CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1937|Reply: 4

Jangan lantik menteri buat kenyataan seperti badut - Dr Mohamad Agus Yusoff

[Copy link]
Post time 30-6-2015 12:35 AM | Show all posts |Read mode
  • Pensyarah Sains Politik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Madya Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff
[url=]<[/url] 1 / 1 [url=]>[/url]


SHAH ALAM-  Sekiranya rombakan Kabinet dilakukan, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak disaran melantik menteri di kalangan anak muda yang bersih, cerdik dan beriman supaya boleh memacu negara kita ke depan.

Pensyarah Sains Politik Univeristi Kebangsaan Malaysia (UKM), Penganalisis politik, Prof Madya Datuk Dr Mohamad Agus Yusoff berkata,&#8206; sudah tiba masanya menteri yang dilantik memahami denyut nadi rakyat dan bukannya dari golongan yang bercakap seperti tin kosong.

“Lantiklah menteri yang dapat memahami kesempitan hidup rakyat dengan keadaan ekonomi sekarang.

"Jangan lagi melantik menteri yang mengeluarkan kenyataan seperti badut,” katanya kepada Sinar Online.

Terdahulu sebuah portal melaporkan, Najib telah memberi bayangan kemungkinan akan ada rombakan Kabinet tidak lama lagi.

Najib, ketika menjawab mengenai  spekulasi itu, tidak menafikannya dan menggesa orang ramai bersabar.

"Tunggulah," katanya dalam sidang akhbar di Kuala Lumpur selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi Umno baru-baru ini.

Sementara itu Agus ketika bercakap mengenai cadangan seorang pemimpin yang mahu kedai mamak tidak beroperasi 24 jam sehari, beliau mempunyai pendapatnya sendiri.

“Saya bertanya, bagaimana dengan karaoke, kelab malam dan disko yang dibuka sampai ke pagi? Tak hendak tutup ke tempat seperti ini?

"Jika tutup restoran 24 jam, bagaimana kita hendak mengisi kekosongan perut rakyat yang bekerja pada sebelah malam? Mengapa harus disekat hak rakyat untuk makan dan berniaga?” katanya.

Terbaharu, Najib berkata, kerajaan menolak cadangan tersebut dan menegaskan kedai mamak akan terus beroperasi 24 seperti biasa.


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-6-2015 05:09 AM | Show all posts

@abgboroi

Jangan lantik menteri buat kenyataan seperti badut
http://mforum.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=883246&fromuid=1692638
Post time 28-6-2015 10:22 PM
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2016 11:07 AM | Show all posts
yang tak layak jadi pemimpin sepatutnya serah kepada orang lain
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2016 02:10 AM | Show all posts

yipppieee!!!!!!
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2023 11:01 AM From the mobile phone | Show all posts
Setuju sgt prof. Semoga rombakan kabinet dilakukan secepat mungkin
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 02:27 PM GMT+8 , Processed in 0.095929 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list