CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: obelisk

[Tempatan] Nur Zuliana disahkan alami cacat kekal

[Copy link]
Post time 29-6-2015 09:12 AM | Show all posts
Suchi replied at 29-6-2015 08:36 AM
tak tahan wehh baca pasal dia tanggung kesakitan tu sendirian tanpa rawatan lama kot
kita2 nih ke ...

ai baca kat mana ntah td katanyer mak kandung ni dah byk kali call mintak nak jumpa anak tapi si bapak jahanam ni bg macam2 alasan...

konon anak malang ni dah tanak jumpa maknyer lah... anaknyer ni baik2 ajerlah... then bila maknyer nak datang gak umah dihalangnyer konon tanak bini baru ngamok....

maknyer ader usaha gak tapi tulah... setan belah bapaknyer lebih kuat meracun tu yg maknyer pun redha.....

agaknyer Allah bukak ckit jer kot ati mak tiri durjana tu tuk call mak kandung ni... Dah cukup rasanyer budak tu diseksa... Dah disahkan cacat kekal pun kan....

Otomatiklah budak ni jadi anak syurga.... to bapak durjana dan mak tiri jahanam..... bolehlah get ready g neraka!!!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-6-2015 09:17 AM | Show all posts
paling bangsat bapa budak ni... kalau tangkap...tolong kasi hukuman qisas sama laki bini ni...biar cacat kekal...

cilaka sungguh...anak sendiri tuh sanggup dia biarkan bini baru dia dera. takde kasih sayang kenapa berebut dgn bekas bini. kasi bekas bini jaga sudah la.
Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2015 09:17 AM From the mobile phone | Show all posts
supernaturalee replied at 29-6-2015 09:04 AM
awak jgk yg bkk thread 2 thn lps kan

sedar tak sedar dh 8 thn berlalu

yerp.. x penah lupa tiap kali bulan Ramadhan.. shin berseronok berpuasa ngan family.. tp budak budak kecik ni menderita sorang sorang.. kasihan sungguh..
Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2015 09:26 AM From the mobile phone | Show all posts
Mak tiri start dera lepas dpt baby kot... Baby dia pon 6 bln dah kan. Meroyan ke apa ni
Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2015 09:28 AM | Show all posts
maharani_gebu replied at 29-6-2015 09:12 AM
ai baca kat mana ntah td katanyer mak kandung ni dah byk kali call mintak nak jumpa anak tapi si b ...

kalo aku jutawan ala2 dct aku tampung pembiayaan kanak2 yana ni berubat tradisional ke tabib patah kat johor atau pegi ke hospital swasta di kelantan..ada satu klinik atau hospital doc dia pakar in sha allah boleh sembuh dr patah..coz kawan aku dl eksiden patah tulang pinggang, mak dia bawak pegi berubat alhamdulillah kawan aku boleh berjalan balik...pd aku kene ikhtiar mn tau boleh pulih..sayang sgt2 coz yana nie asal normal..tentu nanti dia rs sedih coz tgk org lain bebas berjalan kesana kemari..trauma lagi..kesian sgt...

Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2015 09:30 AM | Show all posts
berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikulnya...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-6-2015 09:32 AM | Show all posts
kenapa ada manusia yang kejam sanggup buat budak umur cenggini sampai jadi macam gitu ek? terkutuk betul manusia tu. cepat la ditangkap haiwan bertopengkan manusia tu dgn kadar segera dan please .. hukum setimpalnya. setakat penjara 2-3 tahun tak memadai ok.
Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2015 09:33 AM | Show all posts
poyohabis replied at 29-6-2015 08:48 AM
malas nak baca sakit ati cuma nak mintak sape2 boleh tolong bagitau kat ibu yana nie atau saudara ma ...

yang berubat patah tu kalau tulang masih belum bersambung boleh la. tapi kalau dah bercantum .. mcm dah tak boleh la.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-6-2015 09:33 AM | Show all posts
tiba2 mata aku pedih macam habuk masuk......budak tu sebaya anak aku.... bapak kandung sendir pun 1 hal...tergamak buat darah daging sendiri macam tu....semoga kedua2nya mendapat pembalasan yang sepatutnya...
Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2015 09:35 AM | Show all posts
yg ni kah?


Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2015 09:35 AM From the mobile phone | Show all posts
poyohabis replied at 29-6-2015 09:28 AM
kalo aku jutawan ala2 dct aku tampung pembiayaan kanak2 yana ni berubat tradisional ke tabib patah ...

Ini dah enam bulan bukan sehari dua.. tulang dah tumbuh bersambung sendiri.. mcm mustahil nak betulkan.. melainkan pembedahan yang beratus ribu la agaknya..
Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2015 09:36 AM | Show all posts
bapak org thai?
Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2015 09:37 AM From the mobile phone | Show all posts
Lagi satu kenapa yaya ni binti lain? Bapak dia nama lain..

Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2015 09:38 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2015 09:38 AM | Show all posts
KOTA BHARU – Seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun diperlakukan tidak ubah seperti binatang apabila dipercayai diseksa dan didera oleh ibu tirinya sendiri sehingga patah tulang belakang, tulang rusuk serta paha sebelum dibiarkan menderita tanpa sebarang rawatan sejak setahun lalu.
Mangsa, Nur Zuliana Zaara Zulkifli turut dipukul apabila tubuh kanak-kanak itu dipenuhi dengan kesan parut, malah luka terbaharu ditemui di kepalanya, apabila kulit kepala mangsa didapati terkoyak akibat didera.
Rahsia mengenai kekejaman suspek dikatakan terbongkar selepas ayah mangsa dan ibu tirinya enggan menjaga Nur Zuliana atau mesra dipanggil Yaya sebelum menyerahkan kanak-kanak itu kepada ibu kandungnya, Sana Abdul Malek, 28 di Rantau Panjang pada Rabu lalu.

Sana berkata, doktor telah mengesahkan Yaya didera selepas mendapati terdapat kesan parut di badannya malah, mendedahkan terdapat kecederaan lama tulang patah iaitu pada tulang belakang, rusuk dan paha.
“Kejamnya mereka, selepas Yaya didera, dia dibiarkan kesakitan tanpa rawatan kerana menurut doktor tulang-tulang yang patah itu sudah bersambung sendiri, tetapi tidak dirujuk ke hospital menyebabkan bahagian belakang badan Yaya berhampiran pinggang membengkak.
“Malah, akibat penderaan itu Yaya turut tidak lagi boleh berjalan secara normal dengan badannya sedikit bongkok dan kakinya pendek sebelah,” katanya ketika ditemui di Wad Pediatrik Kanak-kanak, Hospital Raja Perempuan Zainab (HRPZ) II di sini semalam. -Kosmo


Wajahnya cengkung manakala seluruh badannya lebam dan dipenuhi parut. Kepalanya luka terkoyak manakala belakangnya pula membongkok, dipercayai kesan daripada patah tulang belakang, rusuk serta paha akibat tidak dirawat sempurna.
Itu keadaan fizikal Nur Zuliana Zaara Zulkifli, 5, setelah dipelihara bapa kandung dan ibu tirinya di Taman Rantau Mas, Rantau Panjang, Pasir Mas sejak dua tahun lalu.
Selain itu, sikap Nur Zuliana Zaara atau nama timangan Yaya juga bertukar menjadi pasif, pendiam dan antisosial, jauh berbeza berbanding perwatakan asalnya yang aktif.
“Ketika melihat keadaan Yaya yang serba daif, hancur luluh hati saya. Bayangkan, saya sendiri sudah tidak cam itu anak saya,” rintih ibu kandung kanak-kanak itu, Sana Abdul Malek ketika ditemui di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) di sini hari ini.
Sana, 28, mendakwa, ketika mahu bercerai pada 2013, bekas suaminya meletakkan syarat mahu menjaga Nur Zuliana Zaara yang merupakan anak tunggal mereka.
Sejak itu katanya, dia hanya berpeluang bertemu Nur Zuliana Zaara sebanyak lima kali dengan kali terakhir pada Hari Raya Aidilfitri tahun lalu.
Kemudian, lelaki itu berkahwin lain dan sejak itu, dia tidak lagi dibenarkan bertemu anaknya.
“Apabila menelefon bertanyakan khabar, bekas suami kata Yaya tidak mahu bercakap atau berjumpa dengan saya. Yaya sekarang seronok sebab dapat ibu baru.
“Memandangkan kami masing-masing sudah berkahwin lain dan mempunyai kehidupan baharu, saya tidak mengesyaki apa-apa yang buruk. Lebih-lebih lagi bekas suami memberi jaminan Yaya kini dijaga dengan baik,” kata Sana.
Bagaimanapun kata Sana, Rabu lalu, ibu tiri mangsa yang berusia 20-an menghubunginya dan memberitahu pasangan itu tidak mahu lagi menjaga Nur Zuliana Zaara.
“Mereka mahu menyerahkan hak penjagaan sepenuhnya kepada saya. Ketika menyerahkan Yaya, bekas suami dan isterinya itu tidak bersemuka dengan saya. Mereka menggunakan jiran sebagai orang tengah.
“Hati saya mula tidak sedap sebaik sahaja melihat Yaya dalam keadaan lemah, berjalan bongkok dan kurus kering. Dia juga enggan bercakap,” katanya.
Sana berkata, semasa tiba di rumah, dia membuka baju dan terkejut melihat badan Yaya penuh dengan kesan lebam, parut dan luka di sana-sini.
“Kepalanya juga terkoyak. Apabila ditanya, dia cuma beritahu ‘Mummy’ cubit. Itu sahaja,” katanya yang segera membuat laporan di Balai Polis Pasir Mas.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Halilludin Rahim ketika dihubungi berkata, Nur Zuliana Zaara telah dihantar ke HRPZ II untuk rawatan lanjut dan setakat ini keadaan mangsa dilaporkan stabil walaupun masih trauma dan enggan bercakap dengan sesiapa.
“Polis kini sedang giat mengesan ibu tiri dan bapa kandung mangsa yang didapati telah meninggalkan rumah dan melarikan diri,” katanya sambil memberitahu, kes disiasat mengikut Seksyen 31 (1) Akta Kanak-Kanak 2001 (Akta 611) kerana dera.- utusan
Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2015 09:41 AM From the mobile phone | Show all posts
dutchy replied at 29-6-2015 09:11 AM
awat ramai yg ckp lawo bebenor bkn 360 ker?  gmbr lamer laen giler muker dia wehh!

kalo tengok ...

apa fb depa
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-6-2015 09:41 AM | Show all posts
Muka mak tiri budak ni menyeringai jer aku tengok.

Keturunan cik pon ker???
Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2015 09:45 AM From the mobile phone | Show all posts
supernaturalee replied at 29-6-2015 08:55 AM
ye, tgk berita smlm bila dengar psl ni
mmg terkejut
kenapa sampai sethn xpnh berjumpa

itulah setahun lama tu, patut dah rasa syak bagai,
kalo x diberi gak jumpa naluri kita mst ade rasa yg tak kena tambah2 lg ibu.. ank baru nk merengek kt bilik sebelah ibu dah trjaga terus g bilik ank sbb terasa ank mcm dlm masalah.
maybe dia patut stalk ke apa kan adeh mcm dlm cite omputeh di telebisyen tu.
sbbnya tak logik ank takmo ckp n xnk jumpa mak dahlah mmg jarang jumpa tetiba tak nk jumpa plak.
Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2015 09:46 AM | Show all posts
kalo tak nak jaga kenapa tak bagi je kt ibu kandung. bodo botingket tul la. vangang!
Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2015 09:46 AM | Show all posts
poyohabis replied at 29-6-2015 09:28 AM
kalo aku jutawan ala2 dct aku tampung pembiayaan kanak2 yana ni berubat tradisional ke tabib patah ...

tulah pasal.... mak kandung dialah yg kena main peranan dlm hal ni... tak bolehlah nak redha dan pasrah ajer dgn laporan doctor tu.... kena cuba yg moden dan tradisional gak...

Doctor bukan Tuhan... Allah pun tak suruh kita manjang berserah ajer...
Ader akal dan fikiran patut kita ikhtiar sehabis daya... mana tau berkat doa muslimin dan muslimat di bulan yg penuh keberkatan ni Allah kembalikan cahaya kegembiraan pada keluarga ni...

Maknyer kena kuat baru anaknyer ada semangat nak pulih sama... Kalau maknyer asik kumpul air mata... budak tu akan tambah down... dia pun akan rasa hopeless and useless..... Yes, she just 5 yrs but deep inside her heart she needs everyone's love and pray....

Segalanyer tak mustahil... Allah tu Maha Adil...yg paling penting hati kena kuat, semangat kena cekal, jiwa kena kental, minta tolong pada Allah, insyaAllah.... pasti ada cahaya di hujung terowong yg gelap...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-5-2024 09:31 PM GMT+8 , Processed in 0.072460 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list