CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1573|Reply: 9

‘Pembersihan etnik’ dalam PAS antara punca Sheikh Omar sertai DAP

[Copy link]
Post time 28-6-2015 03:53 PM | Show all posts |Read mode
‘Pembersihan etnik’ dalam PAS antara punca Sheikh Omar sertai DAP
OLEH MOHD FARHAN DARWIS
Published: 27 June 2015 12:40 PM

Sheikh Omar Ali berkata semangat perjuangan demokrasi yang dibawa DAP selari dengan semangat yang dianjurkan Islam, dan berbanding PAS, parti tersebut tampak lebih serius tentang memperjuangkan isu membabitkan rakyat. – Gambar fail The Malaysian Insider, 27 Jun, 2015.Kecewa dengan sikap sebahagian pemimpin PAS yang lebih gemar menjadikan parti Islam itu "eksklusif" dan berterusan dengan polemik lama yang sering dikitar semula, serta "pembersihan etnik" pada pemilihan parti awal bulan ini, Sheikh Omar Ali mengambil pendirian keluar parti dan menyertai DAP.
Bekas penuntut jurusan Usuluddin di Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya itu berpendapat, keputusan pemilihan PAS yang menyaksikan kelebihan dimiliki kumpulan konservatif dari kalangan pro ulama juga menyaksikan parti itu semakin ketinggalan 30 tahun ke belakang.
Keadaan ini berbanding DAP, yang pada pandangan bekas ahli PAS berusia 30 tahun ini, nampak lebih serius dalam memperjuangkan isu yang membabitkan rakyat.
"Agak lama saya berada dalam PAS, namun sikap sesetengah pimpinan parti Islam tersebut yang terus-menerus mengulangi polemik serta titik bengik konflik dalamannya yang terlalu panjang, menyebabkan PAS menjadi begitu ekslusif dan seolah-olah tidak mahu bergerak ke hadapan mendepani isu rakyat.
"Bukan tidak ada figura progresif, namun pasca muktamar lalu seolah-olah menyaksikan satu proses 'ethnic cleansing' yang akhirnya akan membawa semula PAS 30 tahun ke belakang," katanya dalam satu wawancara bersama The Malaysian Insider, merujuk Muktamar Tahunan ke-61 yang diadakan di Kuala Selangor itu.
Bekas penuntut sekolah menengah kebangsaan agama di selatan tanah air itu juga yakin, DAP bukan sebuah parti yang berteraskan jalur perkauman seperti dibangkitkan beberapa pihak yang mendakwa DAP merupakan parti cauvinis.
Sebaliknya, Sheikh Omar berkata, beliau melihat semangat perjuangan demokrasi yang dibawa DAP juga selari dengan semangat yang dianjurkan Islam.
"Saya tidak khuatir dengan 'backfire' yang mungkin diterima dek kerana seorang anak muda Melayu, berlatar belakangkan pengajian agama, menyertai DAP – sebuah parti yang berteraskan semangat demokrasi, yang hakikatnya tiada percanggahan dengan semangat Islam.
"Asalkan sahaja dasarnya tidak berubah, DAP adalah untuk semua rakyat yang bercita-cita melihat perubahan iklim politik kepada yang lebih sihat dan demokratik, tanpa mengira warna kulit," katanya.
Hubungan DAP dan PAS kini semakin keruh, lebih-lebih lagi apabila Muktamar Dewan Ulama mengusulkan supaya parti itu memutuskan hubungan dengan parti sekular itu dan usul berkenaan diluluskan tanpa bahas di muktamar penuh.
Susulan daripada perkembangan itu, DAP kemudiannya mengambil pendirian dan mengumumkan tamatnya riwayat gabungan pembangkang Pakatan Rakyat (PR).
Ia kemudiannya menyebabkan sekumpulan ahli Parlimen dan bekas pemimpin PAS yang tewas dalam pemilihan, terutamanya mereka daripada kumpulan progresif, menubuhkan G18, juga dikenali sebagai 'Gerakan Harapan Baru'.
Ia sekali gus mencetuskan ura-ura akan wujudnya parti baharu yang akan menjadi alternatif kepada PAS dalam PR.
"Saya memilih DAP kerana saya melihat ada ruang untuk saya mainkan peranan ke arah perubahan di Malaysia," kata Sheikh Omar ketika diajukan pertanyaan sama ada akan menyertai parti baharu itu sekiranya ia ditubuhkan.
"Sekiranya terbentuk parti baharu oleh golongan profesional PAS, saya harap ia benar-benar dapat menjadi elemen penguat ke arah menyatukan barisan pembangkang, termasuklah DAP dan PKR, dalam satu pakatan untuk menumbangkan Umno dan Barisan Nasional (BN)."
Sheikh Omar turut berkata, meskipun berlatarbelakangkan pendidikan agama, 'penjenamaan Islam' dalam DAP bukan isu pokok yang menjadi matlamatnya menyertai DAP.
"Bagi saya, Islam adalah pada intipati, ruh, semangat, penghayatan dan diterjemahkan dalam bentuk perlaksanaan sistem serta nilai kehidupan.
"Natijah akhirnya ialah kesejahteraan kepada rakyat dalam bernegara. 'Baldatun toyyibatun, wa robbun ghafur' – negara yang baik sejahtera dan Tuhan maha pengampun," katanya.
Sayap Islamis, atau apa sahaja 'penjenamaan Islam' dalam parti demokratik itu, katanya, bukan isunya.
"Komitmen DAP untuk melawan rasuah, pengagihan kekayaan negara yang berat sebelah, ketirisan, perkauman sempit dan sebagainya adalah intipatinya, walaupun tanpa 'sayap Islamis' atau 'Dewan Ulama'," katanya.
Bekas exco pemuda PAS Johor itu menyertai DAP secara rasmi minggu lepas apabila menyerahkan borang keahlian kepada Penasihat DAP, yang juga ahli Parlimen Gelang Patah, Lim Kit Siang pada satu majlis berbuka puasa di Kluang.
Sheikh Omar turut berkata, selain ibu bapa, isterinya turut menyokong tindakannya itu.
"Keluarga saya tiada masalah dengan keputusan ini. Lebih-lebih lagi ibu dan bapa saya. Merekalah sumber kekuatan bagi diri saya untuk berpencak di lapangan politik.
"Rakan-rakan umumnya, serta kenalan dalam PAS, memberikan pandangan yang berbeza-beza. Namun semuanya saya anggap sebagai motivasi, dorongan serta nasihat tanda 'peduli' mereka dalam mengikuti perkembangan karier politik saya," katanya, yang pernah berkhidmat sebagai Pegawai Tadbir dan Diplomatik di Putrajaya. – 27 Jun, 2015

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-6-2015 10:51 AM | Show all posts
Bodoh nak mampus...kalau kamu nak tahu dapig tuh..hanya bermanis muka saja di depan melayu bodoh macam kamu..kalau kamu nak tahu dapig benci benci yang amat kepada melayu dan islam....melebihi melayu bencikan babi..itulah wajah sebenar dapig..kalau dapig dapat kuasa mereka akan halau kamu macam angjing kurap.  parti yang paling tidak boleh di percayai di alam semesta adalah dapig.
Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2015 04:29 PM | Show all posts
'keputusan pemilihan PAS yang menyaksikan kelebihan dimiliki kumpulan konservatif dari kalangan pro ulama juga menyaksikan parti itu semakin ketinggalan 30 tahun ke belakang.'...sangat tidak bersetuju dengan kenyataan ini....adakah memilih salah satu pegangan untuk membawa hukum islam menyebabkan PAS akan ketinggalan atau dipinggirkan masa ini....bukankah itu menunjukkan ketidakyakinan kepada ajaran agama sendiri?.....sepatutnya org islam menyokong dan membantu sejauh mana yg boleh....lagi pun apa bezanya kepimpinan DAP dgn MIC?..atau dengan PKR ...malah dgn umno sendiri....selain PAS...semuanya memisahkan agama dengan politik...adakah Nabi berbuat demikian?...mana yg sepatutnya....takut dgn Tuhan atau takut hilang kedudukan & pangkat?...
Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2015 04:28 PM | Show all posts
Bagi aku Keredhaan Allah lebih utama dari keredhaan DAPig.... Al-Quran dah jelaskan bahawa orang kapir takkan sekali-kali redha dgn umat islam sehingga umat islam menurut jalan mereka.... Tapi aku heran ada jugak melayu muslim yang masih gigih nak cium molot dgn DAPig neh..
Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2015 09:28 PM | Show all posts
namirulmukminin replied at 30-6-2015 04:28 PM
Bagi aku Keredhaan Allah lebih utama dari keredhaan DAPig.... Al-Quran dah jelaskan bahawa orang kap ...

wah mudahnya nak pigkan org..apa kata aku pula panggil ko namirulmukmininpig...ok kot.
Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2015 09:30 PM | Show all posts
redseven replied at 29-6-2015 04:29 PM
'keputusan pemilihan PAS yang menyaksikan kelebihan dimiliki kumpulan konservatif dari kalangan pro  ...

tak perlu setuju...kalau mereka masih berlagak leh jadi pembangkang sendirian nasib yg di alami thn 70an dan 80an akan kembali..takpe redha je lah.yg  penting hidup segan mati tak mahu.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 1-7-2015 08:59 AM | Show all posts
boria replied at 30-6-2015 09:28 PM
wah mudahnya nak pigkan org..apa kata aku pula panggil ko namirulmukmininpig...ok kot.

Chai DAPig kepanasan...
Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2015 04:49 PM | Show all posts
boria replied at 30-6-2015 09:30 PM
tak perlu setuju...kalau mereka masih berlagak leh jadi pembangkang sendirian nasib yg di alami th ...

pilihan yg dibuat sebelum ini adalah silap....cuba tgk calon@parti pilihan rakyat malaysia selepas pru 13....bila timbul isu gst..kenaikan pelbagai harga brg...harga minyak dll...sejauh mana calon yg dipilih 'membantu' rakyat...cam gst...lepas gaji ahli2 yg  berhormat pun naik..terus semua diam kat parlimen...bercakap sikit bila ade pilihan raya..tu pun nak buat modal bercakap...so persamaan yg sangat jelas untuk semua YAB..parti je lain...tapi PAS..ade sedikit kelainan kerana ada elemen agama..yg lain...semua 'keduniaan'....sebab tu sapa yg ambil alih..klu dah sama 'sejenis'...ceritanya pun akan sama...kuasa..pangkat..duit..rasuah...kroni....kecuali saudara memang tak percayakan Tuhan & nilai agama....tu cakap apa pun tak guna..sbb memang satu kapal..yg jenis asingkan agama dan politik....so klu rasuah...nak marah buat ape kat YB tu...dah memang korang sokong yg jenis 'kurang' agama atau letak agama kat tepi...x boleh campur...so ikut suke dia le nak buat apa yg dia rase betul pd pendapat dia...kan..kan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-7-2015 11:01 AM | Show all posts
redseven replied at 1-7-2015 04:49 PM
pilihan yg dibuat sebelum ini adalah silap....cuba tgk calon@parti pilihan rakyat malaysia selepas ...

kesihan dan simpati dengan saudara kerana tertipu dengan manusia hipokrat yg menunggang agama dlm pas.
bukan pas sahaja tenguklah mana2 parti dalam dunia yg menunggang agama hipokrat mereka akan terbarai lepas dapat kuasa..kesihan dan simpati sebab belum dapat hidayah.
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2015 04:44 PM | Show all posts
boria replied at 4-7-2015 11:01 AM
kesihan dan simpati dengan saudara kerana tertipu dengan manusia hipokrat yg menunggang agama dlm  ...

so maksud saudara parti cam umno...pkr..dap...memang yg terbaik,,,, yg bagus utk rakyat & negara...tiru je cara british....so klu kerajaan buat gst ke..semua naik ke...kroni ke..apa2 keputusan....corak pentadbiran adalah sama je kat mana2 negara lain yg ditafsirkan demokrasi ....kena bersedia tukar ketua atau tukar parti..sbb akan berlaku siapa yg paling popular akan menang ....tipu ke tak tipu ke....kerana nilai murni/moral & agama dianggap 'ibadat'..bukan atau diguna semasa bekerja...kerja lain..agama lain..itu maksud saudara?...klu saudara betul ada agama atau anut mana2 agama..atau kepercayaan mana2 pun....mungkin boleh tanya tokoh agama/kepercayaan saudara...adakah agama/keprcayaan perlu dipisahkan dari politik?..x boleh bersama....atau saudara memang anggap pemimpin parti keiga politik tersebut memang mempunyai nilai2 murni yg tinggi?...tak akan berlaku pecah amanah..khianat...gila kuasa?...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 01:17 AM GMT+8 , Processed in 0.372429 second(s), 35 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list