CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 15803|Reply: 206

[Tempatan] Kesian Orang Bergaji RM900

[Copy link]
Post time 29-6-2015 08:49 AM | Show all posts |Read mode



Kasihan tengok orang bergaji RM900. Nak beli kereta, susah. Nak beli rumah, memang tak akan dapat. Kalau yang dah berkeluarga, lagi teruk. Hidup untuk kerja je. Nak duit lebih, kena buat Overtime sampai tak ada life.

Selepas i migrate ke Aussie, I nampak orang sini jauh lebih baik. Gaji 1,000 pun boleh beli rumah, boleh beli kereta atau at least hidup lebih selesa, masa kerja yang sesuai dan hidup pun teratur.

Di Malaysia, kalau anda cuma lulus SPM bermaksud, bye-bye kepada peace of mind. Gaji 3,000 pun sakit. Anda akan jadi hamba kerja kepada syarikat dan negara so called Islam tetapi corrupt. Anda kena kerja sampai anda tak ada mood.

Bangun pagi, balik malam/petang. Kadang-kadang ikut shift. Masa untuk keluarga atau anak-anak memang jarang ada. Orang bergaji RM10,000 bolehlah pergi makan angin, melancong, tenangkan fikiran, enjoy life tanpa fikir tekanan ekonomi.

Orang bergaji RM900, masuk hari ini, seminggu kemudian fikiran dah mula terganggu. Mana nak cari duit untuk anak-anak?

Orang Melayu bangga sebab ini negara Islam. Tetapi hakikatnya kerajaan yang menguruskan zakat pun tak pandai. Duit berbilion-bilion hilang entah kemana tetapi bila ada orang curi RM2 dekat tabung masjid sebab lapar, terus kena penjara dua tahun.

Perbankan Islam dicipta untuk profit, guna agama untuk lebih keuntungan. Orang berpendapatan rendah kena tindas, tak ada pembelaan. Ini kenyataan yang kita semua nampak. Kita tahu yang kerajaan tahu tetapi mereka buat-buat tak tahu.

Orang Melayu cuma dapat survives sampai sekarang sebab ada Raja-Raja Melayu. Tapi benda positif ini dah jadi negatif sebab 'Ketuanan Melayu' yang jaga orang Melayu meletakkan kita di zon yang terlampau selesa.

Usaha untuk membasmi kemiskinan juga lemah. Usaha kita untuk educate bangsa sendiri pun lemah. Sudahlah tahap pendidikan di Malaysia tidak seberapa. Banyak universiti tersenarai dalam ranking terendah.

Dan antara penyakit paling teruk orang kita ialah:

  • Bila nasihat baik-baik, tak mahu dengar.
  • Bila kena kutuk, semua meroyan.
  • Melayu akan guna 'Ketuanan Melayu' bila mereka terancam.
  • Orang Melayu tahu mereka miskin tetapi mereka tak tahu nak buat apa.
  • Orang kita tak faham situasi. Tetapi bila dah faham, tak mahu fikir. Bila dah fikir, salah faham. Bila dah salah faham, mulalah bergaduh.
  • 'Kau cakap macam bagus tapi apa sumbangan kau?' - Ayat mati orang fikiran benak yang menghalang orang lain untuk berfikir dan buka minda. Minda block.
  • Gaji 3,600 dikira miskin. Gaji bawah 3,500 bermaksud anda papa kedana.
Yang tinggal pada orang Melayu cuma 'Delusi' Ketuanan Melayu mereka dan Malaysia ini Melayu yang punya.


Hakikatnya, mereka semua menjurus ke arah mengemis di negeri sendiri.

Kredit - AUNI AMEERA
sumber

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-6-2015 08:53 AM | Show all posts
tu yg masi import 1.5juta bangla bt pe hal...
Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2015 08:54 AM From the mobile phone | Show all posts
Gaji 10k br boleh melancong?
Bercuti mewah mmg la. Cuba guna backpacking style. Merata boleh pg weh...walaupun tak bergaji 10k.
Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2015 08:59 AM | Show all posts
mmg sakit la...tp klu mengeluh pun duit xkan jatuh dr langit dikkk...sila la cari peluang lain...
Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2015 09:04 AM | Show all posts
maaf ckpla kalo hang tgk dr sudut mata hang yg bergaji rm10k tak cukup mmg la sampai bila pun tak cukup...

bagi aku yg mmg bergelumang dgn golongan bergaji rm900 sbln ni, so far yg dpt aku komen kita akan hidup dgn apa yg kita ada. which mean rm900 akan berbelanja ikut rm900 sbln..kalo rm900 hang berbelanja mcm rm1500 mmg takkan pernah cukup...
mcm tu jugak rm3500 yg kekunun papa kedana... bg stgh org rm3500 tu bleh bermewah la jgk...yg penting cara berbelanja...
Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2015 09:15 AM | Show all posts
ermmmmm.....nepal masuk sokmo lam bidang pekerjaan....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-6-2015 09:16 AM | Show all posts
pemikiran budak yg menulis ni adalah terkebelakang, sbb idup dia cuma tau makan gaji je....sbb tu hidup dia tak maju....
Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2015 09:17 AM | Show all posts
chentadearhati replied at 29-6-2015 08:54 AM
Gaji 10k br boleh melancong?
Bercuti mewah mmg la. Cuba guna backpacking style. Merata boleh pg weh ...

10K tu utk belanja sessi keluarga yg ada anak 4-5 org. Backpack yg muda2, single boleh la.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-6-2015 09:18 AM | Show all posts
Belanja ikut kadar yang termampu..tetapi gaji yang RM900..tu mmg kena upkan kalau anak 5-6 mmg tak cukup dgn sewa rumah yang memantul mantul rege nyer...
Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2015 09:20 AM From the mobile phone | Show all posts
Puak2 umngok je guna ketuatnan melayu bila terancam utk tipu mokcit pokcit pelda smbil rompak duit mara,duit tabung hji, duit kwsp, duit felda.idop meleis!!
Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2015 09:21 AM | Show all posts
dulu mase sekolah ko tak nak belajo....buku tak nak baca asib nak bercinta, kelas ponteng, cikgu dibuat lawan bergaduh.....

bile dah besar, keje susah baru nak merungut hidup susah.......kalo aku, aku buat pekak je kat org mcm ni....sbb bodoh tu datang dari ko sendiri......

bukan org lain....
Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2015 09:22 AM | Show all posts
artikel mcm ni aku cakap....bodoh sbb tak reti berusaha...hanye reti tadah tangan....

bangla, myanmar, indon yg datang merantau sekarang dah jadi tokey.....

melayu pulak yg datang jadi pekerja kat tokey bangsa lain....tak ke bodoh tu namanye
Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2015 09:23 AM | Show all posts
org melayu yg ade kat sini tau nyer nak makan gaji je.....usaha lebih tak nak, yg dia nak meroyan kata itu ini tak cukup....puiiiii
Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2015 09:24 AM | Show all posts
Nak cakap pasal cukup, sampai bila pun takkan cukup.
Carilah keberkatan dlm rezeki...
Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2015 09:24 AM | Show all posts
Akan tiba satu masa nanti bangsa Melayu pun kena halau dr bumi sendiri.

Sama nasib mcm org myanmar.

Klu pemerintah masih lagi tak sedar tunggu jelah.

Sejarah pasti berulang.

Sedangkan kesultanan Melayu di Sumatra pun boleh dihapuskan.....
Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2015 09:33 AM From the mobile phone | Show all posts
akughi replied at 29-6-2015 09:23 AM
org melayu yg ade kat sini tau nyer nak makan gaji je.....usaha lebih tak nak, yg dia nak meroyan ka ...

Itu la, org melayu ni mmg hadap mkan gaji pastu nk gaji tggi2. Kalo worth it ksi gaji tggi takpe, ni kbykan melayu ko tahu la mlas. Kdg2 melayu ni takde duit takpe lifestyle dlm ig, twitter mcm org kaya je. Hjung2 ckp gov zalim
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-6-2015 09:39 AM | Show all posts
bila nak jadi negara berpendapatan tinggi??
Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2015 10:04 AM | Show all posts
Innrukia replied at 29-6-2015 09:04 AM
maaf ckpla kalo hang tgk dr sudut mata hang yg bergaji rm10k tak cukup mmg la sampai bila pun tak cu ...

cik kak nih dah abes skolah blom?

ofkos gaji kecik kene la berbelanja sekadar cukup.
try beli sebijik roma kat kl/selangor.

nak cari paling murah bukan takde, katakanlah u berjaya
dpt roma flet around rm80k utk 30taon installmen = rm360

nak beli keta/moto nati u klem nak bermewah so, kita nek
bas la. kalu tambang bas sehari singgit, pegi-balik = rm2.
sebulan je duit bas = rm60

bil air selangor = free
bil letrik busuk2 pon = rm30

makan
pagi roti+teh = rm2
lunch average= rm7
malam average= rm7
untuk sebulan rm16x30 = rm480

so, jom kita kira
rm360 roma
+ rm60 transport
+ rm30 duit api
+ rm480 makan
jumlah = rm930

utk sorang bujang.

tapi pada i, mungkin u bergelumang dgn org yg bergaji rm900
tapi byk side income. so, u pikir elok2. gaji rm900 SAHAJA cukup
atau tidak

Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2015 10:06 AM | Show all posts
hem..... cian gaji 900 kalu ada anak 5... cian juga kalu org tu tak bodoh tapi tpaksa bkorban masa depan demi adik adik.... cian lah dia kalu dia hanya mementingkan perut anaknya diisi makan n berbaju baru tapi tidak dia.... ciannya dia bekerja siang malam untuk tambah pendapatan bagi melunaskan yuran n bil yang ada..ciannya dia bila kehendak anak anak terpaksa di tolak kerana kekangan kewangna.... hem... aku kan... pernah idup dlam keluarga yg susah.... ayah aku bukan bodoh.. mak aku pun bukan bodh..... bnyk dia org korbankan untuk org lain dari pentingkan diri sendiri... hem.... mcm ayah aku ckap... kalu semua nak pandai... semua nak cerdik... sapa nak jadi kuli.. sapa nak bersihkan jalan.. sapa nak cuci toilet.. fikirkan lah.. kerna org bawah gaji 900 juga bnyk berjasa pada kita semua yg mungkin org lain takkan perasaan...
Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2015 10:09 AM From the mobile phone | Show all posts
bangcak replied at 29-6-2015 10:04 AM
cik kak nih dah abes skolah blom?

ofkos gaji kecik kene la berbelanja sekadar cukup.

Dik dkt 15 tahun dh aku keja & bergelumang duk kira gaji & masalah org.
Hg tak payahla duk bt calculation monthly income utk org bujang kat aku.
Staff2 tpt aku yg gaji rm1.5k ke bwh mampu ja beli rmh kat penang ni. Dan confirm tadek extra income pun. Yg penting depa tau macam mana nk atur hidup depa banding dgn set meroyan kat sini.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 05:06 AM GMT+8 , Processed in 0.383576 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list