View: 4503|Reply: 35
|
[Tempatan]
TERBARU YAYA 020715:Tabika Kesan Ada Unsur Dera Sejak FEBRUARI
[Copy link]
|
|
Keadaan belakang badan kanak-kanak itu yang penuh parut.
PASIR MAS - Pengurusan Taman Bimbingan Kanak-Kanak (Tabika) Ummi di Rantau Panjang di sini mengesan sejak awal Februari, ada sesuatu yang tidak kena dengan kanak-kanak perempuan lima tahun yang ditemui cedera serius dipercayai didera baru-baru ini.
Pembantu tabika itu Rohaida Mohamad, 44, berkata, kanak-kanak itu telah dimasukkan ke tabika itu oleh ibu tirinya awal tahun ini.
"Memang pada awal Januari tidak ada tanda-tanda dia didera tetapi pada awal Februari nampak dia berbeza dan kami juga merasa sedikit pelik.
"Hingga pada awal Mac, dia (kanak-kanak itu) ada mengadu sakit dada kepada saya...kemudian saya periksa badan ada kesan lebam seperti dia kena pukul dan cubit," katanya ketika ditemui pemberita di rumahnya di Kampung Kubang Rambutan di sini, hari ini.
Beliau berkata, pengurusan tabika kemudiannya memanggil ibu tiri kepada kanak-kanak itu untuk bertanya mengenai kesan lebam pada badan mangsa.
Wanita itu sebaliknya memarahi kami dan tidak lagi menghantar kanak-kanak itu ke tabika.
"Pihak tabika juga cuba untuk memberi kaunseling kepada ibu tiri dan ayah kandung kanak-kanak itu tetapi tidak dilayan.
"Kami bagaimanapun tidak membuat sebarang laporan polis," katanya.
Rohaida berkata, kanak-kanak itu seperti tidak diberi makan oleh penjaganya kerana kelihatan begitu lapar ketika waktu makan tengah hari atau sarapan pagi.
"Kalau pada waktu makan memang dia akan makan banyak, ada satu ketika saya tanya adakah dia tidak makan di rumah, dia jawab 'ya'.
"Kami berharap dia cepat sembuh dan perkara ini memang tidak boleh dibiarkan berlaku kepada kanak-kanak kecil," katanya.
Kanak-kanak malang itu ditemui ibu kandungnya pada 24 Jun dalam keadaan wajahnya cengkung dan seluruh badannya berlebam dan dipenuhi parut, sementara kepalanya pula didapati luka manakala belakangnya dalam keadaan membongkok dipercayai akibat patah tulang belakang, rusuk serta paha.
Pada hari yang sama, kanak-kanak itu dimasukkan ke Hospital Raja Perempuan Zainab II untuk rawatan dan berada di bawah jagaan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
Bapa kandung dan ibu tiri kanak-kanak berusia 39 dan 25 tahun itu yang menjaganya sebelum ini, ditahan reman pada 28 Jun lepas oleh polis selama empat hari untuk siasatan lanjut. - Bernama
|
|
|
|
|
|
|
|
kenapalah acik tabika tak report ja kat polis?
|
|
|
|
|
|
|
|
So start februari bapak buat perangai, mak tiri balas ke anak... Tp bapak pun ikut bersubahat mendera... |
|
|
|
|
|
|
|
moral of the story pass ni tabika kena buat lapuran polis kalau budak budak tu ada kesan dera... |
|
|
|
|
|
|
|
Lepas pihak tabika panggil mak tiri dgn bpk kandung budak tu makin teruk budak tu kena blasah. Mgkin diorg ingt budak tu ngadu kt cikgu tabika.
Aku harap mase kena reman ni diorg pulak kena blasah cukup2,xkasi mkn minum. Bru padan muka. |
|
|
|
|
|
|
|
silap besar tak buat repot polis |
|
|
|
|
|
|
|
sedihnya klu mcm tukesian budak tu
keji la mak tiri ngan bapak kandung tu
pas cikgu tabika tegur terus tak hantar yaya lg and makin teruk yaya kena belasah
nak nanges aku tgk badan yaya
|
|
|
|
|
|
|
|
"Kami bagaimanapun tidak membuat sebarang laporan polis," katanya. dah biasa dah dengar alasan2 cenggini... ignorance btol...
"owh, kami nampak tapi tak sangka teruk camni sekali"
"kami dah cuba tego tapi takde perubahan... siapa la kami ni nak bising2"
"ada gak dengar tapi kami ni kan orang luar jek"
yada yada yada...
sedih...
|
|
|
|
|
|
|
|
Ummah mana nk report sis..ini adalah norma2 ummah suchi meleis sis..keganasan sebegini ummah dah lali sis. |
|
|
|
|
|
|
|
Eeee anak aku selalu ngadu dgn teacher kindy dia dulu2... Sampai aku cuak plak takut dikatakan mendera..hahahaha! Tak beli mainan pun dia ngadu..gado2 manja laki bini pun dia ngadu..erk sabo je la aku cikgu tabika yaya ni mmg tak ambil berat pastu baru nak sebuk2 lettew... |
|
|
|
|
|
|
|
pttnya jgn dipggl mak tiri dia...trus htr spital buat check up..lps tu br report polis...time tu dh kne tgkp dh ikotkan...
sian la hai kt sekolah br dpt mkn...
x tercapai akal ku bdk tu kelapran...dgn ditmbh lg kesan2 cedera ...
seksanya idop ko dekkk...
moga cpt sembuh....jd gemok blk
aaminnnn |
|
|
|
|
|
|
|
mesti pihak tadika nyesal x report awal2 |
|
|
|
|
|
|
|
betul kan...bawa g hospital check up, klu doctor kt ada kes dera...terus repot polis...
Tapi nk wat camana....kalaula masa boleh diulang...
Semoga Yaya sembuh seperti sediakala, dapat berhari raya dengan gembira...amin..
|
|
|
|
|
|
|
|
kesian sgt kt anak ni...
harap2 dia akan cepat sembuh dr kesakitan fizikal dan mental..
moga2 mak tiri n pak dia masukjel n kena sebat |
|
|
|
|
|
|
|
kesiannya yaya..sedih sangat.lapar,sakit |
|
|
|
|
|
|
|
Harap2 mereka2 tu kene ragging la kat dlm penjara. Belasah kaw2 pun takpe...masyarakat merestui. |
|
|
|
|
|
|
|
cait..
takyah la nk sebut skrg ni weh
tabika oiii
cer buat mcm cikgu kt sekolah kt penang tu
baru hari pertama masuk derjah 1 dorang dh blh detect ade mende tak kena ngn budak tu. |
|
|
|
|
|
|
|
aku beberapa hari berita ni viral, x berani nak baca. cukup dgr d berita radio jah.
seriau membayangkan betapa sadisnya budak ni didera
semoga ibu tiri dan bapa kandungnya terkena renjatan elektrik lalu jatuh tangga dan digilis streamroll.. dan panjang umur serta tidak mampu beli sebiji gula-gula pun sampai akhirnya mati kebuluran |
|
|
|
|
|
|
| |
|