CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12
Return to list New
Author: Acong

[Tempatan] UMNO ada 1MDB, Ajemin pun mau DEIG

[Copy link]
Post time 29-6-2015 01:35 AM | Show all posts
Jangan jadi lagi hebat dr 1mdb sudah. Tapi apa pun macai tetap sokong
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 29-6-2015 02:15 AM | Show all posts
mana SelCat?   

@razhar   dah mampus? mana telo?  
Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2015 02:35 AM From the mobile phone | Show all posts
kasibiman replied at 28-6-2015 10:13 AM
Acom: ala2 sudah terang lagi bersuluh gitewww  



Xsemua government xberbisnes..even singapore pun ada temasek holding yang terlibat dalam berbagai perniagaan..

Langkah bijak n berani dari azmin setelah melihat kejayaan 1mdb n iskandar johor menarik pelaburan .
Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2015 07:21 AM From the mobile phone | Show all posts
PenyokongNajib replied at 29-6-2015 02:35 AM
Xsemua government xberbisnes..even singapore pun ada temasek holding yang terlibat dalam berbagai  ...

Dan hasilnya terutama skali bawah najib:
1mdb : pencapaian membanggakan menaikkan sovereign risk rating dan mempariahkan RM

Mara inc: duit utk pemerkasaan anak bangsa pon sekau

fGV: Dari kebanggaan post listing jadi pariah. Bahkan mind boggling pulak bila listing should have institutionalised governance perkara sebaliknya berlaku.

Takde plak epf lth khazanah kene cengini. Bezanya di situ antara pelaburan dan berbisnes
Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2015 09:07 AM | Show all posts
kasibiman replied at 29-6-2015 07:21 AM
Dan hasilnya terutama skali bawah najib:
1mdb : pencapaian membanggakan menaikkan sovereign risk  ...
Dan hasilnya terutama skali bawah najib:
1mdb : pencapaian membanggakan menaikkan sovereign risk rating dan mempariahkan RM


Rm jatuh kerana kejatuhan harga minyak..1mdb mungkin mempengaruhi sedikit..itupun sebab spekulasi membabi buta dari kalangan pembangkang n ex pimpinan kerajaan..

Mara inc: duit utk pemerkasaan anak bangsa pon sekau

yang sekau tu yang bersalah..bukan mara inc yang bersalah..tapi kes masih dalam siasatan..sebabnya pembiayaan properties tersebut adalah melalui pembiayaan international bank..yang mana kalau bank nak biayai..mestilah melihat valuation n bla-bla..sekiranya terdapat pemalsuan dekat situ..ianya melibatkan banyak pihak..dari mara sendiri, pihak yang wat valuation n even pihak bank antarabangsa yang meluluskan pembiayaan tersebut..

fGV: Dari kebanggaan post listing jadi pariah. Bahkan mind boggling pulak bila listing should have institutionalised governance perkara sebaliknya berlaku.

FGV adalah sebuah anak syarikat Felda yang mana tidak bernasib baik selepas listing di atas banyak faktor..kejatuhan harga komoditi, kejatuhan bskl, kejatuhan rm n berbagai-bagai lagi yang menyebabkan bukan fgv semata-mata..bahkan hampir semua yang diseneraikan di bursa saham malaysia jatuh..

Takde plak epf lth khazanah kene cengini. Bezanya di situ antara pelaburan dan berbisnes



tahniah kepada pengurusan tersebut kerana berjaya mengekalkan imej positif..semoga pengurusan 1mdb, mara inc, fgv dan lain-lain boleh belajar dari mereka ini..
Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2015 09:52 AM From the mobile phone | Show all posts
dodolgemok replied at 28-6-2015 04:00 PM
Amboii sis arini seharian dok eskrem kehulu kehilir. Partner merantau jauh lettewww smbpai gian di ...

Sis...kan jemin dan eskrem merupakan sinonim dlm kamus dewan
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-6-2015 09:54 AM | Show all posts


RM jatuh sbb minyak?

toksah mengencing la. Kenaikan mendadak december for CDS hanya satu sbb: 1mdb tak mengotakan janji utk bayar utang 30 nov. dan kadar tu elevated ever since, dan terkait balik dgn kejatuhan RM.



fGV: Dari kebanggaan post listing jadi pariah. Bahkan mind boggling pulak bila listing should have institutionalised governance perkara sebaliknya berlaku.

Pembelian Eagle high at 31x p/e? bangang apa kah ini?


Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2015 10:13 AM From the mobile phone | Show all posts
Modngengade replied at 29-6-2015 09:52 AM
Sis...kan jemin dan eskrem merupakan sinonim dlm kamus dewan

Kesian sis kena pose eskrem.brapa lama dah xmerasa hehehehee...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-6-2015 10:19 AM From the mobile phone | Show all posts
dodolgemok replied at 29-6-2015 02:13 AM
Kesian sis kena pose eskrem.brapa lama dah xmerasa hehehehee...

Akak stok eskrem byk jer dlm petiais sis...tapi eskrem potonglah hehe....
Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2015 10:30 AM From the mobile phone | Show all posts
Modngengade replied at 29-6-2015 10:19 AM
Akak stok eskrem byk jer dlm petiais sis...tapi eskrem potonglah hehe....

Boleh la buat ganti drpd tak dpt apa2, mau meroyan sebaldi dua.kahkahkah...
Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2015 11:38 AM From the mobile phone | Show all posts
dodolgemok replied at 29-6-2015 02:30 AM
Boleh la buat ganti drpd tak dpt apa2, mau meroyan sebaldi dua.kahkahkah...

Dodol pulak tk kan x der stok eskrem penghilang dahaga kekeke
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-8-2015 03:24 AM | Show all posts
Masalah RM30 bilion DEIG lagi besar dari derma RM2.6 bilion - Rahman Dahlan
Mariah Ahmad, Astro Awani |  Diterbitkan pada Ogos 21, 2015 15:21 MYT


ABDUL RAHMAN: Jumlahnya agak besar, RM30 billion, jauh lebih besar daripada RM2.6 bilion. Foto AWANI

SUBANG JAYA: Jumlah pengurusan aset syarikat Darul Ehsan Investment Group (DEIG) yang bernilai RM30 bilion merupakan satu masalah yang serius, kata Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Abdul Rahman Dahlan.

Bercakap kepada pemberita, beliau menyifatkan masalah itu lebih besar berbanding derma bernilai RM2.6 bilion yang dimasukkan ke akaun peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Bila RM2.6 billion, respon macam nak kiamat tapi bila RM30 bilion? Kami masih lagi melihat soalan-soalan yang dijawab dalam DUN Selangor tidak memuaskan hati bukan sahaja kepada kerajaaan persekutuan malah Pakatan Rakyat.

"Jumlahnya agak besar, RM30 billion, jauh lebih besar daripada RM2.6 bilion. Kalau tengok garis masa akaun media sosial pemimpin Pakatan Rakyat, mereka cuba mengalihkan isu ini," kata  itu pada sidang media selepas merasmikan Persidangan Harta dan Perumahan Awam di Sunway Resort Hotel and Spa.

Katanya beliau pelik kerana sebuah syarikat berkaitan kerajaan negeri Selangor yang bernilai RM2, mempunyai kuasa menguruskan aset bernilai melebihi RM30 bilion.

"Saya rasa ini tindakan yang tidak bertanggungjawab untuk mereka tidak melihat isu ini dengan keadaan sekarang ini.

"Sebelum ini kita dengar Menteri Besar Selangor Azmin Ali mahu menjelaskan kepada rakyat tentang isu ini dan kita rasakan jangan tunggu sampai November.

"Apa yang merisaukan saya adalah bagaimana syarikat berkaitan kerajaan negeri Selangor RM2 mempunyai kuasa untuk mengurus aset melebihi RM30 bilion dan mengapa tidak ada mekanisme untuk syarikat ini memberikan makluman kepada Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor?" tambahnya.

Selain itu, Abdul Rahman turut menggesa agar Azmin tidak berlengah dalam membuat perjelasan mengenai aset yang dipegang syarikat kontrovosi itu.

"Banyak sangat soalan yang diajukan tapi tidak mendapat penjelasan Azmin. Sekarang ini dia perlu menjelaskan secepat yang boleh bagi meredakan kekeliruan rakyat.
"Saya risau 'check and balance' mungkin tidak  ada dalam isu ini dan kita tidak mahu ada penyelewangan berlaku," jelasnya lagi.

http://www.astroawani.com/berita ... rahman-dahlan-70740


sejak kes TSKI kena pecat tanpa siasatan SELCAT, aku dah yakin JILAKE2 dalam PKR nie BANGSAT  


PKR BANGSAT

PKR BANGSAT

PKR BANGSAT

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-8-2015 10:03 AM | Show all posts
DEIG: 'Bukti kecelaruan Kerajaan Azmin Ali' - Ibdilillah
Astro Awani |  Diterbitkan pada Ogos 22, 2015 08:11 MYT


IBDILILLAH: DEIG: 'Bukti kecelaruan Kerajaan Azmin Ali' - Gambar fail

KUALA LUMPUR: Kewujudan Darul Ehsan Investment Group (DEIG) membuktikan Kerajaan Negeri Selangor pimpinan Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali sedang dilanda masalah akauntabiliti yang begitu hebat.

Exco Pergerakan Pemuda UMNO Ibdilillah Ishak berkata, isu Azmin bermula dengan masalah penstrukturan air dan DEIG pasti menimbulkan kecelaruan baru di dalam pentadbiran negeri.

"DEIG ini merupakan sebuah entiti pelaburan baru yang diletakkan dibawah seliaan Menteri Besar Incorporated (MBI). Kewujuduan DEIG ini merupakan ilham yang dipetik dari awangan oleh Azmin.

"Sudah tentu penubuhan entiti pelaburan baru ini akan menimbulkan lagi kecelaruan di dalam pentadbiran negeri. Kononnya untuk mengelakkan pertindihan organisasi. Dikatakan lagi berperanan sebagai badan pemegang hartanah dan amanah Kerajaan Negeri Selangor.

"Ia menimbulkan pelbagai tanda tanya. Ini adalah kerana entiti pelaburan baru itu disorokkan dibawah MBI," katanya kepada Astro AWANI di sini hari ini.

DEIG itubuhkan dan didaftarkan melalui Akta Syarikat 1965. Melalui Akta Syarikat 1965, sesebuah entiti itu dibenarkan membuat pinjaman dan jika tadbir urusnya tidak baik, sudah tentu boleh membahayakan aset-aset kerajaan negeri Selangor.

Tegas Ibdilillah, penubuhan DEIG seolah-olah satu indikator yang jelas bahawa Kerajaan Negeri Selangor bakal berdepan dengan masalah urus tadbir.

"Bukankah Kerajaan Negeri diterajui PKR dan DAP merupakan "juara" isu ketelusan? Ia akan berhadapan isu ketidaktelusan dalam hal kewangan dan pelaburan memandangkan entiti tersebut (DEIG) bebas daripada diaudit.

"Tambahan pula entiti ini tidak punya apa-apa tanggungjawab langsung untuk melaporkan perkembangan entiti kepada Dewan Negeri dan Mesyuarat Majlis Kerajaan Negeri Selangor," jelasnya.

Katanya lagi, DEIG juga langsung tidak mempunyai mekanisme untuk memastikan agar perjanjian yang melibatkan entiti itu tidak berat sebelah.

"Kita lihat terutama dalam menguruskan nilai aset MBI yang berjumlah RM6.3 bilion. Penubuhan DEIG adalah tanpa sebarang enakmen yang tertentu.

"Penubuhan entiti itu juga turut mengejutkan Ahli Dewan Undangan Negeri Selangor DAP dan Ahli Dewan Undangan Negeri Selangor BN. Ini adalah kerana tiada keperincian kandungan dokumen berhubung penubuhan DEIG," ujarnya.

Dari segi politik kata Ibdilillah, Azmin seolah-olah hilang kawalan dalam DUN selepas usul meminta Kerajaan Negeri meneliti semula penubuhan DEIG diluluskan.
"Jika dilihat secara tersiratnya, ia seakan-akan Azmin hilang sokongan dan tidak dipercayai majoriti ADUN Selangor ekoran sebilangan besar ADUN BN, PAS dan DAP yang menentang penubuhan Darul Ehsan Investment Group.

"Jika hasrat Azmin adalah untuk menstruktur semula anak-anak syarikat dibawah MBI, mengapa dia tidak memperkukuh dan memperjelaskan lagi MBI sendiri? Mengapa perlu mewujudkan satu entiti baru yang mempunyai fungsi yang sama seperti MBI?

"Kebimbangan utama sudah tentu kelompangan dan penyalahgunaan wang rakyat Selangor sekiranya DEIG gagal melakukan pelaburan yang dicanangkan," jelasnya.

http://www.astroawani.com/berita-malaysia/deig-bukti-kecelaruan-kerajaan-azmin-ali-ibdilillah-70759
Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2015 10:21 AM | Show all posts
DEIG, 1MDB - Kedua-duanya adalah saloran yang betol untuk
MENYONGLAP DUIT. Pinjam 30 BILLION, lepas tu songlap 80%,
mingtak rtakyat bayo utang sepanjang hayat...............

PKR,DAP, UMNGOK - Sumenya KAKI SONGLAP.
PRU 14 nanait kena pikir nak pangkah songlap RM7.79 atau RM2.69...???
Beso atau kecik BILLUION SONGLAPAN, ujung-ujungnya RAKYAT jugak yang kena.....
Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2015 10:31 AM From the mobile phone | Show all posts
Bagi.pihak.sana.tembak.dulu..... bila.ada.retaliasi.baru.best........
Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2015 10:36 AM From the mobile phone | Show all posts
Bertabah la semua..patut la najib relax n xnak turun..
Dua-dua sama shelaka..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-8-2015 10:38 AM | Show all posts
dpd  buat parti  baru GHB elokla geng geng so called professional urban sama2 repair PKR
Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2015 12:05 PM | Show all posts
Edited by EJALTI at 22-8-2015 04:10 AM

DEIG sedia disiasat SPRM, PAC

WARTAWAN SINAR HARIAN
22 OGOS 2015http://www.sinarharian.com.my/na ... t-sprm-pac-1.422127


Pengarah Urusan Kumpulan Media Karangkraf, Datuk Hussamuddin Yaacub ketika menerima kunjungan Azmin di Kompleks Media Karangkraf semalam. - FOTO JAZALY AMRY JAAFAR

ISU Darul Ehsan Investment Group Berhad (DEIG) menjadi topik perbualan hangat minggu ini, dan hampir sepanas isu syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Isu DEIG  mula dibangkitkan Adun Pelabuhan Klang, Tan Seri Abdul Khalid Ibrahim dalam sidang Dun yang lalu apabila beliau mempertikai ketelusan DEIG yang kegiatannya didakwa disorok di bawah Menteri Besar Incorporated (MBI) kerana takut diaudit.

Penubuhan itu turut dipertikai oleh pemimpin BN, khususnya di Selangor, yang bimbang dana milik kerajaan negeri disalah guna oleh DEIG. Menurut Menteri Besar Selangor, MOHAMED AZMIN ALI, semua dakwaan itu tidak berasas sama sekali kerana masih belum ada sebarang transaksi dibuat dan DEIG masih sebuah syarikat bernilai RM2. Ikuti temu bual eksklusif  oleh wartawan Sinar Harian, ROBIATULADAWIYAH ABD RASHAD, HAFEZDZULLAH MOHD HASSAN dan NIZAM ZAIN serta jurufoto, JAZALY AMRY JAAFAR bersama Mohamed Azmin di Kompleks Media Karangkraf, semalam.

Ramai yang mempersoalkan kewujudan DEIG, boleh YAB jelaskan tujuannya?

Prinsip utama ditubuhkan adalah untuk menyelaraskan dan menyatukan aset dalam MBI yang memiliki 12 anak syarikat bernilai RM6.3 bilion dalam bentuk tanah dan hartanah. Dulu kita ada State Secretary Incoprated (SSI) yang menguruskan aset kerajaan negeri.

Bagaimanapun, pada tahun 1994 kerajaan negeri tak berupaya, maka SSI dipindah kepada MBI dan matlamat masih sama. Sepanjang penubuhan MBI kesemua anak syarikat gagal beri pulangan dan bayar dividen pada kerajaan negeri.

Apakah ini perlu diteruskan dalam keadaan mereka punya aset besar tetapi tidak boleh bagi pulangan kepada kerajaan negeri, sedangkan pulangan itu penting untuk kita teruskan pembangunan negeri.

Oleh sebab kita lihat mereka gagal cipta nilai baru dan nilai tambah pada hartanah tersebut, ia kerugian besar pada negeri. Matlamat kita menubuhkan DEIG adalah untuk menguruskan pelaburan dari 12 anak syarikat itu secara profesional dengan tujuan mencipta nilai tambah pada aset sedia ada.

Daripada 12 anak syarikat di bawah MBI, tidak ada satu ke yang boleh dibangunkan kerajaan negeri sehingga terpaksa tubuhkan entiti baru?

Setakat ini, itulah keadaannya, kerana berlaku pertindihan dari segi fokus perniagaan mereka. Saya sudah jelaskan dalam Dewan Negeri, salah satu contoh Pendidikan Industri YS Sdn Bhd (PIYSB) yang dimiliki oleh MBI di bawahnya ada Unisel yang perniagaan utamanya pendidikan.

Sepatutnya mereka melakukan sesuatu untuk menjana pendapat lebih tetapi itu tidak berlaku, akhirnya kerajaan negeri terpaksa menanggung kos pembaikan di Unisel, tahun lepas sahaja sebanyak RM62 juta telah dibelanjakan.

Apa peranan anak syarikat? Patut mereka yang mencipta nilai dan beri pulangan. Kita tidak boleh biarkan keadaan ini berterusan dalam kita ada aset yang besar tetapi tidak mampu beri pulangan.

Mungkin YAB boleh jelaskan lebih perinci peranan DEIG apabila berdepan dengan situasi itu?

DEIG entiti baru yang berperanan untuk terlibat dalam pelaburan aset kerajaan negeri. Sebagai contoh ada tiga anak syarikat di bawah MBI dalam bidang yang sama iaitu hartanah. Sudah tentu ada persaingan, maka kita gabungkan menjadi entiti di bawah DEIG dan dibentuk dalam beberapa kluster.

Salah satunya adalah hartanah , pendidikan, kesihatan dan unisel akan diletak bawah pendidikan, anak syarikat berkenaan akan terlibat untuk dapatkan hasil untuk biayai universiti. DEIG akan diuruskan secara profesional.

Adakah DEIG sudah beroperasi, dan komen YAB mengenai dakwaan dua pemegang saham dalam syarikat tersebut?

DEIG belum beroperasi hanya akan beroperasi pada suku tahun pertama 2016, DEIG tidak ada aset maka dakwaan DEIG syarikat RM2 uruskan aset RM6.3 bilion adalah satu pembohongan dan fakta yang salah.

DEIG ditubuhkan Mei 2015, pada peringkat awal memang ada dua pemegang saham  iaitu CEO dan COO MBI kerana akhirnya DEIG akan dimiliki oleh MBI. Dalam mana pembentukan syarikat memang perlukan dua orang pemegang saham, untuk daftar nama syarikat.

Dua bulan kemudian, pada Julai 2015 DEIG telah menjadi milik penuh MBI. Fakta pertama saya nak tegaskan adalah tidak benar DEIG dimiliki oleh dua individu kerana saya telah serah sijil Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) pada Jawatankuasa Pilihan Mengenai Agensi, Badan Berkanun dan Anak Syarikat (JP-ABAS). Faktanya sekarang DEIG dimiliki penuh oleh MBI.


Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2015 12:08 PM | Show all posts
DAP nak tumbangkan PKR Selangor tuuuu agak nya.....
Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2015 12:30 PM | Show all posts
Azmin akui modal mula DEIG RM2, janji ketelusan

Published: 22 August 2015 10:23 AM
http://www.themalaysianinsider.c ... rm2-janji-ketelusan



Mohamed Azmin Ali menyifatkan penubuhan Kumpulan Pelaburan Darul Ehsan (DEIG) Sdn Bhd dengan modal awal hanya RM2 bukan suatu isu besar tetapi yang penting, syarikat itu akan ditadbir secara telus dan mengikut undang-undang.

Dalam satu wawancara dengan akhbar Sinar Harian, menteri besar Selangor itu berkata, RM2 tersebut adalah saham tajaan syarikat di mana suntikan modal perlu dilakukan.

"Apabila mula beroperasi dengan struktur governans yang jelas, maka sudah tentu modal itu perlu dinaikkan, sebab RM2 itu saham tajaan buka syarikat.

"Bila hendak mula operasi mestilah ada suntikan tunai atau melalui aset lain," Azmin dipetik berkata Sinar Harian hari ini.

Yang lebih penting, katanya, syarikat pelaburan tersebut dijamin akan diikat dan dikawal dengan perundangan yang jelas.

"Kita akan bertanggungjawab dengan DUN (Dewan Undangan Negeri) supaya ketelusan kita pertahankan," katanya.

Pentadbiran Azmin berdepan kritikan susulan penubuhan DEIG yang dikatakan menyamai syarikat pelaburan bermasalah 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang dimiliki kerajaan pusat.

Bekas menteri besar, Tan Sri Khalid Ibrahim juga semasa sidang DUN baru-baru ini berbalah dengan Azmin mengenai penubuhan DEIG yang tidak tertakluk di bawah enakmen negeri dan tidak perlu melaporkan penyata kewangan dalam DUN walaupun bertanggungjawab menguruskan RM6.3 bilion aset pelaburan negeri.

Azmin mempertahankan ketelusan DEIG kerana ia akan dibentuk beberapa jawatankuasa bebas bagi menentukan pelaburan yang bakal dibuat.

"DEIG akan dibentuk beberapa jawatankuasa bebas untuk diakses seperti jawatankuasa tender, jawatankuasa pemilihan dan jawatankuasa pelaburan.

"Jawatankuasa-jawatankuasa ini akan menentukan apakah bentuk pelaburan yang akan dibuat. Jadi, jelas perkara itu tidak hanya diputuskan oleh saya," katanya.

Mengenai dana besar yang bakal diuruskan oleh DEIG, Azmin dilaporkan berkata, syarikat itu akan menguruskan aset bernilai RM6.3 bilion itu dan isu dana RM30 bilion tidak timbul kerana GDV (Gross Development Value) sentiasa berubah-ubah.

"Aset RM6.3 bilion, tetapi GDV boleh berubah-ubah. Kalau tidak faham pengurusan pelaburan dan ekonomi, jangan bercakap.

"Dana RM30 bilion ketika ini tidak timbul kerana GDV berubah dari semasa ke semasa. Ada banyak faktor mempengaruhi GDV. Apa yang ditekan, aset yang ada perlu diuruskan bagi mencipta nilai baharu," katanya.

Azmin juga mengalu-alukan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menyiasat DEIG kerana ia masih belum beroperasi. – 22 Ogos, 2015.

- See more at: http://www.themalaysianinsider.c ... thash.7g5FHwAu.dpuf
Reply

Use magic Report

12
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

5-5-2024 07:18 PM GMT+8 , Processed in 0.064361 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list