CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 14089|Reply: 129

[Tempatan] Nur Zuliana disahkan alami cacat kekal

[Copy link]
Post time 29-6-2015 07:52 AM | Show all posts |Read mode
Nur Zuliana disahkan alami cacat kekal
MOHD. HAFIZ 
ABD. MUTALIB
29 Jun 2015 1:17 AM


KOTA BHARU 28 Jun - Masa depan Nur Zuliana Zaara Zulkifli, 5, gelap apabila dia disahkan bakal mengalami kecacatan kekal akibat kecederaan patah 13 tulang di seluruh badan.

Hasil pemeriksaan kesihatan mendapati mangsa mengalami beberapa kecacatan kekal seperti bongkok akibat masalah tulang belakang yang patah serta tempang kerana perbezaan panjang tulang paha kiri dan kanan.

Pengarah Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II), Datuk Dr. Ghazali Hasni Md. Hassan berkata, keadaan tersebut berlaku disebabkan mangsa tidak pernah dirawat dan semua kecederaan yang dialami dibiarkan sembuh dengan sendiri sejak dia mula didera kira-kira enam bulan lalu.

Beliau berkata, 10 kesan kecederaan patah dikesan di bahagian tulang rusuk manakala tiga lagi masing-masing dikesan di bahagian tulang belakang, pinggul serta lengan kanan.

“Mangsa dipercayai terpaksa menanggung kesakitan bersendirian akibat patah tulang selama kira-kira tiga hingga enam bulan.

“Mangsa juga didapati dalam keadaan trauma di samping mengalami radang paru-paru sehingga mengganggu sistem pernafasannya. Sekarang, dia amat letih dan tidak bermaya,” katanya dalam sidang akhbar di HRPZ II di sini hari ini.

Akhbar ini hari ini melaporkan Nur Zuliana dipercayai didera oleh ibu tirinya sehingga menyebabkan kanak-kanak malang itu mengalami kecederaan patah tulang belakang, rusuk, paha termasuk dipenuhi kesan parut.

Lebih memilukan mangsa juga didakwa dibiarkan menderita tanpa sebarang rawatan sejak dia dipelihara oleh ibu tiri serta bapa kandungnya itu di Taman Rantau Mas, Rantau Panjang, Pasir Mas sejak dua tahun lalu.

Tambah Ghazali, usaha merawat Nur Zuliana yang diketuai Pakar Perubatan Kanak-kanak, Dr. Mariana Daud agak sukar kerana mangsa mengalami trauma yang teruk dan tidak mempercayai orang sekelilingnya.

Katanya, kanak-kanak itu juga mengalami kekurangan zat yang kronik menyebabkan berat badannya susut hingga 15 kilogram iaitu menyamai berat budak berusia tiga tahun.

“Mangsa berada dalam kea­daan stabil dan mampu makan melalui mulut dalam proses untuk pemulihan tenaga badan selepas dipercayai tidak diberi makan secukupnya dalam tempoh tiga hingga enam bulan,” katanya. --Utusan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-6-2015 08:00 AM From the mobile phone | Show all posts
khinzir btul perangai dera camtu skali :
Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2015 08:03 AM | Show all posts
ape lg..tgkp dan sebat smpai patah tulang temulang mak tiri ngan bpk xguna tu
Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2015 08:05 AM | Show all posts
cacat fizikal dh 1 hal
yg lbh kronik cacat mental




sian ko dik
moga2 allah kurniakan kekuatan mental & fizikal



Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2015 08:10 AM | Show all posts
still x dpt tangkap ke mak tiri dia yg bedak tebal 14 inci tu??
Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2015 08:11 AM | Show all posts
still x dpt tangkap ke mak tiri dia yg bedak tebal 14 inci tu??
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-6-2015 08:16 AM From the mobile phone | Show all posts
wtf! orang yg buat bende ni kat mangsa, iblis ke pontianak?!!
Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2015 08:19 AM | Show all posts
Ya Allah....
Semoga mak tiri dak bapaknya mengalami xcdent d Thailand dan menjadi cacat kekal jugak....amin...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-6-2015 08:21 AM | Show all posts
Edited by nurul_akmar at 29-6-2015 08:23 AM

tgk sket gmbar mak dia
Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2015 08:22 AM | Show all posts
semoga adik ni tabah dan boleh mengharungi hari2 mendatang
Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2015 08:23 AM | Show all posts
cecepat kasi tangkap... bodoh nyer bapak.. mak tiri nya pun sama
Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2015 08:24 AM | Show all posts
taikor replied at 29-6-2015 08:16 AM
wtf! orang yg buat bende ni kat mangsa, iblis ke pontianak?!!

pontianak pun tak sezalim tu dik.. paling jahat dia buat pun mengilai2 kacau orang je

Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2015 08:24 AM From the mobile phone | Show all posts
Tadi baca online news metro ke berita harian ke ntah..dah dpt tangkap dah dua2. Tolonglah jangan murah hati sgt nak maafkan.
Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2015 08:26 AM From the mobile phone | Show all posts
berair mata baca..,
beratnya dugaan buatmu dik

harap mak kandung(tak pasti)nnt tak dera kamu plak ye
manalah tau bkn senang nk jaga ank kurang upaya nih
kalo iman senipis kulit bawang dan hati serapuh kerepek bawang..
Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2015 08:28 AM | Show all posts
dah dpt tangkap kat kota bharu.. maybe polis ckp lari ke siam nak divert attention diorang je
Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2015 08:31 AM | Show all posts
aku tak dapat bayangkan mcm mana dia belasah budak tu sampai patah tulang.. biadap sungguh!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-6-2015 08:31 AM | Show all posts
vavi betol mak tiri budak ni..aku doa supaya betina ni mendapat balasan yg setimpal
Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2015 08:32 AM | Show all posts
bangsat betul perangai mcm ni. bapak tahu nak pan*a* je ke. biar anak kena pukul cam tu.
Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2015 08:33 AM | Show all posts
Xmau bagi la kat orang pompuan sial !
Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2015 08:36 AM From the mobile phone | Show all posts
supernaturalee replied at 29-6-2015 08:05 AM
cacat fizikal dh 1 hal
yg lbh kronik cacat mental


tak tahan wehh baca pasal dia tanggung kesakitan tu sendirian tanpa rawatan lama kot
kita2 nih kena cramp skit time tido jerit2 dah sakit
ni plak patah 13 tulang tanpa sebarang rawatan!!!!!
kejamnya manusia, napa tak bunuh je terus  kalo dh tak suke sgt pun sian budak tu menderita sampai trauma takut ngn semua org.
btw iols tetap nk marahkn mak kandung dia juga knplah tak usaha cari dan dptkn ank ko tu? dah bekas laki ckp gitu ko pun ok lah gitu je.. takkan tak rasa rindu?? mcm mak si rania tu fight selagi boleh sampai dpt semula ank tu.
ni last time jumpa posa tahun lps??  ank sendiri kot walopun tak dpt hak jagaan takkan seminggu sekali xleh jumpa??
mcm mana blh tido lena hari2 selama nih.. org len ank pi sekolah 4-5 jam dah rasa rindu.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Dividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
AbahmungDividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
Views : 1718 Replies : 0
Emma Maembong mohon maaf, tersilap langkah 'voice note' Ruhainies isu Bella Astillah
YgBenarEmma Maembong mohon maaf, tersilap langk
Views : 7791 Replies : 115
Tragedi Helikopter Terhempas Diketawakan Warga Singapura
beggTragedi Helikopter Terhempas Diketawakan
Views : 17796 Replies : 113
Hanya cakap "apa khabar" sudah dapat kerja...  pempengaruh Imran Bard kata kita terlalu mengagung orang luar seperti Korea berbanding layanan mereka terhadap orang kita.Anda setuju?
YgBenarHanya cakap "apa khabar" sudah dapat ker
Views : 8980 Replies : 62
Mari Tepek Gif Picture V.7
tariMari Tepek Gif Picture V.7
Views : 54968 Replies : 2755
Belum masanya Malaysia laksana aturan waktu kerja fleksibel
ultra78Belum masanya Malaysia laksana aturan wa
Views : 6359 Replies : 25
Restoran Kantan Datin Isma
AngelFreakyAFRestoran Kantan Datin Isma
Views : 18022 Replies : 90
Elia Jejari Runcing
friedfishsoupElia Jejari Runcing
Views : 86188 Replies : 307
Lelaki 45 tahun ada lebih RM1 juta KWSP cetus inspirasi
ultra78Lelaki 45 tahun ada lebih RM1 juta KWSP
Views : 21722 Replies : 166
FATTAH FAZURA FATIMA bergandingan dalam drama HERO SEORANG CINDERELLA 2.0
FORUMCARIIIFATTAH FAZURA FATIMA bergandingan dalam
Views : 281866 Replies : 9530

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 02:57 PM GMT+8 , Processed in 0.095195 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list