View: 5879|Reply: 48
|
[Tempatan]
Nota kecil menyentuh hati
[Copy link]
|
|
Edited by EJALTI at 1-7-2015 03:18 AM
Nota kecil menyentuh hati
SYAMILAH ZULKIFLI
1 Julai 2015
http://www.sinarharian.com.my/edisi/melaka-ns/nota-kecil-menyentuh-hati-1.406494
SEREMBAN – ‘Tuhanku ampunkan aku, sayangi aku, tutuplah aib-aibku, angkatlah darjatku, berikan aku rezeki, berikan aku petunjuk.'
Itu ayat tulisan tangan di atas sekeping nota kecil ditemui di tepi tangan seorang pelajar perempuan tingkatan lima yang maut dalam kemalangan di Jalan Seremban - Kuala Pilah, di sini semalam.
Dalam kejadian kira-kira 6.50 pagi itu, mangsa, Dina Shuhadah Ahmad Fariz, 17, yang menunggang motosikal jenis Honda EX5 untuk ke sekolah dikatakan hilang kawalan dan terjatuh, sebelum digilis sebuah treler.
Kejadian malang itu berlaku tidak sampai 2 kilometer dari sekolahnya, Sekolah Menengah Teknik Tuanku Ja'afar, di sini.
Datuk mangsa, Osman Senara, 72, berkata, penemuan nota tersebut sangat menyentuh hatinya, lebih-lebih lagi ia dijumpai di tepi tangan kiri cucunya itu selepas kemalangan.
“Nota itu ada dengan saya. Bila saya membacanya, saya juga sangat sayu. Arwah anak kedua dari lima beradik dan seorang yang periang.
“Dia pelajar yang cemerlang dan bercita-cita nak jadi jurutera. Dia ada cakap nak belajar rajin-rajin supaya dapat semua A dalam SPM nanti macam kakak dia. Tapi tak sempat," katanya.
Menurutnya, kali terakhir dia bertemu dengan Allahyarham ialah Sabtu lalu ketika dia sekeluarga berbuka puasa di rumah seorang bapa saudaranya di Taman Golf Height, di sini.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Muhamad Zaki Harun berkata, siasatan awal mendapati, motosikal ditunggangi mangsa hilang kawalan dan bergesel dengan sisi kiri sebuah kereta jenis Perodua Viva dipandu seorang lelaki berusia 61 tahun di lorong kanan.
“Akibatnya, mangsa terjatuh menyebabkan sebuah treler yang membawa muatan batu konkrit di sebelah kanan tidak sempat memberhentikan kenderaan dan melanggar mangsa,” katanya.
Menurutnya, mangsa meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah pada kepala.
Muhamad Zaki berkata, mayat mangsa dihantar ke Hospital Tuanku Ja'afar, di sini untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Jenazah Allahyarham Dina Shuhadah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Senawang, semalam.
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
innalillahiwainnailaihirojiun..
semoga ahli keluarga tabah menghadapinya..
|
|
|
|
|
|
|
|
semoga keluarga bertabah menghadapi semua ni.... |
|
|
|
|
|
|
|
syahid kecil kan meninggal ketika sedang menuntut ilmu...al fatihah |
|
|
|
|
|
|
|
salam takziah buat keluarga.... |
|
|
|
|
|
|
|
tu kann maksud bacaan ketika duduk antara 2 sujud..
'rabbighfirli,
warhamni,
wajburni,
warfa'ni,
warzuqni,
wahdini,............."
semoga ditempatkan dikalangan org2 beriman.. |
|
|
|
|
|
|
|
siyesly air mata rase nak tumpah.. |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by imransulaiman at 1-7-2015 12:10 PM
delsmomm replied at 1-7-2015 11:40 AM
tu kann maksud bacaan ketika duduk antara 2 sujud..
'rabbighfirli,
Hampir benar
Semoga arwah ditempatkan bersama dengan orang yang beriman... |
|
|
|
|
|
|
|
Alfatihah...semuga syurga buat arwah |
|
|
|
|
|
|
|
Npe berdoa di kertas..? Trend kah. |
|
|
|
|
|
|
|
tengah menghafal barangkali...
neway, bgs doa ni.
boleh diamalkan.
innalillahiwainnailaihirojiun..
takziah pada keluarga mangsa
|
|
|
|
|
|
|
|
Innalilah... sayunye hati |
|
|
|
|
|
|
|
@nuralisa ni gamba nota kecil tu |
|
|
|
|
|
|
|
budak ni memang baik. cucu close friend mak makcik. |
|
|
|
|
|
|
|
Really?
Moga syurga la tempat arwah Aminnnnn....
Takziah untuk keluarga dan semoga tabah di bulan Ramadhan nih..
|
|
|
|
|
|
|
|
yer lah. sudah ajal nya. meninggal dunia di bulan ramadan. |
|
|
|
|
|
|
|
Innalillahiwainnailaihirajiun |
|
|
|
|
|
|
| |
|