takyah risau lah. ai pun tak pandai masak. tak berbakat pastu malas pulak tu.
ilek lahh. janji kena tahu masak gak utk suami & anak2. itu sudah cukup.
ai masak utk anak ai aje semata2. jadi suami pun dapat makan. kalau suami sorang nak makan, ai rasa, better ai belanja dia kat kedai. Senang pun dapat. relex pun dapat. basuh pingan pun tak perlu.
penat tau masak. pre-cook kena basuh. after cook kena basuh. pingan2 dah guna pun kena basuh. aiyohh..mcm gaya MAID ajek.
ai lama sket lah kawen dari yu. selama ai kawen, takde nak belajar masakan hebat2 or suami suka. sebabnya, kat kedai ajek lah. senang.
tapi, lauk utk anak tau la. lauk anak suka, lagi la tau. mmg masak utk anak2 semata2. bagi anak kenyang.

mertua/ipar duai kutuk tak pandai masak takpe. tak berkudis pun. eleh..jeles la tu. kita leh lepak2 tgk2 tv. makan luar sokmo. ko hade? duit berlebihan2 utk hari2 makan/beli luar?
tapi, jangan le orang kutuk sebab kita tak masak utk anak. rasa berkudis jugaklah.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2015 12:28 PM | Show all posts
TulenBang replied at 25-6-2015 10:02 AM
akak, aku ekceli setiap kali bali kampung  , adik bradik ipar ni duk tengok drama ramai2 kat luar  ...

perkara paling mudah, jangan buat menda yang diorang tak suka depan diorang...

1) jangan speaking omputeh depan diorang...  dulu aku penah kena hencap ngan sedara mara dia sebab asek speaking ngan laki aku...  padahal rojak2...  bayangkan kalo conversation aku full in english...  matik keras la aku kena double hencap...  so, aku dah tak cakap dah omputeh ngan laki aku depan diorang... same goes dengan anak aku...  bila takde orang or bila bersama dengan orang yang tak kisah, baru la aku speaking...

2) jangan dok sibuk post gambo berjalan sana sini, makan sana sini kat fb or wasap...  pesan kat hubby menda yang sama gak... jangan jamu mereka dengan bahan yang boleh dijadikan umpatan...  biarkan jek diorang ingat korang takde kemana or makan2 kat mana2...  kalo nak tepek sangat pun, once in a blue moon jak...

3) kadang2 kita perlu tunjuk yang kita ni takde la hebat mana n ada jugak bodohnya...  maksud aku kat sini, tak perlu cover kelemahan sendrik dengan kelebihan yang kita ada...  nanti buat orang menyampah...  contoh, if tak reti pasal masak n kemas rumah n segalanya, mengaku je ngan mak mertua...  kalo ego nak mengaku direct, mengaku indirectly macam : sedap la kari mak ni...  puas saya belajar masak tapi tak jadik...  tu la, silap gak dulu asek pikir belajar je...  boleh tak mak ajarkan saya :  ingat, buat secara casually, jangan sampai diorang terasa TT menyindir diorang...

4) diorang tanak layan ko kat rumah?  biarkan...  buat tak tau...  pada masa yang sama, buat point 1 & 2 & 3tu...  lama2 diorang akan nampak ko cuba merendahkan diri supaya sama level ngan diorang...  secara perlahan2, diorang akan mula berlembut n bertegur dengan TT...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2015 02:13 PM | Show all posts
nasib awk samalah ngn saya..padahal husband sy ckp sy masak sedap n sy mmg rajin masak tapi husband sy suka sgt masukkan gmbr masakkan sy kt group dia lps tu mula lah kena kutuk cthnya sedap ke masak?asal masak mcm smbal je tu?boleh ke masak???motip ko jeles ak masak. aritu sy buat kueh kesukaan husband sy utk berbuka boleh dikatakan rupa kueh sy mcm cekodok bile bini dia masak dia post dekat group kemain puji melambung. n dlm famii husband sy hanya husband sy yg belajar tinggi and plus kawin dgn sy yg ade master mmg kaw2 kena kononnya sy urban sgt,,,hauk betul..pokoknya sabarlh awk,, sy mmg sabar jelah buat xpaham,malas nk layan,,kite melawa pom dikatakan guna duet abg dia..padahal kite kerja keluar peluh jantan..nasiblah sy jenis yg lantak lah ko nk kata apa,nak bergolek ke apa ke janji jgn masuk kawasan ak..hahahaha..
Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2015 10:21 AM | Show all posts
eyansss replied at 25-6-2015 12:28 PM
perkara paling mudah, jangan buat menda yang diorang tak suka depan diorang...

1) jangan speaki ...

EE sorry lah kalau nak control control jadi fake sebab nak ambil hati.

Buat je apa yang kita selalu buat, kalau tak normal pun peduli lah.

Why nak jadi orang lain?

Kalau dah biasa cakap bahasa Inggeris tu takpe lah, go on. Bagus apa.

Bukan nye macam bohsia or bahasa rempit. Excuse me.

I don't think dia kena jadi someone else. Be her self. Jadi diri sendiri.

Pedulikan kata commeter ni.
Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2015 10:52 AM | Show all posts
Edited by eyansss at 1-7-2015 10:54 AM
jepun_murtad888 replied at 1-7-2015 10:21 AM
EE sorry lah kalau nak control control jadi fake sebab nak ambil hati.

Buat je apa yang kita se ...

i am not asking her to be fake, to be someone else...  cuma mintak dia be flexible...  kita ni masuk rumah orang yang tak open fikiran dia seperti kita, so takleh nak terus terjah tunjuk bagus...  kita kena berlembut, ambil hati...  sampai mereka dah biasa dengan kita...  baru la orang tak cakap apa2 bila kita buat kebiasaan kita...

biasa la, jadi orang luar ni, kena la ada negotiation untuk capai kata sepakat...  kita kena ingat, there is no such thing as one solution fix all...  kalo kita pandai merendahkan diri, banyak yang kita boleh perolehi...  

Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2015 09:13 PM | Show all posts
Edited by mommymonster82 at 1-7-2015 09:24 PM

Just be yourself..u rasa nak speaking ngan anak2 speaking jerlah.ngan PIL jgn speaking plak..Kes me pon lebih kurg je ngan u..me pedulikan jer..kenapa nak ubah cara kita yang xde salah tu..
tpi alhamdulillah PIL me faham n x kesah..yg selalu bising sedara mara blah suami perli2..tp MIL me dah pesan..
pekakkan telinga jer ngan dorg tu.. APa yang me buat..awal2 dulu takut jugaklah PIL me termakan hasutan..
Me buat baik kat org yang penting dulu..yang utama...so dalam kes me yang penting dan utama my PIL
buat baik dengan dorg..
Beli hadiah ker..
Belikan makanan..Bagi duit ker..
Tiap kali balik walau kecik hadiah ada jer ingatan utk dorg..
Kenalah melabur skit..
Nanti ok..insyaallah.. so maybe dorg pon akan fikir untung apa dngar cakap sedara yang xde bagi manfaat tu?Jeles barangkali...
Kalu dorang baik ngan me lagi untung dpat hadiah mcm2..bukan me buat jahat pon ngan dorg..gitu...hihihi
U kena amik hati jeneral dulu..which is kalu ikut citer u pak mertua u tu lah..
Sbb dia yang kontrol semua..Orang lain biar jer dulu..fokus pak mertua u
So tanya hb pak mertua suka apa...
belikan..kalu xmampu masak pon u belikan ke..cari kedai mana yang dia suka beli makan ke....say sori kata u xreti tapi u tau dia suka sgt..
humble jjgn lupa..senyum jer dorg ckp per...buat lawak..walau dorg niat nak perli u buat lawak jer gelak2..
bila jeneral da ngam ngan u lain2 prebet tu kacang jer..hihihi







Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2015 01:34 AM | Show all posts
ini bukan education gap
ini namanya miskin minda
dari sebelah in law tt.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 2-7-2015 11:43 AM | Show all posts
mommymonster82 replied at 1-7-2015 09:13 PM
Just be yourself..u rasa nak speaking ngan anak2 speaking jerlah.ngan PIL jgn speaking plak..Kes me  ...

mommy, aku penah buat apa yang ko suggest ni dulu... aku letak atas meja aku beli la few food stuff..masa tu dekat nak raya..kerepek ada la 2 plastik besar. Depan2 aku FIL aku tu cakap "...apa benda nih? siap beli..kita ada ubi kayu berlambak2 buleh buat kerepek mcm ni.."...sedih aku ....


Diaorang tak  makan benda2 makanan yang beli nih..tak bersih tak hygein....etc etc....waaaaa
Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2015 11:47 AM From the mobile phone | Show all posts
TulenBang replied at 2-7-2015 11:43 AM
mommy, aku penah buat apa yang ko suggest ni dulu... aku letak atas meja aku beli la few food stuf ...


Owh...kalu gtu xyahlah beli makanan.... Beli hadiah lain... baju ke.. hbag ke..... tapi kalu u xnak pon xper..nak buat kering je pon xper..lantak dorglah..hihihihi...me pon dulu tekad gtu gak..kata kali me nak buat baik ni dorg nak tolak mentah2... mmg me akan buat xtau jerlha..me bagi can 3 kali je..kalu pas 3 kali  dorg tak ngam dgn me mmg me nak buat kering je..tapi alhamdulillahla..mertua n ipar me dorg xde per2 dengan me..terima seadanya..yg ada problem tulah kata sedara mara...dorg tu semua org xbetul...hihihi yg tu lantaklah dorg... bukan penting pon..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-7-2015 11:49 AM | Show all posts
Hana replied at 25-6-2015 11:26 AM
yu orang bando kawen dgn orang kampung kah?
mcm mana boleh kawen dgn dasar "family" ni? mc ...

ooo mcm tu ek kakak hana...

teringat dulu masa anak masih baby saya kasi  makan benda lain from their so called culture..saya kasi labu lecek..cous cous.... carrot lecek...nasi ayam ..kena jadik bahan sebab tu makanan buat anak masuk angin ...

saya tak nak anak saya tu makan bubur lauk bilis blender je sepanjang masa. mana nak datang zat kalu duk makan makanan mcm hospital camtu..baby tengok pun tak lalu nak makan...lama gak jadik bahan...


Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2015 12:01 PM | Show all posts
susah sgt nak jumpa pak dgn mak mertua layan kita mcm anak sendiri.lepas tu nak kita layan dia mcm mak sendiri...garu kepala aku
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-3-2024 06:23 PM GMT+8 , Processed in 0.091910 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list